Wednesday, October 14, 2009

Ralat... @ Terkilan

Nak citer di hari kematian arwah nenek aku tempohari... ptg tu hari jumaat bersamaan 9hb10 2009.. ada jamuan raya kat opis.. aku join gak la... acara makan2, karaoke bagai.. tp ptg tu aku rasa pening kepala n x sihat bdn coz aku kena bengkak susu.. walaupun dlm keadaan yg ramai dalam majlis tu tp aku rasa mcm tak sedap hati sgt.. pastu aku rasa sunyi walaupun ramai org.. tak tau kenapa perasaan jd camtu...


kul 4.30 aku dah beredar dr majlis yg belum abis lg tu.. kul 5 aku dah gerak balik.. bawa keta pun penuh hati2 coz masa tu dah rasa pening sgt kepala.. sampai umah pegang mika jap n terbaring atas sofa.. mak dah urut2kan kepala aku.. sebab dia tau aku kalau dah camtu mmg lembik abis lerr... mika pun masa tu tgh meragam asik nak merengek n menangis, di pegang salah, di letak salah, dah bg susu pun camtu gak.. tido pun tak nak...


selalunya lepas maghrib aku ngan mak sure dah ngadap tv nak tgk berita kul 8 tu.. tp malam tu hati rasa lain sgt, lepas maghrib aku lepak baring dalam bilik mak, mak lak tgh pujuk2 mika suh tido... kami baring ber3 atas katil sampai la tertido.. tak penah pun camtu sebelumnya..


dalam jam 8.20 dapat call dr abah, abah bgtau arwah dah takde jam 8.10minit. abah pun tak dapat mengadap mak dia masa menghembuskan nafas terakhirnya coz masa tu abah kat surau lepas solat maghrib. mak kejutkan aku yg lena.. aku lak mamai2 siap leh tanya mak "mak kita nak balik malam ni gak ke atau pagi esok?" melentingler mak aku.. heheh " eh budak ni, malam ni lerrr cepat kemas bj kita balik" aku dengan pening kepala masa tu terus lompat kemas2 brg aku ngan mika. mika lak tau senyap lepas dpt berita kematian tu.. mak kata sebenarnya mika nak beritau kami berita tu tu yg mulut dia bising.. oo camtu rupanya kan..


so malam tu bertolak kul 10 gak la coz tunggu hubby balik. baru je bertolak dlm 10 minit kami isi minyak, aku pun nak cucuk duit la kat atm... yang malangnya resit dah keluar tp duit tersekat, kat resit dah tolak .. adoilaa panik tau.. rm250 lak tu.. sayang tu.. nasib baik hubby aku bertindak cepat call maybank. then dia kata duit tu akan di masukan balik dlm masa seminggu. ok selesai 1 perkara.. then bila check tayar kereta hubby kata ada bocor kecil lak.. huhu dah lg lambat ni. then hubby pam tayar n teruskan perjalanan..


bila dah setengah jam perjalanan tetiba hubby teringat lak kettle umah tu nak rosak.. kejap2 dia idup sendiri tau2 air dlm tu dah nak kering.. aduh risau lak kan manatau terbakar kang.. dah patah balik pulak dah la jln MRR mlm tu agak jem nak ke cheras.. mak pun kata baik patah balik kang jd apa2 menyesal tak sudah.. dah patah balik pulak... sudahnya jam 12 baru betul2 bertolak..

sampai air keroh dekat kul 1.30 hubby dah ngantuk aku tengok.. bhenti kat RNR suh dia tido jap.. aku bukan takleh drive mlm tp aku ni silau kuat.. kalau drive pun kena sgt hati2 nak2 jalan hgway .. hubby pun tak bg aku drive, lepas dia cuci muka semua baru gerak semula.. sib baik mika pun ok tido je... dalam kul 3 gak baru sampai umah mak kat kg.. mika pulak masa tu la baru nak bgn.. kul 4 la baru aku tido .. punya penatla...



esok pagi tu mak, abah semua dah awal2 ke rumah nenek aku depan umah aku je... abah cari brg2 tuk mandikan jenazah, mak pun bantu org mandikan jenazah.. hubby, adik ngan adik ipar aku pun dah ke rumah arwah.. so tinggal la aku ngan mika kat umah.. lepas mandikan dia aku pun siap2 jugakla nak ke rumah arwah.. mak ada pesan jgn bawa mika... bila adik aku balik umah jap aku suh dia jaga mika jap sebab dia tido.. aku pun ke rumah arwah tp org punya la ramai nak masuk ikut dapur ramai takl;eh nak lalu.. nak masuk ikut depan org tengah sembahyangkan jenazah.. so berkata dlm hati tunggu orang habis sembahyangkan jenazah baru aku naik umah tengok arwah la... aku pun tunggu kat bawah... masa menunggu tu aku nampak adik aku dah lambai2 aku, dioa bgtau mika dah melalak... alamak hai.. ye la mika tu bukan semua org leh senyapkan dia.. aku ngan mak aku je.. aku pun balik la umah.. sampai umah ada mak long lak dia tak bg aku amik mika terus dia suh aku mandi n tukar baju baru amik mika.. aduihh kena ikutla org tua kata kang mak long aku bebel pulak.. then dia kata aku tak [payah la pegi anak aku menagis...

masa aku tgh bagi mika susu aku dah nampak jenazah dah dibawa masuk dalam van ... dalam hati ralat dan terkilan sangat aku tak dapat tengok arwah kali terakhir.. menitik air mata tgk dr jauh.. nenek aku sgt baik tak pernah marah aku ngan adik... penyayang.. terngiang2 kat telinga aku suara dia.. masa menaip ni pun dah menitik air mata aku teringatkan dia.. semua org kata dia dah tinggal tulang je masa dimandikan .. dia dah lama tak lalu makan..

adik ngan hubby aku ikut ke kubur.. aku seboleh2 suh adik aku snap gambo.. tp mana nak dpt kerja pengkebumian di buat dgn pantas.. mmg terkilan sgtla hati aku tak tengok arwah kali terakhir... tp masa dalam pantang aku selalu bawa mika ke rumah dia.. masa tu mata dia dah tak nampak.. tp aku bagi dia pegang mika gak.. di raba-raba badan mika dia kata mika ni tinggi esok badan nya panjang.. walaupun dia tak nampak dia dah pegang mika.. last jumpa pun hari raya aritu la.. dia duduk jek nak jalan pun tak boleh baring pun tak..


Gamba arwah semasa hari perkahwinan aku.. masa ni dia boleh jalan lg.. selang setahun dia dah mula tak bleh jalan akibat jatuh kat bilik air..



Sebelum abah nak g buat report kematian aku sempat snap IC arwah untuk buat kenangan.. sampai hari ni aku masih teringat2kan dia.. kdg2 menitik air mata aku sedekahkan fatihah.. sebab dia sgt baik dengan cucu-cucu... kalau ikut dlam ic umur nenek aku pada hari kematiannya 89tahun tp abah kata sebenarnya umur dia 91 tahun.. yerla org dulu mana de surat beranak.. yg lama2 dah hilang so masa buat ic main agak2 je kata abah... apapun aku sentiasa doakan arwah nenek aku tenang di sana.. kami anak cucu tak putus sedekahkan doa, yasin dan fatihah untuknya...

alfatihah ~~~~~









7 bebelan kawanku:

hajarus said...

AL-FATIHAH buar arwah...
semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman.... AMIN...

Ummi Shira (AshAnas) said...

tingat plak kat arwah nenek shira...

Restnrileks said...

Salam Ida,

Tak per la ida kalau tak sempat jumpa pun. Doakan dan sedekah Al-Fatihah untuk arwah nenak ida.

Al-fatihah abang rizal sedekahkan.

Amin

eiza in the house.. said...

Salam eida..
takziah utk eida sefamily..
moga nenek ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..
al-fatihah

@e_da said...

terima kasih semua...

@e_da said...

This comment has been removed by the author.

nba-Nur said...

Salam takziah buat Eida sekeluarga.. Tiap yg hidup ..pasti akan melaluinya..

Al-Fatihah utk allahyarhamah Nenda..

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah