aduhai.. dah mcm musim plak.. dlm bulan ni je dah banyak citer cam ni.. buat kita tak betah duduk nak g keje.. kdg2 risau juga keselamatan anak sendiri kan.. minta2 di jauhkan la...
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemui mati dalam buaian di rumah pengasuhnya di kawasan perumahan, di Jalan Dutamas di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pengasuh wanita berusia 50 tahun, dikatakan sedang mendodoikan Danish Noor Rasmazi sebelum mendapati bayi berkenaan tidak bergerak dan bertindak menelefon bapanya. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bapa Danish yang bekerja sebagai pegawai bank bergegas pulang ke rumah dan membawa anaknya itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Laporan perubatan mengesahkan Danish sudah meninggal dunia sebelum beliau dibawa ke HKL. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian secara mengejut sementara menunggu laporan ujian air kencing dan darah Danish daripada pihak hospital, katanya. Zakaria berkata, Danish ditinggalkan bersama pengasuhnya sejak sebulan lalu, selepas ibunya yang bekerja sebagai jururawat baru saja memulakan tugas sebaik saja habis berpantang.
Katanya, hasil laporan bedah siasat menunjukkan tiada kesan kecederaan fizikal luaran dan dalaman pada badan bayi itu. Bagaimanapun, katanya, polis akan menjalankan siasatan sebaik saja menerima laporan ujian air kencing dan darah mangsa. - bharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Jom Exchange LINK...
-
Your Link/
Disclaimer
Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
Post a Comment
3 bebelan kawanku:
kesian...maknanyer dah sebulan la bb tu dok ngan pengasuh yer?
kes yg ke-3 setakat ni kan..kbtlan plak,sume kes baby 3 bulan..Ya Allah,takut rasenye bile anto anak ke pengasuh..
semuanya baby baru habis pantang, mmg masih perlu pemantauan, kita hari tu pun tekad je, alhamdulillah dah setahun pun. rasanya, kena support jugakkan cuti bersalin 90hari, heheee...