Wednesday, September 22, 2010

9 jam journey Perak ke Johor

Hari raya ke 3 petang aku dah merengek2 kat hubby nak balik johor.. kalau ikutkan dia raya ke 4 baru nak bertolak balik kg aku.. biasalah kalau masing2 dah sampai kg masing2.. liat la nak balik.. tp dah adat .. dah kawen kena ada 2 kampung kan.. camana aku tak merengek.. kitorang balik paling awal antara 7 beradik dia.. dan kitorg gak yg tinggal tak balik2 lg raya ke 3 tu... ipar duai aku masing2 dah balik umah atau dah ziarah sedara mara diorg..

Aku dah sedih raya2 ingat kat mak.. sib baik ada adik sorang yg leh gak temankan mak.. almaklum adik beradik 2.. ni yg rasa nak beranak ramai.. tp boleh ke aku??? nak dpt sorang ni pun bermacam dugaan tp manatau rezki tuhan bg kembar lak pas ni kan.. mmg itu doa aku selalu nak dpt anak kembar.. hihihi nak 2 pulak kalau girl.. bestnya la kan.. kawan2 doakan ya...

Perjalanan yang jauh mmg sangat mencabar... adat musim raya mana-mana jalan mesti Jam.. kami tak lalu higway sebab dengar orang2 yang datang beraya semua kata merungut jam teruk kat highway.. kami pilih jalan kampung.. alhamdulillah kurang sikit sesak ada pun kat teluk intan ngan mana tah tak ingat sebab aku terlelap...



Budak ni sgt aktif.. kenakalan makin terserlah.. nama pun anak lelaki.. tak sah kalau tak lasak... dia dah taknak duk kat riba.. kalau duduk kat belakang lak sibuk nak ke depan kat papa... bila aku riba dia mesti nak duduk kat bawah kaki tu gak... last2 aku tak larat aku biar je duk bawah tu.. sib baik hubby dah bersihkan.. lainkali mcm nak letak mat bawah tu bior dia main.. kalau tak bg kang mengamuk.....



tangan ke kaki mmg tak tau diam.. ada je dia nak kerjakan.. naik letih.. mama ngan papa dia dah terbelengu kebosanan sesak dlm jam.. mika tetap happy main2 ikut kehendak dia... bagi apa saje dia makan.. aku bagi bisukut coklat dia bedal.. bagi air dia minum.. nak suh tido amatla liat...


Sedut vitagen 1botol abis.. nak2 pulak sekrang dah pandai sedut guna straw bg botol besar pun boleh abis gaknya.. sebab minum sekali ngan main straw...

sampai shah alam dalam kul 11.. berhenti jap makan bekal yg bawak dr kg.. masa tu lega sikit mika dah lelap... sepanjang jalan tu mmg hubby je drive,.. tp bila sampai tangkak dia dah tak tahan ngantuk sgt.. so kat hentian tangkak kami bertukar driver.. aku bawak keta sampai umah.. sib baik masa tu mika dah terjaga..

Dia layan upin ipin ntah berapa puluh kali ulang.. hubby dah tido.. aku drive sorang di temani mika tgk tv... sampai kampung dalam kul 2.30pagi.. letih yg amat.. tp hati girang sebab sampai kampung sendiri.. sanggup drive tu walaupun jalan pagoh tu senyap ada kubur-kubur cina lak tu.. kenderaan lalu lalang pun takde.. aku tawakal je la... agak2 aku rasa takut aku borak2 ngan mika.. cabut puting dia bg dia nangis tak la sunyi sangat.. ahhahahahha

tu la dia adat kawen sorang utara sorang selatan.. tiap tahun itula ragamnya....




8 bebelan kawanku:

puterikurekure said...

rajinnya balek utara selatan tiap2 tahun. kita gilir2. terpaksa buat camtu sebab nanti mak mertua majuk. huhu.

Diamilikku said...

alalalalala...sian dia...hehehhe..akak pagi raya kedua dah ajak balik dah...ye lah balik terengganu dah 3 hari sebelum raya kan...

cik puan akish said...

tu dia...dok kat bawah kaki...same cam dak dadif...xreti dok dian..tgn dok asik merayap sane sini...:)

cha said...

pagoh? kampung akak kat mana? gigih ya akak drive. kalau mrAbi mmg tak nak kita drive. dia kata tak sampai-sampai. haha...

fikaryna said...

kira tolak ansur balik separuh2 ok la tuh..mika..x penat ker jalan jauh..aktif jer manajang..huhu..

mummy_ayu said...

letihnya jalan jauh yer...apa pun seronok sbb dapat balik umah sendiri kan...

mizz sue said...

http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/09/peraduan-memori-di-pagi-raya.html

eT said...

lama2 dlm kete mmg bosan kan...naik kematu punggong...huhuhu

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah