Monday, October 1, 2012

MY EDD @ka Due date..

 Setiap Anugerah Allah sangat indah
Dan setiap pemberiannya pasti ada hikmahnya
My 2nd baby ni amat tak terjangka
Di saat aku masih fobia atas keguguran sebelumnya
jarang aku ceritakan
jarang aku war-warkan
kecuali di akhir-akhir ini
bukan apa... takut hujan di tengahari
Tapi alhamdulillah
Kiranya Allah memberi peluang kami untuk yang ini



Berkisah pada DUE DATE atau tarikh jangkaan bersalin ni
Hati sangat terpanggil nak tulis
Besarnya KUASAMU YA ALLAH

Sebab apa?


Memang la orang kata 
Ko bolehla...
CZER.. boleh pilih tarikh cantik...
Tapi bagi aku tak..
apa yang doktor syorkan yang aku akan ikut
sesunggunya tarikh lahir mika pun Doktor yang tentukan harinya
Bila dia dah pilih baru aku terfikir tarikh yang dipilih tu amat Unik
Dia pilih pun berdasarkan kematangan baby dalam perut masa tu


Tarikh Lahir Mika pada 07-08-2009
atau singkatan 07-08-09
Cantik turutan tu kan


Dan untuk baby kedua ni... secara kebetulannya sekali lagi

 klik untuk besarkan gambar ni....
My EDD 10-11-2012 @ 10-11-12






Now baby nak masuk 35 minggu
Rasa alamakkk tak lama dah..
kalau ikut sejarah Abang Mika
Kandungan 35 weeks aku dah kena tahan wad beberapa minggu sebelum bersalin
Sebab kedudukan Uri kat bawah... 38 weeks mika dah keluar.. itu pun doktor tunggu 38 weeks untuk bagi keadaan paru-paru matang di dalam perut.. duk hospital makan tido baring je masa tu hari-hari ngadap siling hospital... hati .. tuhan je yang tahu demi anak....

kalau ikut kronologi tu juga minggu depan aku dah kena tahan.. huhu debarnyaaaaaaaa


harap-harap baby yang ni boleh bertahan.. aku taknak la kena tahan wad lama-lama.. tak boleh tahan tinggalkan mika lama-lama.. sedihnya la.....


Kisah EDD tu semula.. kalau la aku dapat tarikh sebenarnya,.. alangkah indahnya anak-anakku akan bersambung tarikh lahir mereka iaitu :

07-08-09 (abang)
10-11-12  (adik)

Sungguh besar kuasa tuhan kan... ada hikmah setiap kejadian..


tapi mungkin tak... doktor tak syorkan aku sampai 40 minggu.. keadaan sekarang pun uri dah kebawah.. if anything tanda darah atau lendir aku kena tahan wad dah... cumanya aku berharap aku boleh bertahan tanpa menunjukkan apa tanda lagi sehingga waktu sebenarnya.....


Kawan-kawan doakan babyku matang sepenuhnya di dalam perut ya... aminnnnnnnn

11 bebelan kawanku:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

memang cantik tarikh tu.. harap semuanya berjalan lancar hingga sampai waktunya.. take care

Masya said...

saya doakan moga segalanya dipermudahkan... baby dan mama selamat...

Unknown said...

amin..semoga sumenyer selamat..;)

Qienah said...

Betul tu, cantik je tarikh nya.. hari tu due date dekat2 10hb 11 gak tapi sekarana g ada darah tinggi, doc dah kasi date baru..22hb 10 ni kena masuk hospital n beranak.cukup2 38week..huhu..hope okle..apepun, hope semua ibu2 ok ye..:)

*SiRibenMerah said...

semoga dipermudahkan segala urusan.. hehe~
chantek tarikh tuh kan...

eima said...

mudah semuanye mudah .. tak pe la klu tak dpt tarikh cantek tu ..janji eida ngan baby sihat sudah ... tp klu ok tak de pepe masalah boleh tgu sampai tarikh tu

mamaarifakeemaisy said...

cantik sungguh... Harap2 baby dpt bertahan sehingga tarikh sebenar.. Amin..

moga dpermudahkan semua urusan..Insyaallah..Amin..

nad said...

yg penting, baby membesar dgn sehat dan sempurna
insya-Allah...
tarikh cantek tu bonus :)

moga dipermudahkan kak eda!

seronok tgk kawan2 yg dah bersalin n nak bersalin ni..

Infinite Love said...

assalamualaikum,

semoga dipermudahkan..
kalau dapat date tu memang cantek kan.
takpe, yang penting, ibu n anak selamat..

Nur-nba said...

Wah kebetulan pula ye.. Memang cantik tarikh tu..

Semoga segalanya dipermudahkan.. :)

lelamaisara said...

oh bb mak long 35 minggu dah ye...alesya dulu cam ni dah kuar dah..huhuuu...Moga Mak lOng n Bb Selamat ye...:)


Tak sabar nak tgok bb mak long...:)Macam mane la hai keadaan budak bedua tu kalu ada bb kat umah ek...hehe

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah