Tuesday, May 4, 2010

Cara Bagi Anak / Baby makan ubat

Sejak baby dulu nak bagi mika makan ubat mmg payah sket.. kalau 2ml tu aku rasa yang masuk tak sampai 1 ml.. habis diluahnya.. kalau dah makan ubat mcm tu camana nak sembuh kan.. Aku ni punyala memikir teknik camana nak buat bg ubat tu masuk mulut dia tak terkeluar... masa dalam pantang aku dapat teknik ni.. aku perhati dia kalau minum susu dalam botol kan laju je sedut kan.. so cara aku bg dia ubat adalah camni.....




Sediakan ubat yang nak diberi tu ikut sukatan, sediakan puting botol susu, dan sedikit air masak..

Letak puting botol susu tu kat mulut dia.. kalau puting botol tu dia mmg tak tolak punya mesti dia nganga mulut... then tekan ubat tu masuk corong puting susu tu...


tunggu dia sedut sampai habis.. kalau ubat tu likat letak sket air masak bg ubat lancar.. hmmmmmmmmmm selesai senang citer.. kat bibik nursery pun aku ajar kalau bg mika mkn ubat camtu.. kalau tak habis tumpah sesaje je ubat tak masuk tekak dia.. so alhamdulillah cara ni ubat abis dia telan...

Budak muka monyok bila demam... dah pandai bebel sorang2.. eteteteteeehhh tah apa dia cakap.. demam ni demam beralih bulan kot.. biasanya gitula mika kalau beralih bulan.. kdg2 simtom berak2.. moga dpt akal baru masuk bulan baru ni ....

9 bebelan kawanku:

RoSe said...

@e_da..

hahha..mula2 ingat nak masukkan ubat tu dalam susu mika tu..biar mika hisap ngan susu..rupanya2 puting botol susu saja..bagus gak tu kan...hehhe..sekurangnya2 dia telan gak ubat tu..hehhe

Diamilikku said...

hehehehhe...bagus sungguh petua nih..akak masukkan terus je dalam botol susu..campur air suam sikit..biar dia sedut sampai habis...

Aisy pun duk demam jugak nih

SSulieana said...

wah sgt creative...kalau zayyan mmg suke mkn ubat...
emmm nnti kite tgk apa skill baru mika ye...

Zaidah said...

e_da...satu idea yang baik...time nak bagi ubat tulah kekadang diorang tu buat perangai....hehehe

@e_da said...

rose.. kalau tak buat camtu mmg tak masuk mulut dia...


Kak su boleh praktikkan pd aisy lepas ni...


Sueliayan.. kalau anak mkn ubat senang.. ni mika dia luah balik...


zaidah.. kalau nasib tak baik dia tepis kan ubat tu..

fuadnis said...

kak eida...dah bermacam2 cara nis cuba..klu cara mcm kak eida ni pun tetap tak "lut" kat anak2 nis..diorang bleh rase..even masukkan ubat dlm susupun diorang bleh tau..sudahnye nyusahkan nis gak pasal diorang takut lak nk minum susu..hahahahahaha...........

isya said...

isya dulu pun penah cuba bg mcm tu.. tp iffah tu mmg tk mkn saman, tau je rs ubat tu mcm mana..huhu

Ibu Alia Kaiyisah said...

cara yg bijak ni eda. tak terfikir pun. selalu bg ubat kat Kaisya banyak yg tumpah ke baju drpd yg masuk mulut..

Uda said...

tak pernah terfikir cara minum ubat cam ni.. selalunya guna bekas kecik sukatan ubat tu jer.. mula2 telan jer.. kali kedua dah diluahnya.. memang leceh..

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah