Wednesday, October 5, 2011

Sesi Berpantang

1stly terima kasih pada semua sahabat
yang memberi komen yang menghantar sms, yang call lg
Jasa kalian tak terbalas saya..
semuanya memberikan kata-kata semangat pada aku yang hampir kecewa
semalam hari penuh air  mata
namun hari  ni aku sudah  semakin ok..
menerima kenyatan realiti kehidupan
ajal dan maut di tangan tuhan


Hari ni hari kedua start berpantang
Walaupun keguguran kena jaga juga kan
Sebab rahim kita dah kembang
Berpantang keguguran  tak la selama pantang bersalin.. tapi awal-awal ni kena jaga kan

di petik dari blog kak engku bidan bersalin mengenai berpantang keguguran

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.


Doc kata ada saki uri dan ketulan darah lg dalam perut aku
Semalam doc ada bagi injection untuk bagi contraction supaya keluarkan  saki baki tu
Sebab aku sendiri minta baki tu biar keluar sendiri elakkan D&C
Penangan ubat tu punyala sakit..
dia cucuk ke punggung
tak sampai 5 minit perut aku memulas sakit mcm contraction bersalin
berpeluh mandi..sampai menangis aku...

hari ni darah agak kurang... aku makan nasi panas letak lada  hitam
kawan-kawan please share PETUA
untuk bersihkan darah kotor yang tertinggal tu


ada juga kawan-kawan suked,  anis bag petua.. dah cuba amalkan
jumaat ni doctor scan  lagi..
kalau dah bersih di dalam tak perlu D&C..memang kalau boleh aku nak elakkan
setakat  ni doc bagi  aku antibiotik  supaya   tak kena infection


Sape ada  PETUA  BERSIHKAN DARAH LEPAS BERSALIN OR GUGUR yang baki dalam perut ni ... meh share sini ya...harap sangat ianya dapat membantu..kalau boleh nak elakkan D&C..dah penah rasa sekali... sakitttt selepas tu....huhu

16 bebelan kawanku:

MRS. K said...

take care

eima said...

tatau la eda ... aku dulu waktu bersalin fahim pun tak dak petua pepe... cuma BF baby je ... then drh nifas aku cepat sgt kering tak sampai 20 hari pun....

insyaallah nanti akan ade rezeki yg lebih baik ye..selamat berpantang dear

littlehumblelynn said...

As salam;

saya pernah keguguran tahun lepas ..tp alhamdulillah, sumer saki baki uri keluar dgn sendiri..itupun stlh mengalami sakit yang amat sgt..kalah contraction bersalin

jd xde petua boleh dikongsi

cuma mmg kena pantang macam org pantang pas bersalin

smg cepat2 rasa sedap badan ok.

jaga diri

yatie chomeyl said...

selamat menjalani pantang ye ida. harap ida sentiasa tabah. yatie doa dari jauh utk kekuatan hati ida menempuhi dugaan ini

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

tak tahu lah ..eda tapi moga eda cepat sembuh...

bonda dadif aka akish said...

alamak..daku takde pengalaman la eda...takpe fren..tabahkan hatimuh...kuatkan semangat....

pasti boleh lawan sakit2 itu..

Zura said...

sabar ye eda..

Salina@IbuAqil said...

Memang pantang keguguran ni lain dari bersalin.. Ina dlu sampai nak bentan le masa pantang keguguran anak kedua dlu.. ;( moga cpt sihat ye dear..

Ida WC said...

eida..kita takde petua nak bg.cuma doakan eida cepat sembuh dan tabah

Qhaifa Nur said...

selamat berpantang..
betul tu badan kita penting utk dijaga...

moga cepat cihat..

aNaYaNa said...

Akak..baru tahu..takziah yer..semoga akak tabah dengan ujian tu..jaga diri n semoga cepat sembuh..harap dimurahkan rezeki lagi lepas ni..

isya said...

take care ida... semoga cepat sembuh ye..

Ya ALya said...

sabar ye...semoga cepat sembuh...ada hikmah semua ni.....

ajumohit said...

aju pon pernah keguguran semasa kandungan 5 bulan, mmg kene berpantang, tp dpt mcm 2minggu je kan...takpela eda, sabar ye

Intan and The Boys said...

selamat berpantang ye dear. kita tak tau nak bagi petua apa. harap2 ida jumpa petua tu cepat2 ye.

A'ai said...

ida,minum air rebusan kunyit masa minum tekan ibu jari kaki insyaaallah....

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah