Wednesday, March 17, 2010

Susu

Dah alama aku pikirkan topik ni.. harini aku nak minta pendapat kaum2 ibu mengenai susu ni...
Tak dinafikan susu ibu adalah yg terbaik di dunia.. tidak ada yg setanding dengannya.. tapi tidak semua ibu mampu menyusukan anaknya seperti yg di kehendaki.. faktor2 hormon dan faktor tertentu mempangaruhi samada ibu mampu menyusukan anaknya selama mana yg terdaya...

Bagi aku sendiri aku mempunyai masalah penyusuan ni.. pada awalnya susu mmg ada.. tp disebabkan n..ple pendek jadi adalah sukar anak aku nak menyusu walaupun aku ada ada beli alat bantuan puting tu.. bila anak tak puas menyusu mula la mengamuk kan.. so jalan terbaik adalah aku pam atau perah susu untuk dibekalkan pada anak..

masa dalam pantang dapatla bg fresh perahan pada anak.. bila aku keje aku dah start buat stock.. tu pun nasib ada hari yg banyak leh capai 20ml kalau hari yg merundum adala 12 ml.. tgk keadaan aku.. penah sekali aku bz yg amat dah petang baru dpt perah punyala sakit hingga bengkak...
Pic ni kenangan stock perahan susu aku.. tak banyak mana mcm org lain tp cukupla untuk anak ketika aku tinggalkan pegi keje.. masa tu mika masih l;g dibawah jagaan mak aku..



ni perahan masa kat opis.. leh capai 7.5ml sebelah kanan shj.. kiri tak berapa ada.. kdg2 1-2ml je dpt kalau belah kiri..

kadang 7 ml.. ada masanya dpt 4-5 ml je.. aku dah makan segala pemakanan yg boleh mebantu pengeluaran susu.. tp ikutla adakala ianya membantu juga..

Sebenarnya kan aku rindu sgt saat ni.. bila anak berdakap pada ibu ketika menyusu.. so touching... ni pun aku paksa mika suh minum gak.. adala kejap dia nak.. tak sampai 5 minit mula la dia menolak sebab tak byk dpt susah dia nak sedut kot...

Ada kisah disebalik cerita susu ni.. masa awal2 dulu kan susu badan tak berapa nak ada.. suh la hubby aku carikan susu supaya dapat back up bila tak cukup.. aku ni tanya la kawan2.. then dia g la cari.. bila tanya farmasi tu dia baginya susu ni.. kitorg pun campurla susu masa tak cukup kan.. bila dah beli 2-3 tin baru tau susu ni tuk baby yg problem je.. sib baik anak aku tak apa2.. huhuhu..

Mika mula campur susu pada usia 4 bulan.. sebab susu badan aku dah makin berkurangan masa tu.. then bila usianya 5 bulan dah fully guna susu formula.. sedih rasa tak dapat bagi dia lama susu badan.. dia sgt suka susu badan.. laju dia minum.. masa mula campur susu tu dia menunjukkan reaksi tak suka sgt pada susu FM. dah lapar sgt dia minum juga. sian dia...

Ni la susu memula hubby beli enfalac warna purple ni.. salah rupanya..


Bila ada kawan yg bagitau barula tukar ke langkah 1 warna hijau ni

Dan haritu bila dia mengalami cirit birit doc suggest lg aku tukar susu ISOMIL pulak .. sebab katanya susu enfalac ni panas tak sesuai ngan mika..

dan sekarang mika dah guna susu ni.. susu soya.. tp sampai bila dia nak minum susu ni ya.. kesian pulak.. ada yg kata susu soya ni tak berapa sedap.. sian plak dia.. mmg lain sket rasanya.. memula mmg dia tak berapa nak minum.. tp lelama ok plak..

Ada sesiapa boleh bg pendapat susu apa fm mana yg bagus untuk baby ni.. aku sgt memerlukan pendapat kalian. tq ya...

ada sedikit penambahan pertanyaan.. boleh ke aku selang seli bg mika minum isomil ngan enfalac ni ada effect tak ek? sbb minum isomil tunggu 1-2 hari baru dia berak... huhu pastu keras sket la plak... :P

6 bebelan kawanku:

Ibu Alia Kaiyisah said...

hi Mama Mika,
Ibu alia lom lepas pantang dah bg alia minum FM. sian dia. prolem kita sama. n**ple pendek. baby selalu ngamuk. :(

memula beli isomil untuk alia. 2-3 hari yg pertama tu poo-poo dia ok. tp lepas tu every time poo-poo mesti ada yg keras. time dia meneran tu sangat kesian tengok. sometimes nangis jugak. sbb tak tahan tengok dia mcm susah poo-poo, saya tukar ke enfalac A+. so far alhamdulillah. poo-poo senang and lembut sangat. ibu dia pun dah tak susah hati.

dear, kadang susu ni lain baby lain penerimaannya. mcm mika and alia, switch antara susu yg sama tp alia takleh dgn isomil cause susah poo-poo.

kenwooi said...

i love to drink milk when i was younger =D

@e_da said...

ibu alia.. betul tu susu isomil ni mengeraskan poo poo dia. sy ingat nak selang seli minum enfalac ngan isomil dia tu...

kenwooi..
i tak minum susu.. heheh

Ibu Alia Kaiyisah said...

mama mika,
saya ada terbaca dlm website (tak ingat detail-nya) tak berapa digalakkan bg baby campur2 susu. tak sure betul ke tidak or just pendapat org. sbb skang pun sy masih cmpur susu alia. stock isomil dia ada lagi so dlm proses nak habiskan before tukar 100% to enfa.

betol. minum enfa poo-poo dia sgt cantik. saya suka. haha.

ada org ckp baby enfa ni gemuk2 i.e. berat badan naik banyak. ye ke?. risau pulak baby terlebih berat badan nnt. :)

aMiYs said...

amir minum dupro skrg.. sblm ni bg dulac.. tp amir ni ada ekzema... allergic susu lembu... tp bile bg susu soya dia xnk minum.. so stick la dgn dupro..

@e_da said...

ibu alia.. takyah risau.. so far mika minum enfa sejak dr 4 bulan.. takde masalah berat terlebih.. ok je progress dia... tgk kat tepi blog ni ada perkembangan berat dia..

amiys.. tu la mika ni pun cam takleh dah je susu lembu tp minum isomil berak keras la plak...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah