Wednesday, March 5, 2008

;;...Raja Nazrin bakal timang cahaya mata..;;




IPOH 4 Mac - Berita Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim bakal dikurniakan cahaya mata sulung pada bulan depan membawa keceriaan kepada rakyat Perak yang sudah lama menunggu kehadiran pewaris baru dalam keluarga diraja itu.

Khabar gembira itu juga menjadi tajuk perbualan utama orang ramai di kedai kopi dan pejabat di negeri ini selepas bermingguminggu asyik bersembang mengenai isu-isu berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-12.

Rata-rata rakyat Perak yang ditemui menyatakan rasa syukur sebaik sahaja mengetahui berita gembira itu sambil mendoakan agar Zara selamat melahirkan bayinya nanti.
Ketua Bahagian Latihan/Sukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Sub Inspektor Abdul Halim Yaakob, 53, berkata, beliau mewakili semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di negeri ini mengucapkan tahniah kepada Raja Nazrin dan isteri kerana bakal dikurniakan cahaya mata sulung.

"Walaupun belum mengetahui jantina bakal bayi ini tetapi kami sebagai rakyat Perak yang setia terhadap keluarga diraja tetap menerima berita ini dengan perasaan cukup gembira.
"Inilah khabar gembira yang ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata setelah sekian lama berharap untuk melihat bakal pewaris takhta kerajaan Perak. Cahaya mata dilahirkan ini akan memberi sinar kepada keluarga diraja dan rakyat jelata," katanya.
Seorang petugas bahagian akaun di sebuah syarikat swasta, Mohd. Mansor Shariff, 51, pula mendoakan agar cahaya mata sulung Raja Nazrin dan Zara adalah seorang putera agar baginda boleh mewarisi takhta daripada ayahandanya pada masa depan.
Selain itu, katanya, putera tersebut juga diharap mewarisi ciri-ciri kepimpinan dan keperibadian tinggi seperti ayahandanya.

"Raja Nazrin bukan sahaja kacak tetapi baginda cukup istimewa kerana mempunyai latar belakang akademik yang tinggi dan berjiwa rakyat. Doa saya semoga anakandanya diperturunkan perwatakan terpuji seperti itu," katanya bangga kerana beliau dilahirkan di Kampung Menang Panjang, Kuala Kangsar yang terkenal sebagai Bandar Diraja.
Pembantu sebuah kedai makan, Norintan Sulaiman, 28, mendoakan agar Zara selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada bulan depan tanpa menghadapi sebarang masalah.
Beliau berharap bayi yang dilahirkan sekiranya puteri akan mewarisi kecantikan bondanya manakala putera menyerupai wajah ayahandanya

utusan


** Sure baby diorg ni cute mute kan... all my fren doakan aku dapat baby tahun ni ya setelah 4 bulan aku rest.... kalo ada rezki & diizinkan Allah.. Aminnnn...

2 bebelan kawanku:

Yaya said...

wow bestnya....nazrin dpt cucu..eh anak hikssssss, mesti comel cam diorg bedua kan...

ida lak insyaAllah ade tak lama lagi tu..byk2 berdoa kepada Allah..

@e_da said...

harap2nya begitu la leya... doakan ida selalu yerk... kalo tak kan skrg ni 8 bulan dah. due date bulan depan.... adoiiii sedihnya...sabo jelah. tuhan lebih maha mengetahui....

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah