Monday, July 11, 2011

Resepi Choc Moist mamamika

Resepi Choc moist Hari BERSIH... hahah tak pasal2
yerla dah duk umah memikir lak apa nak buat kan..
nak duduk sesaje ohhh tidak.. itu 1 perkara membosankan.
aku kena try resepi2 baru yang mana anak aku suka makan.. kuikuikuiii


so anis ini resepinya.. nanti buat tau ....

BAHAN-BAHAN

150 grm tepung gandum
200 gram gula kastor aka gula halus
200 gram minyak masak
100 gram serbuk coklat
4 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat


CARA-CARANYA
  1. Gula + serbuk coklat + minyak masak  dicampur kan dan dikacau sekali
  2. Ayak tepung + soda bikarbonat + baking powder
  3. campuran tepung di masukkan ke dalam adunan sebuk coklat dan minyak tadi
  4. last sekali masukkan telur, susu pekat dan susu cair
  5. gaul hingga sebati


ini adunan yang telah sebati.



di masukkan dalam bekas tuppaware untuk di kukus
kukus selama 40-45 minit mengikut berapa tebal kek itu di isi dalam bekas


ni hasilnya yang pertama

yang kedua.. ni naik sgt pulak sebab terlebih lama kukus


dah dikeluarkan dari bekas...


so ini hasilnya semua yang aku kukus semalam.. 2 besar dan dua bekas kecil.. ni baru kek je tau belum toppingnya..

di sebabkan semalam adalah kali pertama guna resepi manual.. aku silap step.. aku pi pukul dulu telur ngan gula.. hahah bijak.. bijak... sudahnya lain sket.. tp rasa tetap maintain..

Untuk toppingnya pula tunggu next entry

10 bebelan kawanku:

lelamaisara said...

wah..sedap tu....

MRS. K said...

orang yg takde oven cam i ni boleh la try.. kekeke..

bonda dadif aka akish said...

nmpk gebus,,,

=)

Sitisifir10 said...

hallemak...mantap...mantap :))

Diamilikku said...

sedapnya....lama sungguh kak su tak buat..mesti dah lupa skill..dulu masa sekolah menengah kek ni lah extra income kak su sepanjang bulan posa...huhuhuhu

eima said...

o0o tak yah guna mixer ek ... oven pun tak yah .... haaaa nk try la tp scale plak takdak ... cam ne tu

@e_da said...

lela nak rasa meh dtg sini..

mrs k.. kukus jek takyah oven

akish n siti.. baru 1st time buat

eima ko singgah je kedai biasa beli scale murah.. ida punya scale 8.90sen jek.. ehhehe

Sidratul Muntaha said...

klu guna aven bape suhu yer?

@e_da said...

guna oven sy minta maaf tak tau suhunya sebab sy kukus je ni.. lagipun kalau guna oven rasanya mcm lain.. kukus dia basah2 sket hasilnya

Sidratul Muntaha said...

nampak gaya kena buat bath Maine le kot jawabnya.

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah