Wednesday, February 15, 2012

Mayat bayi dijumpai di dalam BALDI..

Apala dosa dia!!
sanggup ibunya perlakukan begini.. MasyaAllah!!




KOTA BHARU – Mayat seorang bayi  dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej tersebut.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Jalaluddin berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi tersebut.- Bernama



Kesian nasib anak ini.. Allah lindungila dia disana nanti.. aminn

9 bebelan kawanku:

Ana Lyana said...

Jahatnya... sian baby tu..

*SiRibenMerah said...

salah kan tok ngan tokwan dia sebab x ajar mak baby neh agama yg cukup..
hope takde keturunan kita yg terjebak ngan najis akhir zaman buat camneh..
nauzubilah..

Qhaifa Nur said...

nauzubillah...kejamnya manusia ini sanggup buat begitu...tunggulah pembalasan nanti..

Mrs Z said...

dah macam perkara biasa dah benda.. selalu sgt dgr.. tp xde jgk yang serik2 lg... makin menjadi lagi ada la...

Ibu Lala said...

Sian baby yang tak berdosa tu. Kita tengok bb pun sayang dan kesian.

nieda said...

masyaallah.. dunia akhir zaman ni mcm2 benda pelik berlaku..insaflah

fuadnis said...

baby pompuan ke kak ida??tengok mcm ade "telur" je tu...???

AdaM Hawa said...

kesiannya baby tu.. sedey amat ni.. ape la ibu baby tu.. kejam!!

noor said...

apalah dosa bayi ni diperbuat sedemikian...sdihnyalah ltk dlm baldi...

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah