Sunday, August 2, 2009

Kacang pistachios & pitted prunes...

Hari ni dah hari ahad.. mmm pejam celik pejam celik dapat juga aku bertahan di sini... smlm seharian hubby temankan aku disini.. happy sesangat... arini maybe tak dpt sepenuhnya coz my MIL n my SIL nak dtg umah.. ptg baru diorg dtg jenguk aku kat sini kot.. huhu

Pagi td doc dah dtg check up... hari ni doc just round wad rasanya.. pakai simple je.. heheh.. dia tgkkeadaan baby.. so far ok n tetap pada kedudukannya yg breech tu.. hihi ni budak comel notty ni katanya.. masa doc dtg dia nampak aku tgh online internet.. dia tanya aku guna broadband apa? then aku pun explain la sim kad broadband ni.. wahh dia pun teruja nak guna... perjumpaan pg td banyak cerita pasal broadband ni nampaknya.. aku pun tunjuk la cara mana nak guna.. maybe nanti dia try la kot...heheh.. doc saje nak ajak aku borak maybe dia tau aku kebosanan kat sini.. hihi biasala doc mesti jaga hati patient dia kan..


Takde pe nak story sgt cuma nak share skit bekalan stock yg hubby beli tuk aku n baby dia nih.. dia suh kami makan kacang ni.. dia kata ni kacang pandai.. hahah gelaran je tu...kalau mama makan nanti baby pun pandai katanya.. hahaa lawak je papa nih.. sejauh mana kebenarannya aku ada search gak skit2 kat internet


Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi. Kandungan potassium. Dipercayai org yahudi akan memberi isterinya makan kacang ini sepanjang isterinya hamil untuk mendapatkan anak-anak mereka yang cerdik... dan magnesium dalam pistachio juga baik bagi kesehatan jantung kita. (mmm ada juga kebenaraannya ya...)

Kacang ni memang sedap.. tp agak mahal sket harganya kan.. tak selalu aku makan pun sekali sekala je...

Aku amal makan buah prune ni pun kalau ada masalah sembelit he.. hihi .. masa 2nd pregnant dulu teruk kena sembelit.. tp pregnant kali ni so far ok je.. tp sesaje nak makan..

Khasiat Buah prune ni sesuai bagi orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, kencing manis, gaut, buasir, sembelit, anaemia, gastrisi(gastrik), demam selsema, migrain, stress, masalah keputihan, masalah haid dan lain-lain lagi.

Di samping itu bagi orang yang sihat bolehlah mengamalkannya demi menjauhkan penyakit-penyakit gejala di atas sebelum terjadi.

Bagi wanita yang mengandung, awda adalah di galakkan untuk mengamalkannya setiap hari dari mula awal mengandung. Kerana ia memberi nutrsi-nutraisi yang lengkap kepada diri awal dan juga bayi di dalam kandungan. Anda jangan terkejut bila anda melahirkan bayi anda dengan begitu lancar. Tulang bayi anda juga cepat mengeras kerana ia mengandungi Kalsium dan Potassium yang tinggi.

Bagi mereka yang mengalami masalah buasir, gastrik, berak berdarah dan ulser perut(colon ulser), Ini sesuai makan buah prune kerana ia akan membersih segala asid yang ada di dalam badan kita yang menyebabkan penyakit-penyakit tadi. (search from internet)



Hati riang hari ni.. kakak n abag ipar dtg melawat, kemudian sahabat lama di UiTM haja n family, 3 org student akupun dtg (diorg siap mimpi2 aku tu yg dtg) n my bestfren NOOR dtg bawa aiman si comel tu.. seronok sgt2.... tak henti2 bilik ku .. hehe best.. ptg ni mak mertua n kakak ipar lak sampai dr taiping.. huhu...thanx pada semua doa tuk aku n baby... hukhukhuk sedih plak terharu...

7 bebelan kawanku:

TiNiE said...

ala, boring-boring tu, layan tenet jerla..kan banyak blog org leh terjah. hehehe..akak doakan yg terbaik!!!

Dj Epoi said...

Salam......

Um!!! betui kata Pakar IT Gua tuh!!!
Semetara nak nanti kan sesuatu..sekurang2 tak lah boering sangat bila ada Internet nih heheh

Doktor ponk teringin nak berblogging kut ?
Kah!

Gua sekeluarga doakan yg terbaik....

Take Care Dik!!
Salam sama Hubby!

P/S - WoW!!! Baby bakal berkongsi Birthday ngn Suked...09August heheheh

Intan and The Boys said...

memang pon. kite pon panggil kacang tu kacang pandai.
ngehngeh.

kite memula dulu rajin makan kismis. skang dah tak lalu. makan kurma je lalu. wuwuwu~

kite doakan awak ceria2 cam ni slalu ek. takmo sedih2 kat spital. ok?

yatie chomeyl said...

ooo ptutlah nama nya kacang bijak hik3x skrg baru tahu

noor said...

dtg siap bergambar kan hehehe..bestnyer aiman dpt jumpa untie...we all xsbr nak jumpa baby lah...

Ayu Zan said...

malam td..nak balek penang..
siap beli kacang tu kak..
sbb ingat entry akak ni.
haha

@e_da said...

kak tinie..
lelama ngadap blog kdg2 buhsan gak.. hehhehe tp okayla dr takde... thanx kak...

DJ epoi.. kalau ada peluangnak ajor plak doc berblog.. hehhehe thanx yer..salam akan disampaikan... insyaAllah...

puterikure-kure.. kt dah kurang sedih sebab tak lama lg nak jumpa baby.. heheheh

yatie.. hehe nanti bg baby tu makan bila dah ada gigi ek... hehhee


noor.. thanx so much bawak aiman.. suka gilerr aku dapat pelok2 dia...

Ayu.. lawak la adik sorg ni.. kang akak selalu gambo makanan abih semua ayu g cari.. heheheh

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah