Tuesday, June 1, 2010

Pos Pump n hadiah..

Waktu lunch tengahari semalam aku kuar nak g pos breast pump aku pd adik ipar.. actually dia ada beli tp maybe taksesuai ngan dia jd pump pun tak berapa dpt susunya... masa mika dulu aku pakai manual pump je brand anakku.. mudah dan senang.... tu yg aku pos kat dia...

Tengahari semalam aku bergegas poslaju pump susu untuk alisya.. mak long akan bantu mana yg maklong mampu untuk alisya selagi boleh.. alisya mesti kuat .. alisya mesti sihat.... dah alang2 keluar.. aku pos sekali hadiah2 giveaway haritu.. minta maaf sangat2 lambat pos hadiah2 tu sebab hadiah yg aku beli tu missplace.. hubby aku yg simpan.. puas mencari dah jumpa baru boleh pos.. insya allah mesti ada yg akan sampai hari ni... hope semua pemenang suka ya...


Doc minta adik ipar (lela) pam susu untuk hantar pada alisya setiap hari... walaupun dia blum leh feeding ikut mulut tp susu masih disalurkan melalui tiub dia mesti dapatkan khasiat susu ibunya... hingga kini alisya masih mendapatkan makanannya melalui tiub... masih ada lagi tiub2 dan wayar di badannya.. tp dah berkurangan.. alisya dah mula aktif bergerak.. tubuhnya dah tak pucat.. tubuhnya dah mula kemerah-merahan....

Esok kalau keadaannya makin pulih mungkin dia akan ditukarkan pada keadaan normal tidak lg diletakan dlm inkubator.. tp bergantung pada keadaanya esok.. apapun terima kasih pada semua sahabat2 blogger yg mendoakan untuk alisya.. jasa kalian hanya allah yg membalasnya...

alhamdulillah adik ku dah ok sket.. tak murung dan menangis lg.. dia semakin tabah.. mak kata dah boleh makan walaupun sikit... setiap hari dia tak putus temankan alisya di hospital... sebelum sampai waktu melawat dia sedia menunggu di luar untuk bertemu alisya.. moga alisya cepat pulang ke pangkuan mama dan papanya... maklong sentiasa doakan alisya....


3 bebelan kawanku:

aMiYs said...

Insya Allah, baby Alisya akan ok.. sama-sama kita doakan kesihatan Alisya.. aunty doa Alisya kuat semangat dan semakin sihat.. Amin...

puterikurekure said...

kita doakan agar mama & papa alisya tabah dan kuat seperti alisya yang sedang bertarung nyawa ketika ini.

kita doakan yang terbaik untuk alisya sekeluarga.

anin said...

insha Allah..ramai yg doa ni..alisya kan kuat... mama and abah dia lagi kuat..

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah