Wednesday, August 4, 2010

Sedihla bibik tak ada

Petang smlm hubby amik mika dr nursery... hubby kata bibik bgtau dia tak dpt dtg besday mika.... aku dah rasa tak seronok dah.. pagi td aku hantar mika bibik bg tau aku pulak.. dari riak muka dia aku faham dia sedih juga....

Hari besday mika bibik kena ikut tuan punya nursery balik kelantan (owner nursery)... as a pekerja bibik terpaksa la ikut kan... Aku pulak rasa sedih.. sejak umur 4 bulan mika mmg duduk nursery dan bibik tu yg dikhaskan untuk jaga baby je... mika pun dah kenal n syg bibik...kdg2 bila aku amik dia leh duduk je atas riba bibik.. kalau aku cuti tak hantar mika dia mesti tanya nape mika tak dtg, sakit ke mika... nampak dia syg kat mika..


aku plak sgt selesa bibik jaga mika sebab dia dah mcm2 mak-mak je pada aku...mmg kat nursery tu ramai gak teacher2 lain tp bibik sgt rapat ngan baby2 ni..bibik tu actually dah tua dlm lingkungan 50 lebih la umurnya.. dah ada cucu pun kat indon sana.. tp dia dah lama keje sini... org tua ni bila jaga budak kan sabar.. jd aku yakin bila dia jaga mika..

Tiap2 aku balik keje nak amik mika jarang aku nampak mika terbiar main.. mesti bibik ada di sisi dia, kdg2 di kendong mika, kdg2 mika duduk atas riba dia.. penah dulu mika kena cakar ngan kawan dia, aku punya pesan kat bibik tgk mika.. dia jaga bebetul mika... kalau budak lain usik mika dia plak sound budak2 tu.. bila petang aku balik siapla dia mengadu budak sekian2 nak usik mika.. aku kata la "biasala budak2"

Kalau hari gaji aku selalu bg bibik hadiah, kdg2 aku belikan dia tudung, baju, ada kala aku belikan dia aksesori ada sekali tu aku beli gelang manik tuk dia... suka la dia.. bukan nak bodek bibik tp aku kesian ngan dia.. yerla org hidup merantau mana la ada sape kat sini.. hari minggu pun duk umah nak pegi mana2 tak tau.. nak2 pulak dia dah tua.. lg aku tambah simpati tgk dia... kalau aku amik mika kdg2 berkali2 dia cium mika baru bagi kat aku... kdg2 ada rasa risau gak kalau dia terlebih syg kat mika.Ada gak aku dgr cikgu2 taska tu kata bibik ni syg mika je... hahah diorg jeles gak sesama sendiri..

Td aku jemput kakak owner nursery, tp dia kata tak dpt dtg balik kelantan n dia bawa bibik.. alahai sedih lak rasa hati... mika rapat ngan bibik.. patutnya bibik patut ada di hari besday mika ni.. bibik hari2 jaga mika bila aku keja...hmmm nak wat camana... takpela nti aku bg apa yg patut untuk bibik... nti ada masa aku amik gambor bibik mika....



2 bebelan kawanku:

Aleeya said...

sib mika tak pandai menanya lagik, kut kang dia tanya mana bibik lagi haru hehehe

mmg camtu la sepatotnye..mereka jaga anak kita, dan kita sepatutnya melayan mereka sebaiknya..sbb anak kita membesar di tgn mereka selain tgn kita..sbb tu leya ngan cekgu2 damia kat neseri takat ni takde masalah, so far dorg semua memuaskan hati..sejak Damia 2 bulan dorg jaga Damia, now Damia da nak masok 3 thn (bln nov). Damia pun rapat ngan dorg..leh sebut tu..damia syggggg makda, makcik, auntie shidahh..abes semua nama2 cekgu dia sebut ..lega hati tengok dia happy kat neseri tu..:))

ch@ said...

maka kenala bagi hadiah or kek beday mika kat bibik :D

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah