Sunday, December 13, 2009

Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah~

Contest lg.. gilerr contest dah mama mika ni... Aku amat tertarik dengan contest anjuran IBU HADIF ni.. Tajuk yg sangat menarik untuk dikongsikan bersama ibu-ibu yang lain.. pengalaman mendapatkan ANUGERAH TERINDAH ini adalah sangat berbeza bg setiap orang kan..

nak tau lebih lanjut sila klik kat banner nih....

Contest ini di anjurkan sempena Anniversary Puan Penganjur pada 23 Disember.. Tahniah buat beliau.. semoga ikatan yang di bina akan berkekalan sampai akhir hayat dan berbahagia selamanya aminnnnnnn.........




My fav pic.. aku tak jemu melihatnya
ANUGERAH TERINDAH..
Terlalu Indah ciptaanmu Ya Allah... Subhanallah...
Putera sulung dan satu-satunya anakanda ku...
gambar beberapa minit selepas dilahirkan untuk diazankan ..
NAMA : Muhammad Danish Mikhail
USIA KINI :4 bulan 6 hari



Hampir 3 tahun Kami menanti Kehadirannya..
ANUGERAH TERINDAH dari Maha ESA...
Tiada air mata yang mengalir tatkala kehadirannya...
Hanya lafaz Alhamdulillah yang lahir dari bibir...
Terkedu melihat zuriat yang baru lahir...

Itulah pengalaman yang aku lalui ketika melahirkan anakku mikhail.. tiada lg air mata setelah aku redha atas ujiannya.. Aku lalui suka duka sebelum kehadirannya.. Sepanjang mengandungkan dia aku berulang alik ke hospital untuk mendapat rawatan rapi untuk menjaga keadaan bayiku di dalam kandungan.. Aku di tahan di wad hampir sebulan sebelum kehadiranya disebabkan kedudukan bayiku di dalam perut dalam keadaan MELINTANG.. Demi menjaga keselamatan kami ber2 doc menahan aku di wad sehingga saat2 ingin melahirkan walaupun anakku di lahirkan secara ceaserian.. Doc risau jikalau aku tak sempat ke hospital kalau ada apa2 tanda yang keluar.. . . Hospital adalah rumah ke 2 aku ketika itu.. bosan.. jemu.. air mata.. tak usah nak di kata ketika itu.. hanya tuhan yang Maha tau... aku tak kisah biarpun wang ringgit menjadi taruhan demimu wahai anak... Tiada harta yang lebih berharga bagiku selain mu wahai ANAK.. kalau di ikutkan dia anakku yg ke 3 tp dialah anak yg pertama yg dapat lahir ke dunia (2 gugur kandungan 3 bulan) . setelah 2 tahun lebih aku menanti akhirnya di hari ulangtahun ke 3 perkahwinan aku dapat sambut bersama anak yang tercinta.. ANUGERAH TERINDAH dari yang MAHA ESA...

HARAPAN aku agar anakku dapat menjadi anak yang soleh, bijaksana dan berguna... taat kepada ibu bapa dan berjasa pada agama dan bangsa..doaku semoga anakku menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat.. aminnn..


1 bebelan kawanku:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

salam...

ibu hadif dah terjah entry ni
gudluck ok

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah