Wednesday, October 31, 2012

Air kelapa di akhir pregnancy

Masa pregnantkan mika
Aku alert nak minum air kelapa ni bila kandungan 7 bulan ke atas
Yang ke  2 ni agak lewat sket
tapi mujur masih tak terlambat

Kalau ikut kata mak minum air kelapa kulit anak cantik dan yang penting kulit kepala tak berkerak katanya..ntahla dah orang tua bagi petua aku ikut je la... Tapi untuk awal pregnant jangan minum air kelapa ni ya orang orang kata..


Mak datang siap bawa beberapa biji  kepala muda... sebelum2 tu aku biasa beli je...kelapa muda ni tak tentu harga ... ada yang sebiji RM3 ada sekali tu terkena RM5..namapun bandar..KL pulak... kat kampung bersepah FREE je kan....


Mak bawa dalam 4 biji...fresh n manis sangat..TQ mak & abah....
kasih sayangmu  tak pernah berubah walaupun aku dah beso tua ni.... luv both of u so much!



HUbby siap kupaskan berstraw bagai...tq my hubby melayan sy seperti puteri...hihihi perasan jap...


Masa berurut dulu...bidan ada suh aku amalkan minum air kelapa sebelum nak dpt baby 2nd ni..katanya air kelapa juga untuk suburkan wanita yang nak dapat anak...

meh nak share khasiat air kelapa ambil dari SINI


Khasiat Air Kelapa Muda kepada Ibu Mengandung



Di kalangan masyarakat di Malaysia, memang biasa kita mendengar perkaitan antara ibu yang mengandung dengan air kelapa. Ada yang menyatakan air kelapa muda memang baik  dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Jadi, ramai yang  menyarankan ibu mengandung agar memperbanyak minum air kelapa muda, terutama dari kelapa hijau. Kononnya bila rajin minum air kelapa muda– terutama di trimester ketiga kehamilan–maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan jernih matanya.

Apakah benar fakta-fakta tersebut?

Sejauh mana kajian secara ilmiah membuktikan kebenaran tersebut, saya sendiri tidak pasti. Namun, air kelapa muda memang mengandung berbagai khasiat kepada ibu mengandung. Zat-zat itulah yang mungkin secara tidak langsung membuat bayi menjadi lebih sihat sebagai mana disebutkan dalam kaedah tradisional itu.

1. Mineral Semulajadi

Air kelapa muda kaya dengan kandungan mineral/nutrient seperti, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin.Sebagai isotonic semulajadi yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu mengandung memerlukan lebih banyak air dibandingkan orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai-bagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kekejangan, edema dan bahkan kontraksi yang dapat menyebabkan persalinan prematur.

2. Diuretik semulajadi

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kemih. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran kemih– yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Anti penyakit

Air kelapa muda mengandungi asid lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asid lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur,  antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti  HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteriklamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama ibu mengandung, plasenta mengeluarkan hormone progesteron yang melambatkan kontraksi otot lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan proses pencernaan.

5. Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.

Oleh itu, kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan kepentingan dan kelebihan kelapa yang diperlukan oleh badan kita. Seperti air kelapa muda, minyak kelapa dara yang melalui proses penapisan tanpa haba juga dipercayai mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan jika diamalkan.
 



6 bebelan kawanku:

Nad @ MamaZN said...

Klu petua2 tu tak memudaratkan, apa salahnye ye tak? Hehehe...
Tak sbr tggu adek mika ni..

eima said...

aku pun amalkan ... pala baby aku dedua tu tak berkerak bersih je ... kepala diorg pun mudah urus tak de naik kudis2

Ibu Lala said...

akk mmg suke minum air kelapa tak kira la time peknen atau tak. memang org kata kulit bb akan cantik klw selalu amalkan minum air kelapa nih.

JaSSNaNi said...

assalamualaikum.. wahhh best betul mak/abah datang bawa kan kelapa muda.. 4 biji tu...
asben nani pun suka bawa balik kelapa muda.. sbb kat rumah bos dia ada pokok kelapa pendek tu.. so skali dia pegi.. dia akan bawa balik 2 biji.. baru 2 minggu lepas minum air kelapa.. :)

as ♥ Leenda said...

betul2..dulu saya pun suke giler minum air kelapa even baru tau mengandung..alhamdulillah ok sampai slmt bersalin..sampai bidan pun puji kulit kepala baby licin je takde kerak langsung..senang nk cukur jambul..hehe..

AdaM Hawa said...

kat kampung pun agak mahal sekarang.. kampung yang dh moden la..
info yg berguna.. TQ mummy.. share..

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah