Sunday, November 23, 2008

~~Di sebalik Cerita Konvo~~

Alhamdulillah selesai sudah majlis konvo... tu sebab minggu ni blog tak ter hapdate...sangat-sangat bz.. tp kali ni alhamdulillah semuanya berjalan lancar tak seperti sebelum-sebelumnya aku sure tak balik stay opis menyiapkan keje2 yang kadang2 kadang tak tersiap hinga saat-saat akhir.. sejak dr masuk keje part aku diberi untuk menyediakan rekaan dan pakaian graduan... baik lelaki atau perempuan dr hujung rambut hingga hujung kaki aku kena pastikan lengkap.. huhu sgt letih.. dah la diorg ni mcm2 saiz.. layan je la nokk....

Penyampaian sijil dan diploma di sampaikan oleh Menteri Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan Malaysia . Tahun ni student aku terpilih sbg pelajar terbaik keseluruhan antara 6 jurusan.. rasa bangga sebab anak didik ku ini sejak dari semester 1 hingga akhir aku yg bertanggungjawab mengajar kelas dia. Seorang yang agak pendiam, akan bercakap bila di tanya, rajin, kerja yang kemas dan kreatif.. paling aku suka dia sangat mudah faham apa yang aku ajar.. sekejap dia dpt pick up apa yg aku cakap.. kerja kemahiran lak kalau rajin dan bersungguh-sungguh semua akan jadi mudah... semasa hari konvo tersebut ibu beliau hingga sudah mcm tak percaya, menitis air mata kegembiraan...
Paper metro hari berikutnya... yang perempuan tu ler student aku yerr... nik syamimi asal dr pahang...

Sesi press conferrence.. sebelum tu press conference menteri kami .. Dato Seri Mohd Shafie Hj Apdal...
Sesi rehearsal malam sebelum acara berlangsung...

Dayang-dayang penyambut ketibaan menteri (student)... pakaian mereka aku yang dipertanggungjawabkan menyelaraskanya ...

Demonstasi kraf.. batik, seramik, tenunan, kayu, rotan n logam


Lawatan PUSPANITA ke tapak pesta konvo.. di ketuai isteri KSU.. pesta konvo hinnga hari ni ..ahad.
Masa mengiringi lawatan isteri KSU.. sempat lagi aku join mewarna batik.. hehhe


Demo buat Batik... best tau.. dulu aku penah buat masa study di Uitm. tp lama dah tak buat rindu lak nak mencanting...




Pelbagai jualan di tapak pesta.. yang menarik perhatian aku collection dr sabah ni.. pearl, batu swaroski.. n mcm2 lagi lerr.. sempat aku sambar gelang mutiara tuk ibu mertua ku...




Keesokan harinya aku join pertandingan gubahan bunga dan pakaian berhias... haha suka-suka takde keje ilangkan tension penat kan... yg gubahan ni dpt tempat kedua tau.. yg pakaian berhias tu just saguhati.. jadi la kan... heheh .. just for fun. gubahan tu dia beri beberapa kuntum bunga n sehelai kain batik.. pandai-pandaila nak gubah.. aku tak dak idea kain batik tu pun aku gubah jd kuntuman bunga ros... belasah je la..

me on that day....daaaaa.. selsesai.. sudah....

6 bebelan kawanku:

Cikgu Kool said...

Sioknyer....student I paling best pun dapat 5A je la UPSR...!

@e_da said...

ok la tu daddy... kejayaan student sama seperti kejayaan gurunya....

*SiRibenMerah said...

wahahaha.. neh lagi bizi neh.. I setakat g konvo bz bergambo je.. muahahahaha...

Bestnya.. Tahniah sis sbb ur student terpilih jd best among the best.. maksudnya, Pensyarah dia hebat le tuh.. tahniah2 =)

@e_da said...

hehhe tq iyra.... mmg bz gilaksss...

membebel hari-hari dah jadi rutin pada mereka yg nakal.. tp pada yg ok... tak jadi masalah.. heheh

Tie said...

Wah! Mesti bangga bila student sendiri berjaya! Bestnya.. tengok konvo tu teringat konvo kat ITM dulu..punya lah suka sambil menyopping keliling kampus..paling best dpt bunga walaupun tak suka org yang berinya..hi hi..bunganya ambil pulak! Kah!kah!...(lari dari topik lak!)

@e_da said...

kejayaan student kepuasan bg pengajarnya... wah kak tie dapat bunga dr org yg tak disukai tu dr peminat la tu yerkkk .. heheh

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah