Wednesday, March 19, 2008

;;...Salam Maulidur Rasul...;;

video

Selamat menyambut maulidur rasul 1429h. Marila kita hayati bersama serba sedikit kisah sejarah kelahiran nabi junjungan kita. Bersalawatla untuk Baginda....

Bulan Rabiul Awal merupakan bulan ketiga dalam takwim hijrah. Bulan ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam) telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiul Awal. Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12
Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat
Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat
pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Lihat la betapa besar ganjaran kita meraikan hari kelahiran nabi junjungan kita.

Marila kita perbanyakan selawat dan salam ke atas nabi. Moga kita mendapat syafaat di kemudian hari.

wikipedia

6 bebelan kawanku:

rizal said...

salam maulidur rasul. Moga ketika diberkati selalu..

*SiRibenMerah said...

salam maulidur rasul ida kiut miut...
ceriakan holiday anda bersama hubby terchenta..
layan jiwangggggg..muahahaha=P

ida.. said...

sesama a.rizal.. moga kita sentiasa dilindungiNya

ida.. said...

hehhee tq iyra.. salam maulidur rasull cuti2 ni layan jiwang lg ek.. hihi

Aleeya said...

hehe hari maulud cuti..
arini pun leya coti..
yahoooo

slm maulidurrasul gak..

dan esok...tentunya coti2..

ida.. said...

yeee haaaaaaa... i like.. cotii... coti...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah