Saturday, May 21, 2011

Tanah runtuh -Rumah anak-anak yatim Tertimbus

Hujan sangat lebat kat KL petang td...

mika yang  tido depan  tv boleh berlari terkedek-kedek  beralih tempat ke bilik  naik atas katil..

 sedang aku menikmati minum petang...

cempedak goreng

sambil baca news kat internet 
opismate bagi cempedak semalam



24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat


2011/05/21

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini. 
Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis. 
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. - BERNAMA


sumber SINI


Sama-sama kita  doakan anak-anak ini  terselamat.... sesungguhnya kita harus bersyukur..sedang  kita bersenang-senang bersama keluarga ada orang yang ditimpa  musibah.. kita  juga tidak tahu apa pula ketentuan nasib kita akan datang... moga allah memelihara kita... aminnnnnnnnnnnn

3 bebelan kawanku:

Gieyana said...

Alfatihah utk yg pergi...ngeri kan..

hyazz said...

tu la sian kan...sekarang ni masih de 7 org lg lom jumpa...sama2 lah kita yer...doa doa kan mereka

ch@ said...

kampung mertua kita. rumah mertua kita pun dikelilingi bukit bukau macam ni, apapun kita sedekahkan alFatihah kepada mangsa.

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah