Sape follow citer ni?? sila angkat kening...
heheh bukan den nampak pun
Tentang Dhia" drama TV3 kul 7 hingga 8 mlm tu
Aku follow dari memula..
dan semalam ada adegan best bila hero dah bertemu heroin...
My Fav ADYPUTRA... & NORA DANISH yg cute tu...
so tak sabar nak jumpa DHIA & ZIKIR petang ni.. hihi
tak tau apa kesudahan mereka ni..
yang pasti nya aku akan follow sampai abis kalau tak memboringan...
bawah ni ada sinopsis citer "TENTANG DHIA " ni
SINOPSIS TENTANG DHIA
Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.
Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.
Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.
“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.
Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir? kita tengok sama-sama..
Semua orang citer pasal harimau Malaya hari ni kan.. takpela i citer esok.. khekhekheee
Post a Comment
11 bebelan kawanku:
dari mata ke hati..nak nasi lemak encik?
nasib x ikut. kalau mcm soffiya aritu, kul 7 kat ofis dah tak senang duduk. sudah nya tgk kat tonton. best eh dhia ni?
Betul!!! Tak sabar nk tgk!!!
hahaha.. adegan last semalam paling best.. kekekek.. mata bertentang mata..
kalu blk awl sempat la layan
zura pun mnat Adyputra hehehe kalo xde kelas mmg akan tgk tp dlm 4 hari tu cuma hari selasa je dpt layan hari lain dah ke kelas :(
eija pun layan gak ..:)
suke je kite tengok cite ni..best..
pernah tertengok sekali jer. tak follow pun. tapi suka tengok nora danish pakai tudung dalam ni, cute jer
dah tertinggal byk episod jgk...almaklumler tv xder huhuhuhuhu sedih..
sweet sgt, suka sgt ady putra dgn nora danish. tak boleh nak kata, mmg dinanti setiap petang.