Tuesday, November 30, 2010

MAHA 2010

Selepas 2 tahun sudah baru dapat jejakan kaki semula ke MAHA.. tu pun hubby beria mengajak... kononnya nak kuar awal pagi.. tp banyak benda nak kena settle dalam kul 11 gak kami keluar..

Sampai sana dekat kul 1 lebih sebab behenti makan n solat dulu.. tapi nak parking punya la susah yg amat... laluan TRAM dan laluan kereta awam sama.. aku pun tak faham .. dulu rasanya lancar je takla sampai jam kat situ.. awalnya hubby mcm dah tension nak patah balik.. tp aku pujuk sebab dah susah payah sampai.. dengan panas terik lak tengahari tu.. memang kena banyak bersabar..


Mika lak kami kena bawa stroller bukan pe, takut bila dia nak tido.. tak larat gak nak dukung tempat besar camtu..... nak tak nak heret gak stroller.. mmg payah sket la naik tram.. alhamdulillah dia tak meragam... syukur ada pakcik sudi tolong kami naik dan turunkan stroller mika dari TRAM... (tram tu yg mcm keretapi pendek bawa penumpang ke tempat pameran)


HUbby memang ada tujuan dtg ke sini.. dia cari info perikanan...

Benda ni la yang di 'bz'kan oleh hubby.. dia ada projek kerang dengan partner2 dia... alhamdulillah sedang bergerak.. insyaAllah awal tahun depan nak harvest kot.. mcm main farmville plak.. tp ni yg real.. hihii...




di kaunter LKIM.. mika terselit dalam stroller.. hubby aku terlindung lak...

Seperti biasa la banyak pameran pertanian dan perladangan.. selain tu pun mcm2 ada... yang kita tak penah tengok pun ada...


buah nangka besar... memang besar sangat... yang ni pertandingan.. ada mcm2 lg buah koleksi yang lain..



ubi kayu besar....



Di sebalik landskap bunga-gungaan dan buah-buahan.. terselit anak bujang aku yg kepanasan.. hihihi




Cantik kan.. rimbunan bunga lada... kalau buat hiasan kiri kanan pelamin ada org nak buat tak ganti bunga ros... ok gak pe. kan......



Yang ni plak terung.. cantik gak.... mcm a bouquet of flower je...


Dan kalau ke MAHA yang ni la aku cari.. nangka chips..... sedap oooo.. dia guna pengeringan tanpa minyak... so nangka tu jadi ranggup.. susah nak jumpa.. kat maha je aku leh dapat...

tu dia nangka yg ranggup.. sangat sedap...


akhirnya dalam kul 8 malam gak baru kami boleh balik.. petang tu dah nak kuar tapi hujan lebat.. kereta lak jauh.. sian kat mika kalau hujan.. so duduk la dalam tu samp-ai hujan reda.. tak sempat pun na round kat luar2 tu tengok rumah-rumah negeri.. susah bawa stroller.. takpe ada rezki tahun-tahun depan jumpa la MAHA lagi... apapun MAHA mmg best....


6 bebelan kawanku:

ch@ said...

huaaa bestnya. bila dpt peluang pergi ni. sonot.

EiJa ZaQuaN said...

eija w/pun dekat tak pernah sampai ke MAHA lg..mmg nak pegi sgt..tp asben pulak tak berapa minat..lebih2 lg tempat sesak..sabar jerk la kan..huhu..

noor said...

mika gud boy lah nk ddk dlm stroller..
jumpa jgk chips tu yer...sdp2 mmg sedap...

@e_da said...

Cha.. next time leg pegi.. best..


eija.. tu la bila dah dekat mesti malas kan.. org jauh yg dtg.. hihi

noor.. jumpa gak tp tak banyak dia jual... mahal gak sepeket 6 hengget

[-suziey-] said...

waaa bestnye ..smpai gk ke MAHA ek..kt xsmpai sbb time tu ade kt bukit tinggi..

@e_da said...

suziey.. bukit tinggi pun lagi best tu... hihi bercuti ek

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah