Monday, November 21, 2011

KEK BATIK mamamika

Dari sehari ke sehari nak mencuba..
Satu persatu Resepi..
Dari Choc moist kek, apam polkadot, Puding Triffle..
Now kek batik lak..

dan akan dtg nak cuba red velvet dan tiramisu plak.. heheh dalam angan-angan

sabtu hari tu try buat kek batik  ni..

Bahan Asas..

Paling penting Biskut Marrie ni la...


sape nak cuba ni resepinya...

Bahan-bahan Kek Batik Milo

250g biskut marie – patah 4
150g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanila
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air
3 biji telur saiz A

Cara-cara
  • Campur milo, serbuk koko, esen vanila, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan di atas api yang sederhana.
  • Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  • Masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  • Sejukkan dalam petik sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.


Cairkan butter dalam kuali


Bancuh dulu serbuk milo dan koko dalam mangkuk supaya tak berketul dalam kuali..


masukan semua bahan kecuali telur...


Bilacoklat dah pekat baru masukkan telur yang dah dipukul terlebih dahulu


last masukkan biskut... kacau kejap je suapaya biskut kekal rangup

masukkan ke dalam loyang yang di alas plastik.. supaya senang nak potong


tekan hingga padat...


masukkan ke dalam peti ais sekurang2nya 1 jam sebelum di hidang

Dan hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang telah di potong.. heheh sukaaaaaaaaa bila buat menjadi




 percubaan kali pertama tak berapa nak cun.. tapi yang penting ada rasa.. hihi






Akan mencuba lagi supaya mendapat hasil yang lebih kemas dan cantik.. kuikuikui...

    10 bebelan kawanku:

    KhaiRin said...

    mmg da cun pun..yg c cun bla la dpt merasa ni ;-)

    MRS. K said...

    yang penting rasa die meletop.. hehehe

    mama tisya said...

    lama tk wat kek batik

    cicikwani said...

    ida, nak lagi cantik, coklat yang cair tu asingkan sket... dah masukkan biskut, mampatkan dlm loyang, letak coklat cair kat atas wat cam topping... nak cantik g, beli badam kisar tu, taburkan... tabur coklat rice ke apa... lagi npk menarik... apa2 pun, tahniah... mesti mika suke kan...

    Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

    mummy mika ni mmg rajin la memasak..
    eija ni suka baca n tgk hasil masakan kawan2..
    cuba nya ntah biler la..hehehe..
    tgk pun sedap..msti mika suka kan..

    Qhaifa Nur said...

    sedapnya kek batik ni...
    anak2 akak suka betul ni..

    mekchu said...

    rupa tak cantik tak pe.. janji ada rasa.. mintak skit aaaaaa...

    Salina@IbuAqil said...

    Wewet!!! Tahniah atas percubaan itu.. Nak cikit.. ;D

    ajumohit said...

    sedapnya, baru buat aritu, mmg ngetops la kek batik ni hihihi

    e.l.i.z.@ said...

    wahhhhhhhhh sedapnyeeeeeeeeee kek batikkkkkkkkk

    Powered by Blogger.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Jom Exchange LINK...

      Your Link/

    Disclaimer

    Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
     
    Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah