Tuesday, October 18, 2011

HUKUM BERGINCU... LIPSTIK dan BERINAI

Untuk di kongsi bersama....
Adapun bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami

adalah MAKRUH berinai kerana ditakuti akan mendatangkan

fitnah kepada dirinya atau kepada orang lain. Ini turut dijelaskan

oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah: “Jika seorang perempuan itu

tidak mempunyai suami dan dia bukan hendak berihram, adalah

... makruh baginya berinai tanpa ada sebab keuzuran kerana ditakuti akan

berlaku fitnah ke atasnya dengan sebab inai dan berlaku fitnah ke atas

orang lain dengan sebab dia berinai itu”


Mengambil kira keharusan berinai dan berhias sebagaimana yang

telah dijelaskan, maka tidaklah dilarang perempuan bersuami

memakai gincu bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk

suaminya, selama mana gincu itu sendiri suci yakni bukan dari benda najis atau bercampur dengan bahan najis. Adapun perempuan yang

bujang atau yang tidak bersuami adalah MAKRUH memakai gincu

... kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah. 




Tetapi hukum MAKRUH akan bertukar menjadi HARAM bagi perempuan

bujang atau yang tidak bersuami sekiranya dengan bergincu itu boleh

menimbulkan fitnah, seperti boleh menarik perhatian kaum lelaki.

Begitu juga bagi perempuan yang bersuami jika memakai gincu tanpa

keizinan suami dan menunjuk-nunjuk (berhias kerana orang lain) iaitu kepada lelaki yang bukan mahramnya, hukumnya adalah HARAM


 
Warna-warna yang menonjol yang boleh memikat lelaki..




Berhias sekadar sejuk mata memandang.....

0 bebelan kawanku:

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah