Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Thursday, September 3, 2009

Susu Ibu...

Nak citer sikit pasal breastfeed mika ni... masa beberapa jam selepas melahirkan mika nurse dah hantar mika kat aku tuk bg susu.. aku mmg tak reti n kekok sgt2 time tu... masa tu keadaan aku terlantar, ubat bius tak abis lg.. kepala pun ding dong ding dong lalok ubat... nurse ajar aku n di tenyeh2 gak mulut mika kat puting... masalahnya masa tu susu sgtla tak ada.. aku kesian sgt tgk mika lapar.. aku cuba mcm2.. mak siap tolong urut2kan breast bg susu cepat ada... 1 lg masalah pulak puting pendek.. agak sukar mika nak isap.. aku kena tekan ngan tangan bg masuk mulut dia.. kira dapat la juga... 2-3 hari keadaan mcm tu.. aku kesian sgt tengok mika tak kenyang... then 1 hari nurse suggestkan alat untuk senang mika isap..

ni la alat bantuan puting tuk mika isap susu.. brand medela.. baru la senang sket....dia mula pandai isap.. tp kan mika ni ngalahkan dah ada gigi.. kadang2 dia isap sampai nak berair mata aku.. tahankan jugak.. dia ketap ngan gusi dia.. mak aihhh ngilu sampai ke telinga rasa.. mak kata budak lelaki mmg mcm tu.. ada penah sekali berdarah puting dia isap.. huhu terkejut aku ... sejak tu aku mula mengepam susu....tp kdg2 bg gak dia breastfeed terus dr aku...

Bila bab pam susu ni, penah aku give up.. bila tekan2 dapat 2-3 sudu je... penah aku ngan hubby give up awal2 dulu susu takde sampai kami beli susu formula tp tak bg pun kat mika just standby kalau dia lapar n susu takde..pastu aku mula la search pemakanan apa yg boleh menambahkan susu.. makan lobak putihla, sawi la, minum susu la.. mcm2 la.. masa tu baru la mula banyak...

ni hasil memula dulu.. kira dapat banyak ni dah bangga sangat la.. susah ooo.. mika lak dengan syoknya sedut tanpa bersusah payah nak bertarung ngan aku paksa isap puting tu.. hehhehe.. dia punya perangai lak.. kalau susu tak dapat2 di sedut mula la mengamuk ngan meraung.. huhu

then bertambah lagi.. kira dah happy bila susu banyak anak pun kenyang...



dan makin lama makin banyak.. penah sekali lebih dari 4oz.. bangga sesangat.. yang penting aku nak mika kenyang dan dapat khasiat susu ibu..


wah laju je dia minum dr botol.. kalau suh isap puting 2-3minit je nak pastu diluahnya.. dah biasa dapat kat botol laju suh isap sendiri dia malas ler... aduhai anak aku nih...

mata pejam pun leh isap susu ek..... sampai time je aku mesti bangunkan dia bg gak susu.. susu ibu ni perisai imun badan anak untuk halang penyakit2.. camtula yg aku tau

MASALAH aku sekarang ni.. susu kadang2 BANYAK.. tp kadang2 SURUT.. 2 hari ni sekali pam pun baru leh dapat 2oz atau 3oz jek.... adoi sgt kecewa.. azam aku nak bg mika susu badan ni selama mana boleh...

Sape2 ada petua untuk MEMPERBANYAKAN SUSU BADAN sila share yerk.. sgt2 berazam nak bg gak susu badan kat mika.. huhu


Bila dah kenyang dia tersadai la kekenyangan n tak meragam... tido ngan lenanya...
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah