Tuesday, September 20, 2011

Puding Trifle mamamika...

suka cuba resepi kuih muih..
itu hobi aku...

Open haouse haritu percubaan kali pertama untuk buat Puding trifle ni
Sebelum ni tak penah pun
Kira TRY N ERROR la...


Ni resepinya...Aku totally rujuk pada internet je..
Kejap2 lari ke PC tgk resepi.. kejap2 lari ke dapur...


Bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 3 sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
  • 1 mangkuk air panas 

Cara-Cara
    1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
    2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
    3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
    4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
    5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
    6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
    7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

    Susun kek pandan ni lapisan paling bawah sekali-( boleh diganti apa2 kek sekalipun)





    Masukan kastard yang telah di masak untuk lapisan kedua... bila dah agak beku baru taburkan buah-buahan cocktail


    Lapisan pertama dah tenggelam dek kastard...

    Dan yang aku terkilan aku lupa snap pic lapisan atas sekali ketika belum di potong...
    teruja sgt tu la padahnya.. buat2 masukan dlm peti ais supaya sejuk.. pastu lupa snap full..

    dan ada pun yang ni saki baki selepas kena makan...

    Rupanya sedap puding ni..
    Kalau tau dari dulu aku dah belaho buat... aduhaiii
    cubaan kali ni rasa sedap cuma finishing tak brape cun.. kastardnya terlembik sebab terlebih air kot sebab aku termasuk kan air buah dr cocktail tu sekali.. ahhh janji ada rasa.. hihi


    Tak kira lepas ni nak buat lg sampai cun.. hihi
    Seronok cuba resepi baru...

    lepas ni nak cari resepi kek2 lain pulak.. hihihi.. bg idea nak try apa pulak?

    7 bebelan kawanku:

    KhaiRin said...

    kek pandan tu kalu tukar dgn kuih / kek / roti yg lain x pe kn?

    aNaYaNa said...

    red velvet cake kak?hehe..

    eima said...

    wahh rajin nye ...
    aku jugak malas ....

    noor said...

    wah sdpnya yum yum....buatlah kali ke 2 leh aku rasa plak hihihi

    ch@ said...

    mabelesss kek ni, sedap sampai teringat-ingat, kita bayangkan mcm makan aiskrim.

    Nur-nba said...

    Nampak sungguh sedap.. Pernah cuba sekali, tapi tak menjadi.

    ajumohit said...

    wow bestnya nmpk, rajinnya eda...tak fernah buat lg huhu

    Powered by Blogger.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Jom Exchange LINK...

      Your Link/

    Disclaimer

    Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
     
    Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah