Tuesday, January 25, 2011

Aidil perjelas Ketiadaan Rita Rudaini di Majlis Ayu & zaquan


ALOR SETAR, 21 JANUARI 2011: Sejak perkahwinan mereka, nyata kehidupan rumah tangga pasangan Mohd Aidil Zafuan,23 dan Rita Rudaini Mokhtar,34 ini tidak sudah-sudah dilanda kontroversi. Dari perkahwinan mereka di Siam sehingglah kepada penerimaan keluarga sebelah lelaki terhadap menantunya, nyata pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi.

Begitulah perjalanan kisah rumah tangga pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini Mokhtar, 34. Terbaru ialah kes Aidil memfailkan permohonan sulh dan hak penjagaan anak terhadap isterinya. Konflik rumah tangga ini kemudian membawa kepada ketidak hadiran Rita ke majlis akad nikah dan resepsi kembar Aidil, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah.

Ketika ditanya punca ketiadaan Rita ke majlis tersebut, Aidil menjelaskan isterinya tidak dapat hadir kerana sedang sarat mengandung 5 bulan untuk anak kedua mereka.

"Dia kini sedang sarat mengandung anak kedua kami 5 bulan, jadi saya nasihatkan dia untuk berehat saja di rumah di Kuala Lumpur. Tapi Insya Allah untuk majlis resepsi kedua di Paroi, Negeri Sembilan, dia akan hadir kerana jaraknya lebih dekat", ujar pemain pertahanan Negeri Sembilan itu.

Mengulas tentang perkahwinan adiknya pula, Aidil mengharapkan Zaquan dapat menjadi suami yang bertanggungjawab dan menjalan tugasnya sebagai suami sebaik mungkin.

"Saya mendoakan kebahagiaan Zaquan dan isterinya Ayu. Semoga dengan perkahwinan ini dapat mematangkan lagi Zaquan, dia harus ingat dia bukan lagi lelaki bujang seperti dahulu dan tanggungjawab sebagai suami ini berat.

"Sebagai seorang abang saya mendoakan yang terbaik untuk adik saya", jelas Aidil yang begitu syahdu sehingga menitiskan air mata selepas majlis akad nikah Zaquan.

Aidil dan Zaquan akan kembali menjalani latihan bersama skuad bola sepak Negeri Sembilan penghujung bulan ini untuk saingan Liga Malaysia 2011.

sumber SINI

6 bebelan kawanku:

transformed housewife said...

tak habis2 pasal Rita & Aidil ni ye. RIta tak ada masa majlis kawin kembar Aidil pun diaorg nak tanya jugak.

eima said...

aku minat rita sbb die cantek gile ..kesian die...

@e_da said...

@transformed housewife

kalau dah artis g toilet pun orang nak tgk kan..hihi

@e_da said...

This comment has been removed by the author.

@e_da said...

@eima

betul..kesian gak.. dah anak 2 dah pun... suka samasuka,.. benda yghalal.. terima je la

http://aniesandyou.blogspot.com said...

rs nyer cam keluarga aidil yg x dpt terima rita lg..btw, ayu ngan rita berbaik2 la lps da jd biras ni

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah