Friday, August 5, 2011

Menu Berbuka Puasa Ke empat

 Dah Puasa ke empat baru aku terhegeh-hegeh nak tayang menu.. ahhahha
ok la tu kan.. masih belum terlambat
sebab lepas ni aku dah tak boleh masak..
masa boleh masak ni aku masak gak la walaupun kadang2 malas... kuikuikuii

so menu berbuka puasa hari ke empat ni dia..

 Masak lemak nenas ikan + masin.. phewwwwww memang menyelerakan tekak sendiri.. tekak org lain tak tau la.. hik hik hik




 Udang Goreng kunyit... memula aku nak buat sambal.. tengok jam nak dekat kul 7.. semalam lambat sampai umah sebab jalan Jam kan hujan ada 9 biji keta lak berdentum cium bontot.. fuhh dugaan betul buat mereka di bulan puasa...

ada 1 lagi menu lupa snap sebab dah lapo nak berbuka... IKAN PARI BAKAR KERAMAT.. hubby aku beli kat pasar keramat.. pehh memang terangkat..


Dalam hujan sempat gak aku singgah tepi jalan beli kuih semata-mata.. aku bebuka mesti ada kuih kalau tak mcm tak lengkap..


sebab tu perangai mika sebijik aku SUKA MAKAN KUIH.. bagus anak mama kan....

Hari ni aku harap sangat dapat makan berbuka masakan mak aku.. huhuuu gila tak sabar nak balik kampung petang ni.. aku rasa mcm nak terbang jek...cepat la jam  berpusing.... huhuhu


11 bebelan kawanku:

alyyani said...

mmg terangkat menu2 itu.. selamat balik kampung. drive safely ye :)

fazilzura said...

meriah nye menu ...

SSulieana said...

sedapnye...terus rase lapo walaupun pagi lagi...hehehe...selamat berpose eda...

MRS. K said...

tak pandai kupas kulit nenas.. huhu

ajumohit said...

Sedapnya Eda!!!! Ok gud idea ni, besok bleh msk menu ni, mmg suke ikan masin gulai nenas!!!!

Zura said...

masak lemak ikan masin nenas tue sedap..

Mamamya said...

menu yg mula2 tu akak rasa nak telan air liuq byk2 huaaa...mmg menggoda jiwa....


bestnya dapat makan masakan bonda tersayang... :)

eima said...

aku pun suka masak lemak ikan masin tp ikan talang la ... yga de tulang2 tu ..sedap

Diamilikku said...

sebab apa lepas nih tak boleh masak dah ida???

Ya ALya said...

masak lemak ikan masin memang terangkat.....fuyoooooo

teratai said...

sukaa dua2 menu tu..memang menaikkan selera terutama di bulan puasa ni :)

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah