Tuesday, July 28, 2009

.. Buah Delima ..

Sejak dari awal pregnant aku memamng cari buah delima ni.. kalau tak silap dapat buah ni masa kandungan 4 bulan tp masa tu dapat yg tak brape elok sgt .. beli kat jln masjid india sebab dah terjumpa kan .. kbeli je la.. tp isinya kurang memuaskan masa tu.. Banyak kali gak aku ngan hubby tercari-cari buah ni.. time kita cari mmg la payah kan nak jumpa kan... kalau tak cari mesti senang jumpa.. biasala tu kan...


Minggu lepas masa aku duk di wad ni staff ku datang melawat.. diorg bawa buah-buahan.. tp dalam banyak2 buah tu aku ternampak buah delima ni.. alhamdulillah rezki tuk baby... bila mama tak cakap tp orang bawakan tuk baby mama nih... isi dia elok sgt merah n manis... bila ku tanya kat mana diorg dapat buah ni.. hmm kat pasar borong selayang banyak katanya.. alahai nape la aku tak tanya diorg dulu yek. kalau tak mesti berulang kali aku makan buah ni... hehehhe.. takpela ni pun dah rezki... dapat gak merasa...


Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6) Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Saidina Ali ada berkata: “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”.


Antara khasiat buah delima ni bbagi ibu dan perkembangan fetusnya buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:
-Baik untuk mengubati batuk
-Dapat mengubat radang usus
-Mengurangkan panas badan
-Mengatasi jantung berdebar
-Menghalang pembentukan sel kanser
-Mencantikkan kulit
-Mencegah dari nyanyuk
-Memberi tenaga
-Elok untuk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
-Elok untuk sistem penghadaman
-Mengurangkan berat badan
-Prevent morning sickness( utk org mengandung)
-Memperelokkan rahim
-Ubat cacing iaitu alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing yang melekat pada
dinding usus manusia melepaskan pegangannya
-Mengubat buasir iaitu airnya disapu kebahagian yang bengkak beberapa kali sehingga sembuh

sumber : google

5 bebelan kawanku:

fuadnis said...

wah..mengidam buah delima yek..klu tak silap nis klu org peknen mengidam buah delima nanti anak dia mesti segak/cantik..he..he..

nape nis tak penah terpikir pun buah delima ms peknen yek??haa..haa..

Intan and The Boys said...

delima ekkk...
ni yang rasa nak cari gak nih.
:)

Dj Epoi said...

Dikala Suked8787 ngandungkan ROBOCOP dulu....Buah nih!!! lah yg dia ngidamkan...

Waktu tuh ....bukan musim lagi.....

Puas ku cari...serata pelosok!!!
Sebiji ponk tak dapat....

Last2 dapat kat rumah CINA jiran kawan Gua ....belasah jer laaa....
hehehehhe....tapi isi nya tak ar scantik buah yg dalam gambaw nih!!

Buah nih.....banyak terdapat kat Neagar Spanyol....

Dik...kalau nak bagitau Gua..
Pasal kat pasar malam kat Rumah Gua... sejak minggu kebelakangan nih...memmang ada...

Pasar malam nya hari Jumaat...

K arrrrrr Take Care!!!!
Salam sama Hubby....

Tentang projek fantasia tuh kita KIV dulu...memandangkan Kurang Sesssssssoi untuk dibincangkan ketika ini....

Gua ponk tgh sibuk cikit skank nih!

akak_bieza said...

Mak akak ada tanam pokok buah delima nih kat kampung. Dulu dia memang suka makan. Ntah camana rezeki, terjumpa batu delima dalam buah delima yang dia makan tu. Memula dia ingatkan biji tapi kenapa keras. Sib baik tak terbuang. Sampai sekarang dia simpan batu delima tu. Sejak dari hari tu dia memang gila makan delima siap tanam lagi. Tapi sampai ari nih belum ada rezeki.racrous

Diamilikku said...

akak pun awal2 pregnant gila nak makan buah delima nih..puas mr papa cari..sian kat dia..nasib baik dapat..tapi tu ahh isinya cuma pinky2..tak merah2 sangat....

kawan akak kata..sape yg suka makan buah delima masa pregnant..nanti mata anak cantik...huhuu..tak tau lah betul ke idak kan

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah