Friday, July 8, 2011

AURAT SEORANG WANITA


Info Untuk peringatan bersama.. saya tidak menuding sesiapa.. saya sendiri masih perlu perbetulkan diri.. apa yang ada ini copy dari email untuk kebaikan bersama.. 
Semua ni copy dari email yg saya terima... penyususnan juga bukan sy yang buat ya.. sebab sy penah ditegur menjadikan gambar2 tertentu sbg bahan.. walhal gambar sedia ada ini mmg sudah sedia ada di internet.. di share hanya untuk renungan bersama.. memperbaiki apa yang kurang.. bukan untuk mengaibkan.
ni yang sy copy ...
** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.
 

Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda

 

Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan

 

Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah

 

Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung

 

Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang !

 

Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung

 

Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!

 

Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ??

 

DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!

 

Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat


(gambar hiasan)
 
KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM
APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA
 

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."
 
Jawapan:
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?
 
3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"
 
Jawapan:
Ayat Al-Quran
"..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
 
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...
 

Pakai Jubah Tetapi Nampak Garis Seluar Dalam ? Fesyen Muslimah Kah Itu ?

Keluar ke tempat awam. Pandang sana, pandang sini, begitu mudah sekali lelaki-lelaki Islam mendapat dosa kering melalui mata mereka. Sumber dosa kering itu bukan sahaja datang dari wanita –wanita kafir, tetapi disebabkan oleh wanita-wanita Islam sendiri yang tidak memelihara aurat dengan sempurna. Takut rasanya untuk keluar rumah. Banyak sekali sumber-sumber dosa mata. Istighfar !
 

MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum Puas Nak Tunjuk Cantik

Saya ingin mengajukan anda satu persoalan.
Wajarkah kita (golongan yang menegur) memberi masa kepada seseorang wanita Melayu Islam (yang telah baligh ) sehinggalah mereka benar-benar bersedia menutup aurat mereka dengan sempurna ?


Bayangkan ini:
Semua tahu solat itu tiang agama. Perkara pertama di dalam rukun Islam. Tidak layak seorang itu mengaku Islam tetapi tidak pernah solat dan selalu tinggal solat. Adakah kewajiban solat lima waktu wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa ? Jika seseorang itu sudah baligh...?

Apabila seseorang yang sering meninggalkan solat lima waktu telah dinasihati dan ditegur agar dia mengambil berat akan ibadat solatnya dan dia sedar akan kebenaran itu. Adakah (si peninggal solat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan setiap solatnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si peninggal solat) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya 'on the spot' untuk mematuhi semua solat lima waktu tanpa melengah-lengahkan masa ?

Bolehkah memperlahan-perlahankan kewajiban solat setelah ditegur dan dinasihat ?

Aplikasi teori di atas:
Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita Islam membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat mereka di kehidupan harian.
Adakah kewajiban memelihara aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika seseorang itu sudah baligh...?

Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?

Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan dinasihat ?

Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.
Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ? Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat.? Jauh di sudut hati, rasa belum puas untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan koleksi pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.
 

Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau Bala ?

Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan.
Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?
Reaksi penulis: "Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu daripada lelaki-lelaki..."

Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.


Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.


* maaf, perkataan sedikit kesat

.........................................................

Stupidity #1


Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia bertudung
Apa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik.

Stupidity #2

Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk tubuh yang cantik. Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya ramai orang dapat tengok.


Stupidity #3


Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !

Stupidity #4

Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa yang hipokritnya: Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.


Stupidity #5


Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan peluk-peluk. Itu memang diakui. Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah !

Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada. Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu sang suami suatu hari nanti.

Menunjuk-nunjuk kecantikan, membawa padah pada harga diri sendiri.

Renung-renungkan. Selamat beramal.

Trend Bermegah-Megah Dengan Kecantikan Di Kalangan Muslimah

Tudung baru ditempah disarungkan ke kepala. Badan dipakaikan dengan set baju kurung corak istimewa yang dibeli dari butik Muslimah tersohor. Muka disolek dengan 'make-up” yang tebal dan warna gincu yang menggoda. Beberapa 'pose' yang comel dan menawan diberikan kepada si pengambil photo. Akhirnya, sebuah imej Muslimah yang ayu dan anggun siap sedia diabadikan dalam bentuk gambar. Tidak puas untuk sekadar tatapan sendiri, gambar yang cantik berbusana itu dimuat-naik ke laman sosial dan blog sendiri agar dapat dilihat oleh rakan-rakan dan pelawat-pelawat. Pujian dan komen yang indah dari pelawat lantas membuatkan diri bangga di atas kecantikan yang dimilikinya.






Hari ini, kita dapat menyaksikan pelambakan fesyen baru tudung dan pakaian Muslimah serta kewujudan butik-butik Muslimah moden tumbuh pesat bagaikan cendawan. Adakah fenomena ini benar-benar berasaskan matlamat memelihara aurat dan melahirkan seorang Muslimah yang memiliki sifat malu, rendah diri dan penuh kesederhanaan ? ATAUPUN fenomena fesyen Muslimah sekarang ini lebih bersifat trend untuk kelihatan mempersona dan bergaya di hadapan masyarakat yang lebih berpaksikan amalan ingin menunjuk-nunjuk kecantikan ?
..................................

Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini ( Part 2)



Nasihat:
Baju lengan panjang banyak dijual di pasaran. Harga pun mampu dibeli. Ingatlah bahawa, lengan wanita itu aurat. So, ia wajib ditutup dengan baju lengan panjang yang 'lapang' BUKANNYA dibalut dengan 'legging tangan' yang ketat. T-shirt lengan pendek pakai di rumah sahaja...


Nasihat:
Wahai wanita Islam di luar sana, tidak kira betapa cantik dan jelitanya kamu, jangan kamu sesekali bersolek melampau dan berfesyen melebihi kesederhanaan seorang Islam. Pakaian Muslimah BUKAN untuk dipertanding dan dipuja-pujakan...sebaliknya untuk mencari kemuliaan dan kesederhanaan..


Kesilapan besar:

Memakai tudung untuk menutup rambut itu satu pahala. Masalahnya pada masa yang sama mereka memakai seluar jeans yang SENDAT menampakkan alur bentuk dari betis ke punggung ke sana ke mari, menggoda nafsu lelaki.

Fesyen Islamik dan fesyen SEKSI MENGIURKAN haram digabungkan.


Nasihat:
Kalau kemaruk nak pakai jeans jugak, belilah jeans design lelaki. Jeans lelaki selalunya lebih lapang...takkan tiada langsung seluar yang loose di pasaran...?

Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1)


Kesilapan besar:

Apa tujuan sebenar pakai hijab ? Apa tujuan pakai tudung ? Apa tujuan fesyen Muslimah ?
Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannnya UNTUK KELIHATAN SEKSI ! Tudung sudah OK..! Apa pasal gatal sangat mahu pakai skirt macam bukan Islam.
Nanti, mini skirt pun mahu dicuba...?

Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LEGGING hitam ketat. Hakikatnya, LEGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat ketara. Ia ibarat betis yang telanjang.


Nasihat:
Pakailah blouse labuhhhh dengan tudung...
Tak payah menggatal nak pakai skirt...!
.................................................................................................


Kesilapan besar:

Sudah bergelar isteri orang. Sudah ada anak. Pergi jalan-jalan dengan family, pakai tudung sudah BAGUS...baju lapang pun sudah OK....masalahnya untuk cover bahagian bawah pakai LEGGING hitam yang ketat pulak...!! Ibarat betis yang telanjang...

Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan fesyen ketat-ketat wahai makcik-makcik di luar sana ooiiii...!! Itu tutup aurat main-main namanya..

....................................................................................


Kesilapan besar:

Tudung sepatutnya dipadankan dengan pakaian lain yang menepati ajaran Islam BUKANnya dipadankan dengan baju T-Shirt sendat dan singkat yang menampakkan bentuk badan. Lebih tak sesuai dan kurang ajar, jika tudung dipakai bersama seluar jeans ketat.

Nasihat:
Kesopanan pakaian dan maruah diri NO 1.....
Soal kecantikan dan fesyen letak NO.2...
.....................................................................................................


Kesilapan besar:

Wanita Melayu kerja pejabat di Malaysia ramai pakai style ketat sendat macam ni. Kain sudahlah jenis yang lembut...sendat di bahagian punggung pulak tu...Kemudian mereka pakai pula baju korporat yang pendek lagi kontot tidak cover punggung sepenuhnya. Kesannya, bagi sang lelaki peluang tengok bentuk punggung mereka dengan percuma..

Nasihat:
Pakailah baju atau blouse yang labuhhhhhhhh...!!

...............................................................................................................



Kesilapan besar:
Takkan tak tahu LEGGING itu fabriknya nipis, bila diregang menjadi jarang. Ketatnya pula tahap melampau. Warna pula sama dengan warna kulit atau putih. Bila dikenakan air, jadi basah....maka akan ternampaklah seluar dalam yang dipakai di dalam. Itupun nasib kalau pakai seluar dalam...

Takkan tak tahu, seluar anda sendiri sudah basah lencun..? Takkan tak sedar seluar dalam anda sudah ternampak...? Kenapa anda tidak pergi tukarrrrr seluar mandi yang lebih tebal...?
Ini bukan suatu yang membanggakan.....Istighfar ! Istighfar !
.........................................................................................................


Kesilapan besar:
Gambar di atas adalah satu bentuk penghijrahan yang salah di sisi Islam.
Hijrah haruslah berubah ke arah perkara yang betul mengikut syariah Islam. Contohnya, daripada tidak bertudung kepada 'imej bertudung dan menutup aurat', barulah betul. Bukannya daripada sudah elok bertudung dan berpakaian longgar kepada imej baru berbaju sendat dan memakai LEGGING ketat..???

Istighfar......

......................................................................................................................


Kesilapan besar:
Memakai seluar jeans ketat, kemudian memakai T-shirt yang pendek@singkat iaitu tidak menutup hingga ke bahagian bawah punggung. Maka, akan ternampak jelaslah bentuk punggung mereka, walaupun mereka secara fizikalnya mereka berseluar.

Nasihat:
Sebagai wanita Islam, setiap baju yang dipakai untuk keluar rumah haruslah labuh menutup ke paras bawah punggung.

..........................................................................................................................

Kesilapan besar:
Setelah bangkit dari duduk atau membongkok, sesetengah wanita lalai dan terlupa melabuhkan semula hujung bajunya. Kesan buruknya, akan ternampaklah bentuk punggung mereka di tempat awam. Akan tetapi, terdapat juga segelintir wanita gedik yang sengaja menarik hujung baju mereka ke atas untuk tujuan nampak punggung demi menarik perhatian lelaki.
PELIK.

Nasihat:
Terlupa ? Jangan terlupa...!! Baju mesti dilabuhkan semula setiap kali selepas duduk atau membongkok di mana sahaja. 





Sekian.. renungan jumaat.. tidak menuding sesiapa.. sekadar untuk ingatan diri sendiri juga.. perbaiki apa yg lemah.. huindari mana yang mungkar insyallah.. sesungguhnya kita manusia yang leamah yang sememangnya sering tewas dengan segala UJIAN.. semoga kita dapat manfaat bersama... insya Allah

15 bebelan kawanku:

eima said...

tak leh tgk gambo ... huhu
tp info yg sgt berguna ....tp aku la kena bygkan cam ne rupe pakaian tu

alyyani said...

suka the stupidity part tu. jgn perbodohkan diri bila diri sendiri pun belum cukup sempurna kan? note utk diri sendiri jugak :)

yatie chomeyl said...

btol tu ida, sama2 kita jaga aurat kita.

Zura said...

wanita nie byk yg nk kena jaga...hati2 jelah dlm pemilihan pakaian..

MrS. F!zA said...

tulah kan..byk sbnrnya yg kita kna jga..bukan stkt pakai tudung je

Gieyana said...

nice article..seyessly mmg byk fesyen2 skrg nie kan..peringatan utk diri sendiri gak..

tpkan..kalau bj kurung yg jarang tue..taruk ler inner siap2 kan instead of pakai inner yg ala2 singlet tue..my hb mmg x kasi kalau pakai mcm 1st pic tue..

*SiRibenMerah said...

erkk, baju jarang tuh ai ada.. tapi ai pakai inner penuh la.. bukan singlet..
huhuhu..
bab legging mmg ai x berkenan langsung..

ape2 pon, thanks utk tazkirah neh secara x langsung.. sedar diri neh x sempurna dan perlu berubah.. insyaAllah.. sama2 la kita baiki mana yg silap tuh... :)

ajumohit said...

pernah gak terbaca emel ni, huhuh..peringatan bersama, TQ ye eda

fuadnis said...

bagus ni kak...boleh share di FB??

ch@ said...

sejak bersalin, rasa segan nak pakai t-shirt pendek2. lagi2 yg kekecik atas punggung tu. seluar jeans tetap pakai tapi yg labuh. seganla. sama2 ambil peringatan.

Qaseh said...

sbg peringatan buat semua wanita islam...

Qaseh said...

sbg peringatan buat semua wanita islam...

Nens Collection said...

bersama kita muhasabah diri..

http://aniesandyou.blogspot.com said...

kalu pegi majlis kawen slalu nmpk pompuan mcm pic kt ats tu...


Sape nak angpow?

Izan Ishak said...

kadang2 naik segan bila tgk org pakai baju2 mcm kat atas tu...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah