Wednesday, August 3, 2011

RM 15.50

Kisah semalam punya berbuka...
saje nak tengok budget sehari berapa untuk berbuka kalau beli  atau masak..
Semalam masak nasi di rumah.. sampai rumah letak kereta naik motor ngan hubby ke pasar ramadhan.. sebab bazar melawati adalah sesak dan jam yg amat.. nak lalu pun payah.. lalu merempit la kami.. mika tak bawak duk umah tinggalkan ngan mertua... kalau ada dia lg payah nak bersesak



apa aku dapat semalam ngan RM15.50

air jus tembikai = RM3
masak lemak nangka + ayam = RM2
ikan patin masak tempoyak (kepala) = RM3
murtabak daging = RM2
cempedak goreng (5 ketul)= RM2
Nasi dagang (mertua nak makan ) = RM3.50

lauk tambahan di rumah ikan kering goreng, sayur ulam kobis dan salad, ikan kembong goreng
rasanya mcm berbaloi gak la kalau aku berdua.. tp ni sekali ngan mertua maknanya 4 org gakla makan.
bukan malas masak.. tp dapur aku dah tutup memang tak boleh masak mulai hari ini..
nanti aku bgtau kenapa..


so mulai hari seterusnya kena tengok balik budget lain.. adakah serupa atau terlebih terkurang.. hihi.. seboleh-bolehnya limitkan perbelanjaan.. Puasa bukan pesta makan kan.. mmg la ikut nafsu mmg teringin itu ini..

Pasar Ramadhan ni kena pandai buat pilihan.. ada 1 stall makcik ni tiap2 tahun memang aku AIM dia.. Dia jual agak murah banding yang lain.. Lauk dia pun sedap ala2 emak yg masak...

1 TIPS nak membeli di Bazar Ramadhan ni.. TANYA HARGA DULU..
sebabnya aku dah terkena.. main ambik je..
masa tu amik SOTONG SAMBAL.. 
2 ekor RM 8 yang ukurannya lbh kurang 8cm.. sila la ukur ngan pembaris..
kecik je tau .. SEKOR dia kira RM4
walaaaaaaaaaaa kayo la cepat camtu
bukan nak berkira tp rasanya tak wajar sebab kita pun selalu ke pasar kita tau gak harga pasaran kan.. 
sejak tu memang aku tanya dulu sebelum order

mcm semalam hubby kata teringin plak tengok kambing bakar
singgah dan tanya.. adala 4-5 ketul ukurang 2-k 3 inci.. RM10
sedangkan kalau makan kat kedai lambp chop siap ada coslow dan fries pun ada yg harga 12.90 jek..
nampak nau cekik darah di situ.. agak2 la kan.. nak meniaga..
kalau terlebih sgt keuntungan menjadi HARAM juga
aku kata ni bukan semua peniaga la.. SEGELINTIR sahaja
kang ada lak kontroversi.. heheheh


ok la selamat berbuka.. nak tgk lauk apa plak petang ni... daaaa


5 bebelan kawanku:

dear anies said...

1st pose, anies leh tahan lg g PARAM.msk ari ke 2 -30, sowiy la..

Anonymous said...

kalau yg tu mmg normal ler..diorg suke suki je nak cas bape .. lgsug x letak tanda hrga kan

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

saya klu pegi bazar tak beli lauk-pauk. lauk beli kat restoran terus. huhu

Zura Tahir said...

sotong mmg mahal...

eima said...

aku tak penah beli lauk kat luar.. nk mkn masak je ...sbb kami tak berbuka mkn nasi ..pas berbuka pun sama ...sahur je ...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah