Nak dapatkan anjung seri bulan 6
ada lagi ke? hihi
Rumah anak saudara hubby di bangi masuk magazine ni..
Rumah seorang arkitek.. memang lawa la kan..
Sayangnya diorang sempat duduk 2 bulan je..
sebab sekarang diorang dah berhijrah ke China
mengikut suaminya yang bekerja di sana
Yang bestnya anak buah hubby (isterinya)
Cuti keje 2 ke 3 tahun camtu.. kerana ikut suami
Tapi dibayar gaji Oleh company hubby dia..
bertuah kan...
dapat duduk tempat orang , dapat gaji lagi.. tak perlu berpisah dr suami
anak-anak pun dah sekolah di sana
Masa diorang buat kenduri housewarming haritu kami pegi..
sempat la view 1 rumah.. 2 setengah tingkat..
apa yang menarik sekali masuk magazine ni
sebab ada painting hubbyku!
ada anak panah tunjuk arah painting tu... hubby hadiahkan sempena diorang masuk rumah baru haritu... siap ada tulis skali dalam magazine tu... hihii
Rumah kami ada gak 2-3 painting.. tapi aku tak penah tulis pun kan.. hahah aku tak bagi hubby tampal banyak2 kat dinding umah... semak lak mata dah mcam galeri @ muzium gamaknya.. cukupla 1 atau 2.. hihi ok nak pi cari anjung seri balik nanti... huhuhu






















