Showing posts with label Doa anak soleh. Show all posts
Showing posts with label Doa anak soleh. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Sembahyang Cara Dia..

I'm so glad Yesterday..

Buat pertama kalinya mika denga azan magrib kat tv dia cakap...

" maaa.. maaaa awwah kebar" 2x dia ulang
Maknanya dia kata ALLAHUAKBAR..
memang aku terkejut sebab mika ni dia belum pandai cakap sangat..
dia cakap yang satu-satu perkataan sikit2 je lagi..
"nak air" 
akit
bit (cubit) papa dia la suka buat
tinga, kaki, angan.. ambut
adala sikit2 lagi yang lain aku lupa...


masa mama nak semayang magrib dia sibuk nak jugak.. belum sempat pakaikan seluar dah lari.. 


mama baru nak start sembahyang dia sah sujud.. Sujud dia kadang-kadang menonggeng.. kadang2 meniarap macam ni.. sambil tu mulut kumat kamit baca.. konon2 sujud la tu... tengok kaki memanjang je.. badan susut.. susah no nak makan..

sampai abis mama sembahyang dia main keta sorang2..
bila nak doa sibuk nak bertenggek atas riba



Baring atas riba mama... sambil nak baca doa sama-sama.. tangan cumil je rapat-rapat.. rasa nak gigit-gigit... hahah

lama sikit baca doa mula la nak pegang kereta la.. apa la.. buat-buat gatal hidung la...


hmm lama-lama malas dah... sibuk ngan keta kecik dia...



Mika satu-satunya harapan mama buat masa ni.. mama doa supaya mika jadi anak yang SOLEH.... yang akan mendoakan mama bila mama dah takde nanti ok syg... aminnnnnnnnnnnnn


Tuesday, November 1, 2011

Doa ANAK SOLEH & SOLEHAH

Meh kita share.. dan amalkan

dr FB Ustaz Zahazan Mohamed
Fav ustaz hubbyku.. selalu dengar ceramah dia lepas magrib di radio IKIM



‎3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



... اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.
 
 
 
Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu bapanya adalah doa buat anaknya...
Jangan sesekali mengeluarkan perkataan buruk pada anak.. kerana itu semua adalah DOA
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah