Penangan Ombak Rindu malam tadi..
aku berjaya TAK MENANGIS.. SETAKAT BERTAKUNG AIR MATA JE.. huhu
dalam pada masa yang sama aku tengok 2 cerita dalam 1 masa.. aku duduk seat agak depan dalam wayang sebelah aku ada makcik sorang dalam lingkungan 40an.. dia datang tengok cerita tu sorang-sorang.. bila part sedih dia srooott sreeetttt srooott sreettttt.. teresak2 dia nangis... aku yang nak nangis ni tak jadi sebab aku tengok dia mcm kelakar la pulak.. pastu dia mcm bercakap sendiri.. bila part sendih dia ada cakap " alahai kesian dia.. be strongg izzah" aku rasa dia betul2 menjiwai citer tu.. hihi aku ni takleh fokus.. tengok citer tengok karektor makcik sebelah aku ni skali... hahahha
Jalan cerita memang agak slow la kan nama pun citer novel jiwang
tapi ok la... loving drama
Pada mulanya sebelum tengok cerita ni aku rasa watak izzah tu macam tak sesuai ngan Maya karin sebab izzah tu watak perempuan kampung kan.. Maya karin tu plak muka dia kan mix Pan asean dan ada slang percakapan dia.... so kalau jadi gadis kampung pun mcm agak lari sket.. tapi bila dah hayati watak dia maya karin ni ada karektor lembut dari dalam diri dia tu sendiri yang boleh bawak watak izzah dengan baik..
Awalnya hariz layan izzah ibarat perempuan simpanan.. tapi lama-kelamaan dia mula rasa kesian bila izzah cerita kisah silam hidup dia.. ada 1 part tu masa hariz minta izzah layan dia (belum nikah) izzah terkumat kamit berdoa " ya allah pelihara la aku... ya allah peliharala aku" bila jariz dengar ayat tuterus dia terbantut nak tuutt diteruskan.. then barulah izzah mintak hariz nikahi dia baru dia rela... mujur la hariz nak nikah ngan dia walaupun kat thailand..
sweet couple..
Nurfathia ni pun kalau jadi watak izzah menarik gak bagi aku.. nampak gadis melayu & dia ni selalu berlakon bertudung kan... takpela kalau ada siri drama amikla dia jd pelakon watak izzah plak ye director... hahahahha
tapi ada beberapa adegan yang aku tak berapa berkenan dalam cerita ni..
ada babak2 seksi yang aku rasa malu plak nak tengok..
beberapa adegan di ranjang... huhuhuuuu
part yang ni menyentuh hati aku gak.. bila hariz kata dia nak tinggalkan izzah sebab dia ingat izzah curang.. dia tak tau izzah pregnant.. izzah berlari kejar dia then jatuh.. ingatkan dia keguguran.. sib baik tak.. baby dapat selamat.. bila tengok darah keluar masa dia jatuh, aku teringat saat aku keguguran.. sakit! dan izzah lak sakit then sakit hati ditinggalkan suami juga.. sedih!..
ada 1 ayat mak jah yang menusuk hati.. "saat paling indah bagi seorang wanita ialah apabila dia menjadi seorang ibu" part tu yg touching bagi aku.. huhu mungkin berkait kisah diri aku sendiri.. huhuhu
izzah yang hampir keguguran
Apabila hariz dah mulai sayang dan cintakan izzah, mila kekasih hariz yg belar di oversea kembali.. dia menuntut janji hariz untuk berkahwin.. tapi hariz berat hati... namun perkahwinan diteruskan juga... watak mila (lisa) boleh tahan garang gakla.. nampak agresif dia dalam filem ni...
tapi pasangan yang yang paling sepadan dengan Aaron aziz ialah Diyana Halik.. wife dia yang sah.. hihihi
sweet couple kan...
tak puas hat tak nangis pun.. hahah bergenang air mata je..
moral semalam.. takleh bawak mika tengok citer slow or citer cintan cintun. selalunya dia behaved elok je sebab citer action ... tapi semalam citer slow dia bosan... bila byk part lagu sedih tu dia boring.. boleh dia bercakap-cakap pot pet pot pet.. time tu gak dia nak bercakap itu ini...aku kena pasrah je kalau tak dia akan cakap.. "mmaaaaa amikk.. amikkkk" suh aku bukak mulut... pastu dia masukkan ketul ais dalam mulut aku.. "amikkk maaa amikkk" adoii 3 ketul ais dalam mulut aku dia kerjakan.. .. dalam hati takpe ko buli mama ye mika.. sebab nak bagi dia senyap aku pasrah je dia buat apa kat aku.. hahahha.. last2 hubby ni jenis segan takut ganggu orang lain nak tgk citer tu setengah jam terakhir hubby bawak dia kuar gi tempat main game.. sebab hubby aku pun bukan layan sangat citer jiwang.. dia tengok pun sebab temankan aku.. hahah nasib ler.. maka dia layan anak kat luar aku teruskan citer sampai habis... haha boleh?
camana wife aaron tengok dia berlakon dengan orang lain pegang-pegang .. peluk-peluk tu kan.. kalau aku sure jeles gilerrrr.... hahahah
lastly layan OST ombak rindu... syahdu dengar lagu ni...
Post a Comment
9 bebelan kawanku:
ahahahha..tu la ida..psl dak kecik tuh jugak la kite tak dapek nak tgk ombak rindu nih..warghhh...
Eda, best baca ur review ni, Aju tak tgk2 lagik movie ni eda, tapi teringin sgt!!! Memang minat tgk Aaron Aziz tu pasai Makcik sebelah duk hayati watak tu hahahaha, mika2 pandai buli mama naa...
Wife ajak tengok ombak rindu jumaat depan..taknak abah..hehehe
Thanks Yuyu Zulaikha Sebab Sudi Makan Bersama
hahaha, mmg best OmbakRindu ni, zura pun xde nangis bagai, bergenang tu adelah utk part2 yg sedih+touching tu ...
samalah ngan aina sbnrnye smlm, x mo dok diam, nak kuarlah nak jalanlah hehehe
bestttt.. besttttt~
saya tak tengok lg citer ni di pawagam..tp novel dia dah bace lebih sekali..garapan novel tu yg buat cerita dia best...sebenarnya..harus bg salute pd penulis novel yang susah payah pikir jalan cerita begini....
bila baca ida punya citer ni boleh bayangkan....
memang best, tak dapat gi panggung baca novel orait gak..
bestnyer dh dpt tgk...aku nmpknya xder hrpan nk tgk. adegan ranjang bleh thn ek adoiiii
oho.. tgk sekeluarga ya...
suka juga baca review ida nih...