Friday, January 20, 2012

Dua bayi mati tersedak susu


Pagi tadi dengar kat radio..  2 orang bayi dalam selang 10 minit di TASKA YANG SAMA... berderau darah aku rasa.... meh baca..



KUALA LUMPUR 19 Jan. - Dua bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang, di sini meninggal dunia hari ini dipercayai akibat tersedak susu.
Dipercayai kejadian yang menimpa bayi malang yang berusia tiga bulan setengah dan tujuh bulan itu berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari.

Difahamkan tragedi itu dikatakan berlaku selang 10 minit apabila bayi berusia 3 bulan itu dihantar ke sebuah poliklinik di Taman Permata untuk diberi rawatan kecemasan.

Menurut bapa kepada salah seorang bayi, Mohd. Faizal Jaafar, 32, dia dimaklumkan tentang kematian anak bongsunya Muzaffar, tiga bulan daripada isterinya yang menerima panggilan dari pusat asuhan.
"Isteri yang bekerja di Bukit Antarabangsa diminta untuk hadir ke poliklinik itu kira-kira pukul 3 petang dan sesampai di sana dia dimaklumkan bahawa anak kami telah meninggal.

"Saya ketika itu berada di Kedah atas urusan kerja dan baru sahaja sampai di sini kira-kira pukul 8 malam tadi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambah beliau, Muzaffar adalah anak bongsu daripada dua beradik dan dia baru sahaja ditinggal di pusat asuhan berkenaan tidak sampai sebulan.

Sementara itu, datuk kepada mangsa, Abdul Aziz, 51, pula berkata, dia tidak menyangka kejadian seperti itu akan berlaku kerana cucunya yang bernama Hariz baru 14 hari ditinggalkan untuk dijaga di pusat jagaan terbabit.

Katanya, dia dimaklumkan tentang kejadian oleh anak perempuannya kira-kira pukul 4 petang tadi.
"Cucu saya yang bernama Hariz dimaklumkan kepada kami telah tersedak susu ketika ditinggalkan di situ. "Namun saya sangsi kerana kejadian itu turut berlaku kepada seorang lagi bayi di situ selang beberapa minit," katanya di HKL.

Ujarnya, cucunya sebelum ini dijaga oleh neneknya tetapi diletakkan di pusat jagaan itu atas faktor kesihatan isterinya itu.

Tambah Abdul Aziz, mereka sekeluarga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada unsur cuai dalam kejadian itu.


Arwah Muzaffar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan AU5 manakala arwah Hariz disemadikan di Tanah Perkuburan Hulu Klang esok pagi.

Kedua-dua bayi malang itu telah dibawa ke HKL untuk dibedah siasat dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian.


Sumber SINI


KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam.

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. 

Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.

“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.

“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya. Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.

Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.

“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.



Allahuakbar!!... tak dapat bayangkan kalau aku ibu budak2 tu.. (nauzubillah) mintak dijauhkan.. meraung rasanya aku.. tabahkan la hati keluarga mereka. taman permata dekat dah ngan umah aku .. sib baik la bukan nursery mika.. Ya allah kau lindungi la anakku... 








11 bebelan kawanku:

Nad @ MamaZakwan said...

masyaAllah!!!
sampai 2 org dalam 1 masa kat 1 taska ke ni...?
kalu dah sampai 2 org, ni bukan kesilapan yang tak diseangajakan ni
kene siasat!
sedihnye, kalu jadik ahli keluarga baby2 tu, huhu!

takziah buat famili arwah..

ajumohit said...

ya allah, mmg terkejut baca berita ni kan eda, semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini, YANG PENTING pusat asuhan kanak2 yang patut aware ttg hal begini

fuadnis said...

nauzubillah...nis pn takut sgtttttt jadi perkara mcm ni...minta dijauhkan...moga ALLAH SWT sentiasa melindungi anak2 nis...amin....

Fieza79 said...

tak habis2 kan psl kes mcm ni..kenapa selalu sgt berlaku kes kat taska..kena siasat gak ni kan..

alyyani said...

Allahuakbar. risau sgt2. teringat anak2 kat taska.

KhaiRin - anies said...

innalillahi wainna ilaihi rajiuunnn

eima said...

tetiba aku teringat kat alisha ... Ya Allah Ya Tuhanku ... selamatkan lah anak ku Nur ALisha Maisara.

Masya said...

nauzubillah.. takut sgt klu baca budak mati tersedak susu sekarang..

amiey lee said...

ya Allah, lindungila keluarga kami..aminnn

sedihhh sgt baca berita nih

Qhaifa Nur said...

al fatihah buat keluarga mangsa...
boleh rasa kesedihan yang dialami...

Aya Ariel said...

al fatihah..

semoga keluarga kedua2 arwah byk2 bersabar..syurga ganjaran anak-anak kecil ni..insyaallah

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.