Friday, April 16, 2010

Mika Jatuh...

Hari ni aku cuti... sebab mika tak brape sihat dr semalam.. ada selsema n panas badan sikit... malam td 1malam mika taknak tido... so pagi ni aku pening kepala n mamai...maybe sebab dia selsema n demam.. bila hidung dia sumbat dia mmg taknak tido.. sebab nak bernafas ikut hidung kan payah kan.. aku tak larat melayan sampai kul 3 gak aku tgk dia tak tido lg... sebelum tu kul 10 hingga 1 dia tido jap.. kul 1 papa dia balik keje baru dia terjaga n terus taknak tido...

Disebabkan lama sgt nak tunggu dia tido aku pun dah tertido la kan.. penat sgt.. lgpun tido pun dah lewat..

dlm kul 3.15 aku dgr dia menjerit.. Ya allah.. aku tengok anak aku dah ada kat lantai... punya menggigil aku bangun amik dia.. tapi sebenarnya dia tido paling tepi sekali dekat ngan dinding atas katil besar kami.. aku tak tau mcamana dia leh panjat badan aku tetiba leh langkau ke bwh.. aku mmg tak sedar sebab baru je mamai layan dia yg takmau tido tu...

HUbby pun melompat dr katil punya gigil pegang dia.. dia dah meraung toksah kata la.. aku bagi dia air minum.. tgk2 takde yg lebam... ak risau tah apa dulu la yg jatuh... hmmm

Lepas pada tu hubby pujuk2 dukung dia bawa g depan tv.. buka 611 tengok cartoon leh pulak dia gelak2.. adoila budak ni.. org dah la risau kat dia... dia wat selamber cam takde apa2 jek...

hARi ni aku kurung dia dlm katil dia sendiri.. lepas ni mika tido la malam dalam ni sebab mika dah buas..

selalunya mmg aku bawa tido sebelah aku sebab nak peluk2 n dodoi dia bila tido.. lepas ni terpaksa berkorban pisah katil kalau dah jd mcm ni.. aku lak kalau tido bentang toto atas lantai bila bangun nti sakit belakang tu yg kena bertilam gak... mak selalu pesan tido bawah.. tp aku yg malas nak bentang2 bagai.. penyelesaianya mika tido sendiri pasni dlm katil dia.. huaaaaa cedihla mama tp terpaksa demi kebaikan kita sebab awak dah nakal dak kecik!!!!

8 bebelan kawanku:

Aleeya said...

ala sian mika tejatuh lak, ati2 nexti time yer, elakkan kecederaan di umh,leya pun masa damia kecik tido mmg tak lena, jap2 jeling dia..tido pon tido2 ayam je ..tapi da pnt sgt tu nak wat caner ..tak sedar gak kan..takpe la ..budak2 dlm proses membesar mmg gitu..mcm2 jatuh la, demam, msk spital, cuma jgn panik..sbg ibu kita kena kuat!

ZiE FAUZi said...

alahai,cian mika... Alya pun pernah jatuh katil gara2 ibu dia tertido.. Budak sebaya mika dgn alya skrg ni dah buas sikit, kena hati2...

mika dah baik selsema ke? kalau belum try sapu hidung mika dgn kunyit hidup.. InsyaAllah,nanti lega tp nanti hidung mika kuning sikit..

Diamilikku said...

katil tu pun kena beringat..aisy dah boleh berdiri dah pegang penghadang katil tu...tapi sekarang dia tido atas katil memang kepung ngan bantal ahh kiri kanan bawah semua...takut jatuh..dah penah jatuh sekali....time tido gak..kul 4 pagi...huhuhuu

fuadnis said...

mostly semua parent mengalami hal mcm ni..anak2 nis pun mcm tu..tp mujur nis bentang tilam kat bawah katil so kurang sketla hentakannya tu..so pasni kene beringat dan lebih berhati2....

Siti said...

Kesian mika..siti ada gak pengalaman anak jatuh katil. Since that, mmg siti tak tidur dah atas katil..bentang tilam kat bawah jer la tidur..lebih selamat...

CatlinaFly said...

e-ein pernah jatuh dari baby cot, bukan sebab sy tertido, tapi sy tertoleh kejap je ke belakang..aduh seriau bila ingat semula..

mujurlah mika tak ape2..alhamdulillah..

Wife to Firdaus Ghazali said...

ciannya mika kak...alhamdulillah nasib mika ok...suspen je tadi...

puterikurekure said...

mika ada cot takpela...bagi dia biasa dalam cot tu.
:)

sib baik mika takde apa2. khalish pon dah berapa kali nak terjatuh sib baik sempat pandang/sambut dia. haihhh~

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah