Alhamdulillah walaupun cuti lulus sehari tapi aku dapat gak beraya ngan keluarga... happy sgt ... yerla beraya kat kg sendiri.. raya puasa aritu dah balik kg hubby dulu.. so raya haji kg me la plak..
Menu pagi raya, mak buat ketupat, kuah kacang, ayam masak merah, kuah lodeh, serunding.. hmmm menyelerakan sungguh.... tahun ni makcik aku (mak nab) depan umah mak buat korban.. so tahun ni dapat tengok lagi lembu di tumbangkan. beberapa tahun dulu dapat tengok kat umah atok.
penyembilhan di buat di depan rumah mak nab.. Orang masjid datang selepas sembahyang raya dalam kul 10.30... meriah ... ramai yang datang nak tengok.. masa tu kat kampung aku ada 4-5 rumah juga buat korban...
mu-mula proses mengikat ke-empat kaki lembu, lembu tu agak meronta gak sebelum di tumbangkan.. tak semena-mena jadi garang. nasib baik ramai yang pegang tali.. akhirnya selamat gak di tumbangkan.
Ada yang tolong menggali lubang untuk tempat penyembelihan.. tujuanya supaya darah sembilhan tu terus ke dalam lubang dan boleh terus di timbus dengan tanah..
Aku tengok dari dalam rumah... masa tengah sembelih tu darah memancut-mancut.. terketar2 badan lembu tu nak habis nyawa...
dah selamat pun tertanggal kepala lembu... seterusnya sesi melapah kulit dari badan lembu...
dh nak selesai.. my abah n adik tolong pegang kaki lembu je... kemudian di potong daging untuk di agih-agihkan...
semalam mak buat sup kaki lembu,.. adik aku la yg suka sgt. tp aku tak beani makan banyak sangat ... minyak lemak dia banyak...
malam td bertolak kul 10 dari kg dan sampai KL dalam jam 1. hari ni keje mcm biasa... hmmm penatnya tp hati gembira dapat beraya ngan kuarga...
** insya Allah tahun depan ada rezki kami sekeluarga plak nak buat korban...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Jom Exchange LINK...
-
Your Link/
Disclaimer
Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
Post a Comment
7 bebelan kawanku:
oooo hari ni dh keje ek..kesian cuti lulus 1 hari jek..kita plak cuti dh abis..so mmg xcuti ler..ekkek:P
kita xleh tgk la lembu kena sembelih..nnti sedih..klu sedih nnti ade prasaan kesian dh jadi xleh mkn dh daging tu..
tu la siey.. alang2 1hari dpt cuti 5 hari kan.. tp takpela nak wat camana...
betul suziey kata kalau kesian kita takleh makan kan..tp hati tu nak tgk gak.. dan niat dlm hati dia berbahagia nanti di san (lembu tu) hihi
this year takde rezeki nak tengok lembu kena korban....last year MIL buat korban..so, mmg puas tengok step by step lembu tu kena korban..paling seronok time kerja melapah...happening.
me, mak sponsor satu bahagian buat korban untuk lyna...tak sanggup tengok lembu tue kena sembelih, kesian...
berani eda tengok...kalau cik jue...emmmmmmmmmm
klu orang yang berkorban digalakkan tengok tapi tak tengok pun tak ape....takuttt...
zanna.. sy pun suka tengok step by step rasa puas hati...
mamalyna.. wah lyna dah ada kenderaan nak di tunggang nanti.. mmg kesian kalau kita tgk kan...
cik jue.. berani2 takut tp nak tgk gak.. hehehe
zaidah.. betul tu.. tp seronok tengok.. hihi