Thursday, March 19, 2009

Jom Beramai-Ramai!!!!

Mula-mula aku nak promosi dulu... korang bacala yerr.. takyah aku taip... heheheh cumanya aku nak jemput semua datang lerrr....



Perasmian majlis ni pg td Oleh Dato Ser Shafie Afdal kat opis HQ... aku mmg la kena gi kan...

Ni lak pengerusi baru kementerian kami.. Orang Sabah jugak...
Ramai gak yg dtg... tetamu nak memenuhkan ruang...


Opening dengan persembahan kebudayaan oleh istana budaya n anak didik pak ngah.. cute2 la bebudak ni.. kecik2 dah menari.. suka tengok...


Yang paling best kali ni.. koir kami dapat didikan dr CIKGU SHAFI yg ajar kat AF tu.. tengok dia dekat2 kan very slim n cute lerr.. tak sombong jugak... tp rupanya agak pemalu dia nih... dapat snap dr jauh...





Penyampaian hadiah kepada tokoh kraf negara...







Layanla gambo aku yg tunggang terbalik ni yerr.. sebab aku kepenatan.. balik td panas.. dahla kena park jauh td... jgn risau kalau nak dtg ada shuttle van free dr parking klcc, bukit bintang, n tapak di restoren Seri Melayu n beberapa tempat lg...

Gerai jualan brg2 kraf mcm2 datang dari seluruh pelusuk negeri...Td aku dah belek2 baju batik kat gerai2 jualan... tp tak menyempat nak snap gambo... almaklum pompuan kan rambang mata kalau dah tgk kain2 baju tu kan... dah booking kat 1 kedai.. maybe isnin nti aku dtg amik....Sesiapa keje gomen yg kena pakai batik ari KHAMIS tu kan sila la dtg kalau nak membeli.... masa ni boleh belek2 fesyen2 baru yg kita nak idokla payah nak ke kelantan or ke terengganu.. harga pun boleh kurang kalau pandai tawar menawar.. aku ni pun buat stock ari khamis la ni.. asik baju yg sama bosan jugak kan... nti kalau aku rajin aku snap2 gambo2 di tapak jualan pulak yerr.... sabtu dan ahad pun dibuka.. jom beramai-ramai.. jemputla datang yerrr.. daaa


Ni map aku letak untuk kemudahan sesiapa yg ingin berkunjung yerrr


Free Shuttle Service

Laluan Perkhidmatan Shuttle Percuma Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2009

  • Perhentian Bas Suria KLCC
  • Perhentian Bas Ampang Park
  • Perhentian Bas Bukit Bintang
  • Siar Kaki Sungai Wang Plaza

- Kekerapan pergerakan kenderaan sekitar 20 minit
- Waktu pergerakan bermula dari jam 10 pagi sehingga 8 malam pada hari biasa
- Waktu pergerakan bermula dari jam 10 pagi sehingga 9 malam pada hari Sabtu dan Ahad

Free Parking

Pengunjung boleh meletakkan kenderaan secara percuma di lokasi berikut;


- Tempat Meletak Kenderaan Restoran Seri Melayu
- Tempat Meletak Kenderaan Terbuka, KLCC (Berhadapan The Zone)
- Tempat Meletak Kenderaan Terbuka, Jalan Eaton

Perkhidmatan shuttle ke Kompleks Kraf dan ke lokasi tersebut disediakan

4 bebelan kawanku:

Dj Epoi said...

Bagus sangat aaaaaar PROMOTE KRAFTANGAN negara sendiri....

Sapa lagi kalau bukan kita...Kan?

@e_da said...

yer betul.. betul..betul dj epoi.. hehhehe

Cik Puan*PIE said...

smlm bos kite pegi..siap kite bgtau ada jualan skali..dia pnye snyum meleret..kemainnn...walhal nk soh dia blk lmbt2...

Diamilikku said...

dulu masam keje reporter..selalulah kena cover kraf...kompleks kraf tu dah macam rumah kedua..kuar masuk jer....

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah