Thursday, December 10, 2009

Kisah Detik Itu....

:P Anak dah 4 bulan lebih baru sempat aku nak citer detik kelahiran mika.. takpela.. biarla lambat asalkan ianya tertulis di sini... kira masih baru lg gak kan.. takde la sampai setahun baru nak tulis... khekhekheeeeeee........

Aku ceritakan kisah dari sehari sebelum perut aku nak di belah.... huhu sayang perutku yg cantek nak kena toreh.. tp apakan daya demi anak tercinta apapun aku korbankan demi menyambung zuriat aku di muka bumi ini... cewahhhhh....

5 Ogos 2009 -2 hari sebelum nak operate tu mak dah dtg KL nak temankan aku..so masa mak ada seharian dia akan duk temankan aku kat wad tu..memula mak dtg mak sgt terkejut tgk aku yg makin bam bam n besar sgt kejadiannya di masa itu.. sampai mak menitik air mata.. mak kata kesian tgk aku.. tp aku rilek jek.. dah badan aku naik terlampau tak tau nak kata apa.. semua aku ikut atas nasihat doc suh aku berehat demi menjaga kesihatan anak dalam kandungan... bayangkan la kalau dah makan tido rehat atas katil selama 16 hari sebelum bersalin tu.. mana tak mcm di pam.. makan sikit pun tetap naik gak.. lgpulak ada baby dlm perut mana boleh nak tahan makan or diet2.. gilo apa org ngandung nak cukup hari leh diet kan.. hahahaaa...

6 Ogos 2009 - Masa tu dah menghitung detik waktu jam jek..seharian borak2 ngan mak.. haritu plak segala aku nak makan hubby carikan... sebenarnya masa tu aku dah tak teringin nak makan apa2 dah.. hati dah kecut, tangan kaki pun dah seram sejuk mengira jam... masa aku tak teringin n tak lalu makan la hubby plak beli itu ini.. kira mcm terlambat lerr selera dah tutup.. (masa aku nak mkn itu ini dia kata jgn ikutkan sgt .. cehhhh mlm tu boleh dia belikan aku air kelapa nbagai nak suh minum .. lawak jek laki aku nih) heheh mana taknya dah memikir nak kena operate lg beberapa jam je kan...

lepas solat berulang2 aku baca surahj yassin (ntah berapa kali aku khatam tah dlm sehari tu).. .. mintak doa agar semuanya dipermudahkan kan... mlm tu tido pun tak berapa lena.. nurse2 yg dtg check baby semua dah mcm bg semangat kat aku... " eee serononya esok dah leh tengok baby dah" wahh ayat tu lg buat aku berdebar sebenarnya.. tp aku mmg puji nurse2 kat pusrawi tingkat 4 tu mmg peramah... bidan2 dr labour room pun camtu... lg pulak aku dah lama duk situ so diorg pun sian tgk aku n semangat gak diorg nak tgk baby aku...

Malam tu gak aku disuruh start puasa dr jam 10 mlm.. aku kalau dah kata puasa aku mmg ikut sebab mak kata nanti ubat bius tu masuk kita asik muntah jek kemudiannya... so diorg pun letak label puasa kat ujung katil aku


7 Ogos 2009 - Jam 5 pg nurse dtg check jantung baby, Bp aku n semuanya ok...dlm kul 6 kakak yg hantar baju dah siap2 bagi aku baju untuk masuk bilik bedah nanti.. kebiasannya baju harian co9lor merah petak2 tp baju yg ni lain plajk biru petak2.. wah lg berdebar aku nak sarung ke bdn aku yg bulat tu...

6 pagi - kakak hantar makan tu suh aku minum milo n makan roti.. tp aku taknak aku ingat lg doc suh posa cuma aku minum 2 teguk air kosong jek.. lepas tu aku solat subuh.. masa tu dah call hubby suh dtg cepat... mak pepagi dah bangun dia pun takleh tido.. dia nak dtg cepat spital... lepas solat subuh aku landing2 balik atas katil

7.30 pagi - Tangan dah capai towel nak g mandi.. tp tetiba ada nurse n doc dtg... rupanya doc pakar bius... dia cek nadi n jantung aku.. tanya nama, no ic segala.. dia terangkan bahawa dia doc bius yg akan inject ubat tu kat aku (nama dia aku lupa tp doc lelaki). doc tu sgt friendly.. lepas dah check2 tu dia kata maybe operation akan dibuat dlm jam 10 lebih camtu la...

Lepas doc bius check up aku pun siap2 mandi... cuci sebersih2nya badan sebelum nak operate kan.. dan masa aku tengah mandi tu mak n hubby datang... bila aku kuar toilet aku tgk hubby siap pakai baju melayu n berkopiah .. aku gelak kat dia .. dia kata Hari JUMAAT lgpun dia dah ready nak azankan baby.. uishh semangat kan dia... nasib baik dia tak pakai kain samping bagai.. kalau tak mesti nurse kat situ pun pelik gaknya... nak azankan anak kemain smart bapaknya.. hahhaha...


Mak n hubby bawa bekal breakfast nasi lemak.. aku suh diorg makan.. jgn risau sgt pasal aku.. tp sorang pun tak lalu nak telan apa2 makanan... terharu aku tgk.. mak toksah kata la air muka mmg dah menggambarkan kerisauan.. aku kemas2 barang2 yg dah mcm bilik umah aku tu... hubby angkut sikit2 masuk dalam keta... yerla pas bersalin nati kena tukar bilik lak kan..

9pg- bosan menunggu dipanggil aku snap2 gambo ngan hubby.. snap2 perut buncit tu.. yerla pastu dah nak kempis.. snap tuk kenangan.. mak marah aku tak reti duk diam.. yg dia risaukan aku, aku lak leh main2 masa tu.. hubby snap2 gambo aku lak main2 topi yg nurse bg tu.. mak aku lak dah risau.. aku bukan tak risau tp lg takut sebenar nya masa tu.. buat2 lawak ngan hubby sebenarnya nak menghilangkan kerisauan aku...

Banyak pic masa tu tp aku leh attach yg ni jek..
sgt gomok tau... hahahaaaa... main peace2 lg hubby.. tu yg mak aku bising.. dia risau aku leh main2... hihihiiiii




10.00 pg.. nurse2 seramai 4 org dtg kat aku nak pasang salur kencing... alamak ramainya berkata dlm hati... malu la aku.. tp nak wat camano.. dah mmg tu caranya.. ikut jerkla.. rupanya 2-3 org lg tu nurse pelatih... diorg pun start pasang la salur tiub air kencing.. yg aku plak panik2 tanya mak. " mak tak reti la nak kencing guna tiub ni .. camana?" mak aku tenangkan aku dia kata tak rasa benda tu.. tau2 polybag urine tu penuh jek nanti.. ye ker camtu aku kata.. so ok la mak kata cmtu... lepas pasang benda tu terbaringla aku takleh jalan2 dah...

10.40 pg - nurse2 datang bawa katil untuk kebilik bedah.. so aku pun kena berganjak dr katil wad tu ke katil yg diorg bawa tu... huh masa tu berdebar la sgt2.. mulut terkumat kamit baca surah nabi yunus... sebelum diprg sorong tu aku seganla nak cium2 tangan ke apa ngan hubby kan.. tp sebelum tu aku dah mintak maaf semua la ngan hubby tah berapa ribu kali dah... sampai laki aku mcm malas layan .. mana taknya berapa kali dia nak ckp dah maafkan.. hahahha .. yg aku ingat masa sebelum aku disorong mak pegang tangan aku yg sejuk tu.. kuat sgt genggaman tangan kami.. bila katil mula sorong pun mak mcm taknak lepaskan tangan aku... aku lg la berdebar.. mak ngan hubby banyak kali pesan suh aku baca doa banyak2.. mak bg semangat ' maka kata " alaa kejap jek.. lepas ni leh tgk baby comel" tu yg buat aku lega skit...

sebelum disorong nurse bg aku minum ubat.. "aku siap tanya "ni ubat apa" diakata tu ubat tuk senang proses bedah.. akupun angguk la hirup abis guna straw.. tak sedap cam masam2 sket..

10.50 pg - aku dah di sorong ke bilik bedah.. mak n hubby mengiringi katil aku.. syahdu ooooooo.. tak dapat aku bayangkan lg detik2 tu.. rasa mcm nak mati pun ada.. yerla nak g bertarung nyawa kan... antara hidup dan mati mmgla jarang2 kita dengar lg zaman ni ibu meninggal dunia masa melahirkan. tp kemungkinan itu tetap ada... ajal maut di tuhan yg menentukan...

sampai pintu bilik Ot hubby n mak di tahan takleh masuk.. diorg kena tunggu kat luar .. aku sempat lambai tangan kat mak n hubby.. aku sorg2 je dah.. aku senyap jek.. lorong bilik tu buatkan aku lg seram...tengok kanan kiri... tangan sejuk giler.. nurse yg sorong tu baik... dia kata tunggu kejap tunggu doc naik... masa tu aku tengok doc bius dah tukar uniform siap pakai cap dia lah.. complete dah.. dia dah ready... tinggal tunggu doc gynea aku jer.. sebab dia ada patient lg kat bawah..


11.00 pg Selang 4-5 minit aku nampak doc gynea aku dah sampai.. dia senyum3 je... aku pun balas balik senyuman dia.. maybe dia faham perasaan aku masa tu (Doc gynea aku tu lelaki ye) hahah tp dah pangkat atuk kot.. tp masih steady.. awet muda walupun rambut dah uban. Dia masih berpakaian biasa.. tak lama dia bgtau nurse suh standby everything n tanya itu ini.. nurse pun bergerak pantas apabila menerima arahan... doc keluar jap n bila masuk bilik OT aku tgk dia dah siap tukar uniform untuk jalankan operation..

Sementara nurse siapkan brg2 doc dtg kat aku.. dia pandang muka aku tepat2 then secara sepontan mulut aku cakap "doktor saya takut".. dia tepuk2 lengan tangan aku then kata " MASANYA DAH SAMPAI, AWAK NAK JUMPA BABY AWAK KAN? " terus aku rasa sedikit tenang masa tu.. doc ni pandai psiko aku la... bagus gak...

11.05 pg - everything dah stanby..doc gynea dah ready dgn doc bius.. then doc bius suh aku duduk dia nak masukan ubat ubat bius tu kat tulang belakang dia kata SPINAL. sebelum tu dia bg aku sebiji bantal untuk aku peluk... huh masa dia bg bantal tu peluang aku nak peluk kuat2 bantal tu.. mcm bantal boxing tu.. seorang nurse duduk disisi aku pegang bahu.. dia pun bg semangat kat aku . .. dia pun seolah memahami apa aku rasa pada masa tu, dia urut2 tgn aku.. alhamdulillah sekurang2nya ada seseorang yg menemani aku di sisi walaupun aku tak kenal dia.. tp dr senyuman dia membuatkan aku sedikit lega...


Masa doc mula cucuk tu aku rasa ok lg.. trhen kedua aku rasa ubat dah masuk,... sebelah kaki dah kebas.. lg sekali aku rasa ubat masuk, kaki kiri plak kebas.. bila dia suh angkat kaki bawa naik atas katil aku kata kaki aku dah kaku .. aku tak rasa apa.. sekejap giler ubat tu bertindak... then nurse yg naikan kaki aku.. serius ly aku rasa mcm lupuh.. nampak jasad kaki tu ada.. tp nak gerakkan langsung tak boleh deria tu hilang.. ohhh mcm tu agaknya org yg lumpuh rasa ... baru aku tau... Suatu pengalaman yg mmg tak mungkin aku lupa...

Bila dah baring doc gynea cuci perut aku dgn ubat mcm cecair.. dia tgk balik bulu2 roma kalau masih ada dia nak buang cukur.. tp semua tu nurse dah buat masa kat wad... aku dah seram sejuk time tu.. doc bgtau "ok puan kita start ya" masa dia cuci2 perut tu aku rasa lg... tak lama 3 minit lepas tu (11.19pg- catatan baby dilahirkan) doc dah angkat baby tunjuk kat aku.. mata aku pejam.. tp telinga aku dengar doc cakap " puan tido ke?" sebenarnya aku pejam mata sebab takut.. bila doc tanya camtu aku bukak la mata.. sekali kan dia tunjuk baby kat aku... " ya allah dalam hati bila masa dia belah perut aku.. mmg la tak rasa kan.. tp rasa mcm mak aii sekelip mata... doc tanya "nampak tak baby awak baby apa?" aku jawab pelan "boy" doc angguk n terus suh nurse bawa baby tuk dibersihkan. lafaz alahamdulillah yg mampu kuar dr bibir.. sgt terharu... tak terucap dgn kata2 nak menangis gembira pun tak.. terkedu...

Tp kan masa tu aku tak puas hati... dlm pada aku pening2 lalat tu.. aku toleh kat doc bius yg ada kat ujung kepala aku.. "doc baby sy ok tak?" doc tu jwb " baby awak ok jgn risau" pastu doc sambung borak2... aku tanya camtu sebab aku tak nampak baby tu sepenuhnya doc hanya tunjuk jantina n separuh badan baby je kat aku, dengar dia nagis pun kejap je.. pastu terus suh nurse bawa pegi dah.. bila doc kata ok baru aku lega..

Lepas baby dah kuar doc tekan2 atas perut aku.. masa tu mcm aku rasa bdn aku lega .. rasa mcm air surut dlm badan.. aku nampak nurse kuar masuk bawa mop lantai.. huhu dlm hati byk ke air melimpah or darah.. eeeeee takut gak.. aku pejam mata je la balik... sambil doc jahit balik kot dalaman2 perut aku aku dengar diorg borak2 pasal keta.. rileks je doc ni buat keje.. agaknya hari2 dia buat keje ni dah tak heran.. mcm siang ikan kot agaknya kan... lepas setangah jam baru selesai...

12 tgh - aku di tolak keluar dr bilik OT dan diletak kan di tempat tuk panaskan badan.. seriusly lepas pada tu aku menggigil kesejukan.. sejuk sampai ketar bibir.. nurse letak warmer dan selimut kan aku dgn bahan mcm plastik.. ntah apa namanya aku lupa... dia suh aku tido.. aku dah lalok nampak org kabur2 je.. nak lena pun mcm tak boleh.. kejap2 tp jaga balik.. kepala pening sgt masa tu.... dalam setengah jam gak aku diorg letak kat situ.. dlm hati manala anak aku tak sabar nak tgk...

12.30tgh - nurse tgk aku dah ok sket dia dah nak hantar wad... selimut dua lapis dia bg sebab aku kata aku sejuk sgt2... masa nak mula sorong aku dah angkat tgn kat nurse aku nak muntah... dia bg bekas.. mmg muntah air... byk gak.. 2 kali muntah.. tu kesan ubat bius dia ckp... lepas muntah kali ke 2 baru aku di sorong naik wad...

Sampai wad atas aku dah nampak hubby n mak.. boleh lg aku lambai2 mak n hubbby aku.. aku takut diorg tak nampak aku.. leganya la hati nampak diorg... masa tu rupanya hubby dah azankan baby kat bilik bawah.. mak cakap pipi montel... tp aku sgt tak berdaya time tu... rasa ngantuk, letih, pening yg amat...

1ptg.. kawan2 opis bestfren aku dtg menjenguk... aku lalok mcm sedar2 ayam.. aku nampak diorg kabur tp aku dgr suara diorg.. mak suh aku tido n pejam mata.. pening kepala sampai kuar air mata.. beberapa kali aku muntah lg.. mcm muntah hijau.. bila dah muntah baru pening tu lega.... kawan2 aku balik pun aku tak sedar...


4 ptg.. keadaan masih mamai.. nurse dtg sorong baby kat aku.. huh masa tu sgt suspen nak tgk anak sendiri kan.. tp nurse tak bg bangun.. dia letak baby kat sebelah aku.. dia ajar aku nak susukan baby.. masa tu mata baby bengkak lg.. tebukak sket jek.. aku yg mamai td pening kepala semua terus lega.. mcm sakit2 td hilang cam tu je bila tgk anak.. sungguh besar kekuasaan Allah.. mmg ajaib..

Ni la rupa permata hati aku hari pertama dia dilahirkan.. pengalaman yg mmg indah dlm hidup.. mmg la sakit tp terubat sekelip mata dgn kehadirannya... Alhamdulillah..

beberapa kali (5-6x) aku save n3 ni nak bg complete baru publish.. aduih panjang sungguh.. tp kena tulis gak.. esok lusa tulat maybe aku dah lupa.. sekurang2nya aku leh baca balik akan dtg...




7 bebelan kawanku:

AmiYs said...

terharu je baca.. terigt time nk brsalin ari tu.. isk..isk...

puterikurekure said...

agaknya ubat bius yang ida dapat ngan kite dapat lain kot? sebab kite takla sampai muntah2. just kena baring flat 8 jam. itu je. then, ida sampai tak rasa apa2 pon masa doctor bedah. kite still leh rasa pisau tu jalan2 atas perut. hehehe~

kite suspect bius ida lagi kuat la...

@e_da said...

teringat balik ngeri kan amy's... tp sgt indah kan...

Diamilikku said...

uishhh...takut dengar...kak su beranak normal pun rasanya takde le menakutkan macam tu ....ish tak dapat bayangkan kalau kena bedah jugak nanti

@e_da said...

puterikure-kure.. mungkin lain kot kan.. ubat ida dapat tu kuat tau.. dia masu je terus aki kebas.. ee camana awak rasa pisau tu seram ekkk...


Kak Su... tu la kenangan ida bersalin.. kalau ingat balik an ngeri gak...

yani_worldpeace said...

terharu baca entry eida ni...kite ntah bila la nak rasa belum ada rezeki lagi...huhuhu

Ummi AmnaAmzar said...

indahnya pengalaman bersalin kan..bila bc pengalaman bersalin mula la hati membuak2 nak dpt bb lagi..hehhehe

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah