Monday, May 31, 2010

Tak Mampu nak pejam kan mata...

Alhamdulillah hari ni ada perkembangan positif anak buahku baby Nur Fathiah Alysha..

Sms dr adik aku...

"harini alysha dah ok sket, dah banyak bergerak, tiub oksigen dah tanggal... doc kata pakai bila perlu, ada wayar2 tiub yg ditangalkan ada sket lg je belum.. nak nangis ada tiub tersedak2 dia.. aku ckp alysya jgn nagis alysha kena kuat semangat nti ptg papa bawa mama dtg lawat alysha " berderai lg air mata aku baca....

Ya allah kau kuatkan la semangat anak kecil itu....

" 1 jam setengah aku lawat dia.. tiap kali aku nak gerak balik dia menagis.. aku pujuk dia.. tak sampai hati nak tinggal... aku tunggu lg... bila dia dah lena baru aku balik... "

anak kecil itu seolah2 faham papa dia ada di sisi dan seolah2 tak mahu ditinggalkan...


"hari ni doc bgtau dia dah boleh feeding, doc masuk susu ikut tiub dia dah tak muntahkan mcm semalam... doc kata kalau dia dah tak muntah dah ok... lepas ni kena hantar susu ibu dia hari2 ke hospital.. mungkin sminggu lg tengok keadaan dia mungkin boleh balik.."

Sebenarnya adik aku dpt curi2 ambil gambar dia disebabkan maklong dia ni teringin sgt2 melihat keadaan dia dlm ICU tu.. kalau di ikutkan hp atau kamera tak dibenarkan bw dlm tu.. tp adik aku kata dia terpaksa curi2 ambil gambar baby sebab buat penawar bila tiada di sisi alysha.. tp atas permintaan adik aku tak dpt nak masukan dlm blog ni...


Sungguh sayu hati aku melihat fathiah alysha.. tangan kanannya biru akibat suntikan.. tp badannya dah mula berisi skit.. ada tiub2 wayar yg tercucuk di kaki dan mulutnya saluran ubat antibiotik dan susu untuk dia...... ada alat bantuan oksigen di mulut.. kadangkala dibuka... tubuh kecilnya putih dan bersih kulitnya... tak sanggup aku tengok keadaan dia...

Tp alhamdulillah adik dah mula boleh makan kalau nak dibandingkan dgn hari semalam.. aku bg semangat kat dia.. sebab dia ada gastrik.. "ko kena jaga diri, kena makan... kalau sakit sape nak lawat alysha.. sape nak bawa mak dia g hospital"..... smlm pun mak kata dia minum milo dgn makan roti je.. tu pun terpaksa telan... ya lah hati mana yg sanggup telan sedangkan anak dah 2 hari masih belum merasa susu ibunya...


Jam dah 1pg.. tp aku tak mampu lena lg.. terbayang2 anak buahku dalam keadaan begitu.. air mata terus menjadi peneman.... aku hanya mampu terus berdoa untuk dia.. moga dia cepat sembuh dan sihat.... Ya allah kau sembuhkan la anak saudaraku.. kau lindungilah dia ya allah... kau berilah sinar kebahagiaan mereka...


Bersambung lg...

(buat masa ni.. segala perkembangan nur fathiah alysha akan kucoretkan di sini... dia juga sebahagian hidupku... anak saudaraku adalah seperti anak ku sendiri)...


0 bebelan kawanku:

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah