Sunday, May 30, 2010

Serba Tak kena...

Aku mengantuk hari ni... malam td melayan sms adik aku sampai kul 2 pagi.. bukan dia je tak boleh tido.. aku pun sama... yerla anak buah tu la yg pertama.. sama ibarat mcm anak aku sendiri gak...


Semalam hubby ajak aku beli barang dapur.. aku pegi.. tp care4 yg ramai org tu ibarat kosong aku rasa.. hubby yg caribrg yg nak dibeli.. dalam kepala aku terbayang tubuh kecil alisya yang di cucuk dan penuh wayar di badan... nak makan pun terlalu perit nak telan makanan, nak tido mata terbayang2 dia... buat apapun serba tak kena... aku hanya mak saudara itu yg aku rasa.. apatah lg adik dan adik iparku yg menanggung... ya allah tabahkan la hati mereka.. kuatkan la semangat mereka...

Alhamdulillah adik ipar agak tabah berbanding adik aku sendiri... malam td dia boleh lena... mungkin badan dia lemah lg.. mak banyak semangat... mak aku yg jaga dia kini.. mak pakaikan bengkung dan jaga keperluan dia dalam pantang... aku dah pesan kat mak kalau boleh jangan biar dia termenung.. ajak dia berbual2....


Malam td jenuh ber sms dengan adik..dia kata dia takleh tido mengenangkan anak dia dalam keadaan wayar sekeliling badan.. sayu aku baca tiap2 sms dia.. sebak sesebaknya... sape tak sayang anak kan... tp dia ibarat takleh terima kenyataan pada awalnya.. aku banyak beri semangat pada dia... aku nasihatkan dia sentiasa doa.. jgn putus berdoa.. dia tak boleh tido, dia buat solat hajat untuk anaknya... allah sentiasa mendengar setiap rayuan hambanya...

Dalam sms tu berkali2 dia tanya aku...

"along.. agak-agak apa alisya tengah buat, lambatnya hari nak siang.. aku tengok alisya? "

aku mesti bg jawapan yg menenangkan hati dia...

"jangan risau nurse ramai kat sana, ramai orang jaga dia...dia dah tido... papa dia pun tido la.. nanti camana nak yengok alisya kalau mengantuk esok"

dia soal lg...

" takde sape nak usap2 dia kan kalau dia nangis, kalau dia terlanggar wayar kat tangan dia tu mesti dia nangis.. takde sape nak pujuk dia kan along, kalau boleh tunggu aku tunggu dia kat sana.. tak tido pun tak apa.... sian anak aku"

bila yang ni aku tak leh kata apa... aku sebak.. mata aku pun naik bengkak lg....

nanti aku sambung... banyak lg sms dia yg sebak aku nak baca tak sanggup nak baca...mesti aku nangis...

harini hari ke 3 alisya di ICU... mak long sentiasa doakan untuk alisya.. alisya anak yg kuat.... alisya akan sihat..


6 bebelan kawanku:

anin said...

kami pun doakan dia kak.. Allah duga dia ketika kecik untuk persiapkan dia dgn dugaan ummah yg lebih besar..mujahidah akhir zaman kan lebih kuat.. Allah nak ujikita di dunia supaya kita redha dan terima segalanya .. kuatkan hatiakak dn kuatkan hati kita semua.. mmg sennag bercakap tp perit melaluinya.. Allah tak uji kalau kt tak mampu

Puteri Satu said...

Insyaallah alesya tak apa-apa... tuhan ada bersama alesya... sekadar menduga ibu dan ayah.. akak dulu masa lahirkan Aqilah.. macam-macam dengar penerangan dari doktor... naik takut kita yang mendengarnya.. tapi alhamdulillah..doktor bukan tuhan yang menentukan kehidupan anak kita.. doktor sekadar berusaha... akak doakan yang terbaik untuk alesya...

nads said...

insyallah baby aleesya sihat...sabar yer pada eda dan keluarga...

@e_da said...

@anin

Terima kasih anin.. ya kalau anak ini memebesar dia akan jd anak yg kuat semanagt.. sejak lahir dia telah di uji.. moga dia cepat sembuh dan sihat

@e_da said...

@Puteri Satu

terima kasih kak... harap2 sgt dia akan terus sihat .. kita hanya mampu mendoakan untuk dia... dan terus berdoa

@e_da said...

@nads

insya allah.. terima kasih nads...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah