Friday, February 18, 2011

Lahir sihat.. tapi cacat akibat DIDERA.. PENGASUH zalim!!!!!!!!!



Derita anak kecil

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Noriah Idris
am@hmetro.com.my


SAKIT...darah beku daripada kepala bayi terbabit dikeluarkan menggunakan tiub.

KUALA LUMPUR: “Sayu hati saya apabila melihat keadaannya yang sebelum ini ceria kini menderita kerana terpaksa bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.

“Doktor beritahu masa depannya masih kabur dan kemungkinan tidak akan menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Rina Abdul Halim, 30, mengenai anaknya, Sheena Mohamad Safwan, 18 bulan.


Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.

Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.


Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu.


Menurutnya, ketika dihantar ke rumah pengasuh terbabit, Sheena sihat sebelum dia pergi bekerja di ibu kota menaiki komuter dari Seremban.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, saya tidak dapat mengambil Sheena berikutan komuter mengalami masalah sebelum meminta suami mengambil anak saya itu di rumah pengasuh kira-kira jam 5 petang.


“Pengasuh terbabit menghubungi kami supaya mengambil Sheena lebih awal dengan alasan hendak membuat persediaan menyambut hari jadi anaknya. Dia mempunyai dua anak perempuan berusia 12 bulan dan tujuh tahun,” katanya.

Menurutnya, dia yang tiba di rumah mula bimbang keadaan Sheena kerana asyik merengek serta menangis bahkan ada ketikanya mengalami kesukaran bernafas. “Saya yang menyangkakan anak kembung perut membawanya ke klinik dan doktor menyatakan mungkin dia tidak selesa kerana demam. “Namun, sebaik dibawa pulang, saya mula perasan terdapat bengkak pada pahanya sebelum membawanya semula ke klinik. Bagaimanapun, Sheena terpaksa dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, selepas keadaannya makin kritikal,” katanya.


Rina berkata, ketika di wad kecemasan, dia memberitahu doktor bertugas supaya berhati-hati sebelum menceritakan apa yang berlaku. “Namun segalanya terjawab apabila ujian X-ray mendapati paha anak saya patah dan bengkak di kepalanya kian ketara. Melihatkan itu, saya menghubungi pengasuh terbabit dan bertanyakan hal sebenar.


“Dia bagaimanapun memberitahu tiada apa yang berlaku serta tidak tahu punca kecederaan anak saya. Sheena kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak, ” katanya.


Namun, katanya, tidak lama kemudian bayinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu anak diserang sawan tiga kali ketika dirawat.


“Melihat keadaan anak saya bertambah serius, doktor mengesyaki sesuatu lalu mengarahkan dilakukan CT Scan dan keputusan menunjukkan anak saya mengalami pendarahan dalam otak.


“Sebaik mendengar khabar itu, saya bagaikan hilang arah apatah lagi memikirkan nyawa anak saya seolah-olah seperti telur di hujung tanduk. Sheena kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum pembedahan dilakukan pakar neurologi.


“Susulan itu, anak saya terlantar beberapa minggu di hospital berkenaan dan sebanyak enam pek darah beku dikeluarkan dari kepalanya. Pakar mata turut mengesahkan anak saya mengalami pendarahan di kedua-dua matanya,” katanya.


Rina berkata, berdasarkan laporan perubatan, doktor mengesyaki kecederaan anaknya berkemungkinan akibat digoncang dengan kuat (sindrom menggoncang bayi).


“Bagaimanapun, doktor tidak dapat memastikan bagaimana kaki Sheena boleh patah berikutan dia masih bayi dan belum boleh merangkak dan berjalan. “Kakinya yang patah dipakaikan hip-spica (menggunakan gentian kaca) selama hampir enam minggu. Untuk itu, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan untuk menjaga anak saya itu,” katanya dengan nada sebak.


Menurutnya, dia kini masih perlu berulang-alik ke HKL dan Hospital Tuanku Jaafar, bagi mendapatkan rawatan bayinya.


Dia yang membuat laporan polis berhubung kes terbabit bagaimanapun pelik apabila belum ada tindakan undang-undang diambil walaupun sudah berulang kali mendapatkan penjelasan.


“Saya mahukan keadilan terhadap nasib bayi saya. Penderitaan Sheena terlalu teruk dan saya tidak boleh memaafkan apa yang berlaku begitu sahaja. Saya yakin polis mampu merungkai apa yang berlaku dan membawa individu yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.


sumber harian metro


KEJAM BETUL PENGASUH TU........... eeeeee kalau aku dapat aku henyak2 lak kepala dia kat lantai... kalau taknak jaga budak jangan berani amik.. Tau tak hati ibu mana tak hancur tengok keadaan anak camtu.. kalau aku la serius takleh terima... bawa ke muka pengadilan biar org tu terima hukuman setimpal.... anak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ANAK!!!!!!!!.. nak meleleh airmata aku tgk baby tu walaupun bukan anak aku!!!!!!


21 bebelan kawanku:

Unknown said...

sedihnya..kita yg susah payah kandungkan anak, senang2 je dia dera..

eima said...

mmg kejam...
terinagt kes anak opis mate aku kena lempang ngan laki pengasuh die...

tah2 anak pengasuh tu yg pijak kaki baby tu time tido ke ...wlu cam ne pun pompuan tu harus diambil tindkan undang2.... sgt jahat ok

norihan said...

Saya pun geram tengok semua ini...gila kot orang buat bayi ni...

hyazz said...

tu ler... ank akan pon bliding gak...tapi alhamdulillah dia dah semboh...sikit...kalau cm tu saman jer terus...dah ader bukti...apalagi...

hyazz said...

ops lupa lak... akk follow u yer...kita tuka link yer

http://hyazz.blogspot.com/

crvmin said...

Sayunya sue ingat lagi hot news nii dulu....upanya sampai sekarang tak settle lagi yaa.... adusssss teringat sikenit Shazleen kt umah...

Cik Puan*PIE said...

ya-allah, trgamaknya dia buat mcm tu ye...arap2 pngasuh tu terima balasan yg setimpal nya...

ch@ said...

sedih kita. anak tu taktau apa2 pun. memangla dia akan merengek menangis. sayu hati. cuba buat kat anak pengasuh yg 12 bulan tu? apa dia rasa? nama je dah jadi mak, takde perasaan.

Imaan09 said...

Ya ALLAH siannya.. sampai hati betul..apa laa dia buat smpi budak tu jd gtu..

afni+hafiz=dani said...

ya allah kesian nye..kuang aja betul la pengasuh tu..

dear anies said...

tu bkn pengasuh tp manusia berhati setan!

Unknown said...

sangat kejam!huhu...

eija_sweetmama said...

serius..mmg sedih tgk baby ni
msti terseksa dia menanggung sume ni

mmg kita sbg mak akan terasa bila baca citer mcmni..sbb kalau jdk kat anak kita..mmg x tertanggung rasanya..

itu yg takut nak antar anak dkt pengasuh yg kita x kenal ni..kalau mak ayah, adik beradik ke yg jaga..terjamin sikit.

ryugiena said...

kejam sggh..cube klu terkena kt ank die, tgk cmne!!

ardinihumaira said...

Astaghfirullahal'azim..
kejamnya orang tu :'(

Rafiqa Rizqin Roslan said...

series, mmang KEJAM gila sesape yg mendera budak2 kecik.. mereka tak tau apa2 pasal dunia ney, tp kenapa dorg yg selalu jadi mangsa.. xberperikemanusiaan langsung.. pengasuh zaman sekarang xpentingkan keselamatan dan xbertanggungjawab, malah pentingkan bayaran yg dikenakan utk menjaga anak2 tu..
hmmmm....

ladyfiqa.blogspot.com

AyuArjuna BiGoshh said...

sakit hati....sakit hati...kenapa ada manusia perangai cam binatang tak nak jaga jangalah jaga...adaohai......gerammmmmmmmnya

Karisma Izzah said...

sedihnya...walaupun bukan anak sendiri.... huhuhu.....takut lak nak percaya kat pengasuh... baik la kite sendiri yang jaga, tapi keadaan zaman sekarang tak mengizinkan, dengan expenses yang mahal, terpaksa ibu2 kuar bekerja...

fara kertina waty said...

saedih betul tgk bby tu...geram btl aku ba..mcm mau ja kutembak pengasuh tu...

Mama Damia said...

zalim gila kn pgasuh tu..tk smpi ati tgk gmbr bb tu..terseksa dia..mcm mana la ms dpn dia nti kn...

Nurul Hazira Razali said...

ko tunggulah pembalasan nyer di Akhirat nanti wahai pengasuh...geram betol...ni bukan manusia nih...bintang pun tau apa itu sayang...tak per ..takkan pengasuh tuh x der keturunan? sok2 orang buat pada keturunan dia...maser tu baru nak beringat....Ya AllH Ya Tuhanku!

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah