Monday, December 10, 2007

Anak cikgu Fatimah dah kawin.... Wedding Sharifah aleya-ashraf




Ceria cikgu fatimah dapat menantu

semoga berbahagia aleya....
venue hotel legend
9 dis 07
9 pm
Setelah Leya-Ashraf diarak oleh keluarga pengantin perempuan ke pelamin, majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati kedua merpati dua sejoli ini dan diikuti dengan upacara merenjis atau menepung tawar. Bapa saudara Leya, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar turut dijemput menepung tawar kedua mempelai Bagi Aryana yang merupakan adik bongsu Leya, beliau membuatkan suasana menjadi agak suram apabila memesan Ashraf supaya menjaga Leya dengan baik sebagaimana Leya menjaganya sejak dilahirkan lagi. Selepas itu majlis bertukar kepada suasana suram dan kadangkala melucukan apabila kedua ibu bapa dan tiga orang adik Leya memberikan ucapan yang cukup bermakna buat kedua pasangan tersebut. Dapat dilihat air mata bergenang di mata Leya yang merupakan puteri sulung kepada pasangan pelakon Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin al-Yahya ini mungkin merasakan permulaan hidup yang berbeza dari dahulu bersama keluarga barunya dan bakal menempuh tanggungjawab yang besar dalam mahligai yang baru dibina ini.
Antara ucapan daripada adik-adiknya iaitu Sharifah Amani, Sharifah Alesya dan Sharifah Aryana yang lebih menarik perhatian tetamu yang hadir adalah ucapan daripada Amani atau Nani dengan mengatakan Ashraf bukan sahaja memiliki kakaknya malah dia turut menjadi hak milik mereka bertiga. "Kak Leya adalah abang, kakak dan teman kami sejak kecil. Jadi kasih sayang ini akan bertambah dan dikongsi bersama abang Ashraf pula. "Kami sangat rapat antara satu sama lain sehingga kedua-duanya mempunyai sifat yang sama iaitu takut ular. Saya doakan semoga berbahagia dan dapat anak yang ramai. Love you so much," kata Nani.

2 bebelan kawanku:

Yaya said...

baju aleya cantek..simple tapi nice..cuma rambut je dandan cam tak kena jer..

@e_da said...

ha ah kan tang rambut jerk kureng....

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah