Wednesday, August 31, 2011
Saturday, August 27, 2011
Tatkala mereka sudah di kampung..
Huwaaa sedih baca status masing-masing
Ada yang baru nak bertolak
Ada yang DI Jalanraya
Ada yang di Highway
Dan ada yang Dah SAMPAI KAMPUNG..
huwaaaaaaaaaaaaaa!!!
jeles ok!!!
Aku masih kat umah...
Mengemas saki baki renovate haritu...
Nanti balik dari kampung tak la letih tengok rumah bersepah
Baju tengah packing
Pinggang dah sakit angkat2 barang
Malam ni InsyaAllah lepas berbuka bertolak balik Johor
Semoga jalan tak jam dan aku selamat sampai.. aminnn
Friday, August 26, 2011
Sakit Nak Raya
2 Malam lepas..
Bawa mika ke PUSRAWI..
Batuknya makin teruk...
Kerongkong kedengaran kahak yang banyak..
Dan memang telah ku agak
Dia kena NEB lagi...
Awal-awal.. still cool.. mata pandang Nurse... malu nak meronta ke apa
Dah mula rasa lain macam.. tap[i senyap je
3 jenis ubat batuk dan 1 ubat lelah... aku minta vitamin kat doc sebab mika susah nak makan...
Siap dapat sampul duit raya lg dari pusrawi...
Now mika dah pun hampir sembuh.. terima kasih juga yang mendoakan kesihatanku semalam...
Hari ni last Day keje kan.. seronoknya.. tak sabar tunggu esok... Nak balik ke kampung halaman...
ada gak kawan2 dah start cuti kan.. semoga selamat perjalanan pergi dan balik nanti ya.. take care.. daaaaaaa
Thursday, August 25, 2011
Dah Cuti?
Aku tak start cuti raya lagi..
Esok last keje
Tapi harini aku MC
Batuk terkokol-kokol
dan semalam ada buang air berdarah
maybe kurang minum air bulan puasa
So today need a rest
huhu doakan aku cepat sihat ya...
nak raya
nak mengemas
nak balik kampung
kalau tak sihat
apapun pun tak bley... huhuhu
cobaaaaaaaaaaan
Esok last keje
Tapi harini aku MC
Batuk terkokol-kokol
maybe kurang minum air bulan puasa
So today need a rest
huhu doakan aku cepat sihat ya...
nak raya
nak mengemas
nak balik kampung
kalau tak sihat
apapun pun tak bley... huhuhu
cobaaaaaaaaaaan
Wednesday, August 24, 2011
I Love Yellow!
Mama sudah tau...
Mika Suka warna KUNING
Apa-apa yang berwarna kuning memang akan dia pilih dan tertarik dulu
bola dia ntah brape biji semua kuning..
Kalau suh buat pilihan dia pasti ambil kuning
Mika main bola kuning
Masuk dalam kotak kuning.. kotak kasut mama..
sorang-sorang pun jadik main camni..
suka sangat duduk dalam kotak..
kotak kecik tu pun muat dimasuknya..
dah jahanam dah pun kotak kasut tu.
Lama-lama kita leh perasan satu persatu taste anak kan.. Anak korang suka warna apa??
Cuci Rumah
Renovate rumah yang kita duduk sekali memang rumit
habuk sangat-sangat
nak tolak barang kesana sket... sini sket.. janji ada laluan...
dekat sebulan gak la..
syukur siap gak sebelum raya
walaupun dapur lum complete lg yg tambahan cabinet tu
ahad lepas kami operasi bersihkan hall sebab siling dah siap
cuci bebtul-betul lantai macam nak masuk rumah baru plak
pijak rasa berpasir je
apa yang penting KERJASAMA
huh memang letih la.. angkat2 barang semua kan
![]() |
sib baik si kenit aku paksa tido
kalau tak lagi haru dia nak main air sama
barang-barang tolak ke dapur dulu...
dah siap depan baru cuci dapur pulak
huhuhu...
minggu ni operasi lagi kemas barang2 sebelum balik kampung...
malam buat sikit-sikit mana yang sempat...
balik kampung maybe malam sabtu..
happy sebab balik johor... wa weeeeeeee hihihi
10 malam Terakhir Ramadhan
Firman Allah SWT: Maksudnya:
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)
Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa untuk beribadah dan promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :
- Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
- Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
- Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
- Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
- Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Malam ni dah malam yang ke 24 kan.. dapat ke kita bertemu MALAM LAILATULQADAR.. semoga kita dapat merebut keberkatan malam itu.. (ingatan untuk diri sendiri juga) insyaAllah.. aminn
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.
Jom Exchange LINK...
-
Your Link/
Disclaimer
Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.