Monday, July 5, 2010

Desert petang semalam

Haritu hajat tak kesampaian... nak makan durian kat bawah pokok.. tp bukan la pokok durian.. semalam ptg hubby bawa kitorg (mama n mika je) makan durian kat tmn melawati... perghh ramai betul orang kat situ... sebenarnya ptg semalam just nak kuar kejap beli susu mika je.. saje cari minum or makan petang..

durian yg dia jual mmg freshh... takla yg kita tgk mcm dah lama atau nampak kering tu... ni nak buka pun payah kulit masih hijau lg...mcm baru jatuh dr pokok la gayanya..


nak booked meja pun terpaksa aku berdiri dekat 10 minit tunggu orang abis makan.. sementara tu hubby g pilih durian. ada lak orang yg dah abis makan sambung borak2 je.. geram je.. bg la org lain pulak duduk pegila sambung sembang kedai mamak ke... tak patut tul...

durian kat sini mmg tak menghampakan isi yg tebal dan lemak... sedap betul... nyum nyum.. kami beli yg sekilo 7 hengget.. yang murah 2, 3, atau 4 10 hengget dah SOLD OUT awal2.. kami pegi pun dah kul 6 ptg.. dah lewat dah.. mestila dah ilekkk....

tengok isi dia memuaskan kan.. memula makan sebiji.. hubby tambah lg sebiji.. tp isinya tawar.. aku suh hubby gi cakap kat abg jual tu isi tawar dan tunjuk buah tu balik kat dia.... penjual tu kata yg tu tak payah bayar.. yg tak elok dia tak jual... so dia bg ganti yg baru.. isi elok.. tu yg bagus makan kat sini.. tak sedap boleh komplen terus diorg ganti... hihih

makan 2 orang 2 biji pun dah senak perut.. mika pun nak juga.. tp bg rasa kat lidah sikit je.. pastu buat muka pelik.. ntah sedap plak tak tau la.. dan kerana durian la ada hikmah sebaliknya...aku dah dapat tau GIGI BAWAH mika dah MUNCUL.. masa aku bg rasa durian aku rasa gigi bawah dah rasa tajam.. maknanya dah keluar gigi dia.. yeaaaaaaaaaaa mika dah nak ada gigi.. kalau tak aku risau dah nak masuk 11 bulan gig takdok lg.. hihi tunggula sape jd mangsa gigitan dia papa atau mama......



4 bebelan kawanku:

SSulieana said...

yeayyy mika dh tomboh gg...mama mika dh x risau lg dh...hehehe

Delima said...

mika dh nk ade gigi yea? ok la tu 11 mos nk ada gigi.. my son 6 mos dh ada gigi.. skrg umo 14 mos, asyik gigit org je.. huhuhu kat neseri dia yg paling femes sb suka gigit anak org... adeih pening kepala nk menjawap kat mak bapak mangsa gigit tu..

Heartilyina said...

karang risau kena gigit plak la ieda hihi. mcm ihsan ni keje gigit mama. sakit plak tu huhu

CatlinaFly said...

salam

cedapnye durian...wuwuwuwu...durian kampung MIL belum gugur lagi lah...dapat makan pun ada jiran kasi dua bijik tu ari...

dun worry mika baru nak tumbuh gigi, E-ein pun sama umur 11 bulan baru tumbuh gigi first.by 1 year 2 bulan, hampir semua dah tumbuh, tinggal gigi taring dua btg je belum tumbuh2 lagi ni...itu pun dah tajam yang amat...dia kalau dapat gigit tgn kita, dia tarik sekali..ouchhhh...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah