Monday, August 1, 2011

Pengumuman Puasa 2011

Salam 1 ramadhan
Teruja sambut puasa kan..
terasa di sana sini..
yang sibuk ber shopping barang dapur sesak sana sini hujung minggu haritu...

Tapi bila puasa atau nak raya aku ada RINDUKAN satu benda yang tak sabar nak tunggu.. iaitu PENGUMUMAN puasa atau RAYA...


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja merupakan pegawai yang menyimpan dan menjaga mohor besar raja-raja Malaysia. Beliau merupakan setiausaha Majlis Raja-Raja (MRR) yang juga bertindak sebagai jurucakap MRR. Orang yang dilantik menjadi PMBRR ialah pegawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau yang telah bersara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kini adalah Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara pada Januari 2011


 Aku rindukan pengumuman yang lama.. suara dia sinonim setiap tahun yang ditunggu-tunggu kan..

yang lama  Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.- berkhidmat selama 23 tahun.. fuhh lama ... patutla dari aku kecik sampai tua aku rasa aku tengok dia je tiap2 tahun...






yang baru Datuk Syed Danial. Syed Ahmad Jadi _ glamer nama dia kan..





yang pastinya sungguh sedih.. tahun ni.. aku tungu punya tunggu tp takde.. terlepas kot dan takde ulang2 mcm dulu...

tu yg search kat youtube tu.. sib baik ado...

pas ni tunggu pengumuman RAYA plak.. haha berangan .. puasa baru sehari dek non.. sehari pun blom lepas lg ni....

4 bebelan kawanku:

eima said...

o0o org br ek ...
alahai melepas tahun depan la jwb nye ...
youtube kena blocked la ....

smlm sebuk dok soppin raya kat jusco kan dah terlepas

cik3zza said...

sy sempat tgk pengumuman mlm td. tp tibe2 dh org lain plak. rindu dengan pengumuman yang lama. nostalgia sgt kan kak. dr kecik dgr suara dia je..

Mama Hanim said...

Slmt berpuasa eida..

ShilaShower said...

aah, rasa pelik bila tgk orang lain buat announcement. hahaha

i was like, "mana pakcik yang selalu tuhhhh" sbb for all this while dok tgk muka sama, rasa lain bila muka baru hehehehe.

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah