Tuesday, January 31, 2012

Jadual Tido Kucar kacir..

2-3 hari ni aku tak paham jadual tido mika
sejak kecik dia memang susah nak tido awal kalau malam
jam kul 12 macam pukul 8 bagi dia..
Masih kuat nak main bola..
berlari ke dapur ke depan
masih nak bergurau senda
sedangkan kita kadang-kadang ngantuk.. layankan juga

penah gak di paksa tido awal
gelapkan lampu
tapi dalam gelap pun dia boleh main tangan dia..
dalam gelap dia terkebil-kebil still tak tido walaupun kita paksa


Isnin - aku tido awal.. hubby yang layan mika sebab hubby ada keje..
aku sedar kul 2 tak tido lagi... 
aku cuba tidokan dia turun ke katil keluar bilik
so biar la lagi
kali ke2 terjaga aku tengok dia berdiri tepi katil sambil ketuk2 tangan aku.. tengok jam kul brape nak tau...

5.15pagi.....

budak 2 tahun lebih ni masih tak tido..
dengan hubby aku sekali tak tido sebab dia tgh siapkan keje
ya allah budak ni.. aku ambik dia tidokan.. akhirnya tewas gak.. 
kat nursery tak tau la kul brape dia tido..


malam tadi hubby paksa tido awal
tu pun melalak2 nangis macam orang kena rotan
taknak tido

Akhirnya tewas gak kul 12 berjaya tido..

tapi....


Dia bangun kul 4 pagi.. pulak dah

dia minta air... (susu).. ok hubby buatkan
dia ikut ke dapur
tetiba dia minta bukakan tv
paaa nak B (tv.. nak boboi)
suh tido balik taknak.. menagis-nangis..
hubby ke dapur buat mee goreng kot.. lapar katanya (ni papa dia yg lapar)
dah siap tu ajak mika makan
mika g bilik kejut aku

"mamaaa.. ngun ngun"
aku jawab  " nape dik" dia tarik2 tgn aku
aku bangun gakla g hall sian lak dia dah tarik2 tangan
"maaaaa papa wat weh"
dlm hati aku rajin plak la bapak ko ni buat kuih pepagi buta..hahahh
bila genyeh2 mata la .. mee la bukan kuih
nak tak nak aku sambung tido depan tv sambil temankan dia makan
kali ke dua terjaga kul 6.20.. bangun nak mandi.. mika still tak tido
mandikan dia dan terus hantar g nursery


aku rasa punca-punca semua ni dioa banyak tido siang
kalau tido siang aku kejutkan kalau dia tido lama sangat
sebab taknak malam dia susah tido
tapi bila aku kejutkan tengok camana rupa dia..

hubby rajin layan berjaga malam sebab dia waktu pagi tak terkocoh kacah mcm aku kena kejar punch card... dia keje sendiri.. so siang dia leh adjust masa kerja dia.. 


hahahah ni dia budak sukar tido malam tp suka tido siang

aku cabut puting dia.. dia boleh tido duduk pulak kan.. tido mata tak berapa rapat macam aku.. hah mak aku kata degil.. hope taklah.. tp aku memang degil gak kot.. hihihi



elok je duduk kan.. walhal dia tido.. gerak-gerak tak mau bangun

steady je tangan siap ampuh bagi badan balance


kejut kan lagi.. gerak-gerakkan badan dia.. dia boleh lending lak kat tepi sofa kan.. bertuah tul anak aku ni...

anak korang camana? susah tido malam tak..

plan aku hari ni.. nak ajak dia main-main sampai penat.. pastu dah penat mesti dia nak tido awal.. hihi harap-harap berjaya...







6 bebelan kawanku:

ajumohit said...

Amboi elok tahannya mata Mika ni ye eda, Kat nursery lenalah tidurnya tu ye, aah try bg Mika main penat2 nnti hrp2 mlm lenalah tidurnya

cicikwani said...

huhh... sib baik zaid mmg ikut spesis mama dia... paling lewat tido jam 12 lebih... sangat jarang terlajak sampai pukul satu... selalu time dia tido jam 11.30 malam, jam 4 atau 5 dia gelisah2, kadang2 tak tapi bangun gak buat susu, sambung tido... bangun pagi dalam jam 6 atau 7... kalo ngantuk sesangat (kononnya) baru la bangun dalam pkl 8 cam tu.... siang tidonya sekali je... kadang2 2 kali... tgk la... dia suka main tu yang sanggup tahan mata sampai merah kat bwh mata, janji dapat main.... kalau dia tido lepas maghrib, kadang2 pagi esoknya baru bangun... kadang2 pukul 9 atau 10 dia bagun tapi still tido dlm jam 11.30 - 12.00 mlm gak.... rasa2 kalau mika cam tu, mamamika seronok tak???? hehehehehe.....

bonda dadif aka akish said...

aduyaiii mika syg!!!!auntie yg fitam hokey bace keluhan momma awak nih...

eda....tah ek...cam kite..mmg biase kan dadif dr baby...tdo berjadual...
asal kol 9 je....pasti naek bilik...masok cot..sile tdo...

=)

ch@ said...

wakakaka, steady la mikhail. boleh tiru gaya mikhail tido. merasa ko kak, aku dah rasa smua tu. mmg sakit kepala la time dtg keje. hahaaa. so far skrg ni, oni tido ikut time.

Ayu Ayunie said...

salam kenal.. wakaka.. macam-macam gelagat la. anak tak tido kite pun susah nak tido lena..

lelamaisara said...

parah anak bujang mak long ni...hee...Alesya paling lewat pon kul 1 pagi tido...tu pon kepala mama dah tong ting ...heee...sekarang die maintain kul 11 tido dah sampai pg...kadang kul 9 dah tido..kalu Alesya nak susu cepat2 wat jgn bg die sampai bgun ..kalu dah bgun habis la..tak mau tido ag...die gelisah2 tu cepat2 sumbat susu...heee..nanti die tido balik...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah