Monday, January 5, 2009

Nak share Cerita... Iktibar untuk semua

Lately byk cerita yg aku nak post tp semuanya cam biasa je... so mood pun tak berapa nak ada... tp aku tertarik dengan satu kisah ni... meh nak share ngan kawan-kawan semua...


Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta W
aja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.


Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus

meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :


" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;


" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.


Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut

menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.


Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .


Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan
tetapi
ia memberi kita kekuatan,
menenangkan kita semasa
kesedihan,
dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.



Fikir-fikir kan la....

11 bebelan kawanku:

Tie said...

eida, memang betul. hidup kita tak kan lari dari dugaan dan kesedihan. masalahnya bagaimana cara nak menanganinya..kak tie tertekan tak tahu nak buat apa. masalah ini dah lama walaupun puas usaha dan berdoa, nampaknya makin teruk. Kekadang rasa kesal tak tahu nak buat apa..(bukan masalah dgn hubby tapi dengan anak)

@e_da said...

yer kan kak tie... kdg2 org tgk kita happy p sebaliknya kita memendam sesuatu... tak tau bila akan berakhir... nak share pun hanya dengan org yg leh dipercayai... kalu cam was-was gamaknya pendam sendiri dan makan hati... harap kita jgn putus berdoa yer kak tie... insya allah 1 hari nanti allah pasti bantu.... dengan anak ni pun payah yer kak tie.. kena tau psikologi gamaknya...

Darling Darls said...

rase mcm dah penah baca citer ni...

ILHAM ASYIQ said...

hai eida

leh kasi emel? leh sy send qoutation untuk wding tu.. thanks :)

@e_da said...

mmg penah ada jumpa kot dyla artyikel ni

Diamilikku said...

eida: kak su amik wording tuh..print n tampal dalam bilik..
sajer untuk peringatan..thanx for sharing the story

RaFFLeSiA MeRaH said...

huhuhuuu...terharu baca citer ni...bagus sgt sebagai pengajaran untuk kita....

@e_da said...

alhamdulillah kak su baguslah.. memanfaatkan renunangan ni..

@e_da said...

Kak RM.. ambil sebagai iktibar tuk kita

Dj Epoi said...

Okesssssss !!!! Noted! NOted! TQ so much..........tak salah ingat mengingati.....

eedany said...

kesenangan dan kesusahan di dunia ujian dari Allah.

Sebagai insan, semoga kita tabah dan sabar dengan dugaan hidup.

TQ kerana mengingati ya.

:)

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah