Friday, September 24, 2010

Bayi 3 bulan meninggal tercekik susu

baru dengar berita kat tv3..aduhai.. kecuaian pengasuh.. ditinggalkan anak sekecil tu minum susu sendiri dalam buaian.. takde akal ke pengasuh tu.. dia pulak pegi memasak.... kalau jadi kat anak dia macamana??? apa yg ko rasa...

eeeeeeeeeeeee geram betul la.. nak jaga budak, jaga la bebetul.. patutnya kalau dia nak masak pun kenala ada orang lain pantau budak tu . ni lg pulak ditinggalkan budak tu minum sendiri.. budak 3bulan mana reti nak pegang botol ke apa... eee stupid la... aku mmg mcm takleh terima je...

Kesian mak ayah bayi tu.. moga mereka sekeluarga tabah dengan dugaan ini...kepada pengasuh di luar sana (yang jenis lalai ni)... fikirkanla tanggungjawab yang dipikul, bukan duit semata..nyawa yang kita jaga... apatah lg anak org lak tu..mereka menaruh kepercayaan sewaktu meninggalkan anak-anak mereka dibawah jagaan kamu... hanya kecuaian sekelip mata hilang nyawa. fikirkanlah...



PUTRAJAYA, 24 Sept -- Seorang bayi perempuan yang berusia tiga bulan menemui ajal yang dikatakan akibat tercekik botol susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu. Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur. Bapa bayi berkenaan Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi kerja.

"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut. "Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri. "Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya. "Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya. Mohd Fairuz berkata Farisha adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dihantar untuk dijaga pengasuh berkenaan sebaik isterinya habis pantang selepas bersalin.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa pengasuh berkenaan mempunyai sijil latihan dan lesen untuk mengasuh kanak-kanak serta dipantau sebulan sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia. Selain Farisha, pengasuh tersebut yang mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam penjagaan kanak-kanak, turut menjaga lima kanak-kanak lagi. Fairuz berkata beliau menganggap kejadian tersebut sebagai takdir dan belum bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.
"Pengasuh itu juga sudah memohon maaf. Namun saya berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan semua pengasuh perlu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya. - Bernama


APA KOMEN KORANG???

1 bebelan kawanku:

Murni said...

Membuatkan muni takot utk tinggalkn muqriz ngan pgasuh..cian baby tuh udah la cOmey sgt..x tau la mcmna nk hadapi situasi mcm tuh..

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah