KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an.
Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.
“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.
“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.
“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.
“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.
Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.
Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.
Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.
Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.
Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
sumber sini
apala suami buat camtu kan... sayang binimasa suka jek..tak patut betul...
Post a Comment
11 bebelan kawanku:
taktau nak salahkan siapa. sebab isteri ni pula kekadang minta yg tak terjangkau dek akal. agaknya suami ni jenis panas kot kak, cepat stress. main nak libas je bila tak dapat.
siannn si isteri kan....bukannye hari2 mintak...time mengandung aje..
=(
tak pernah mkn buah ni,ini yg orang india buat msk kari ke?...
dua2 salah... mengidam pun janganla nak susahkan suami... suami pulak... kalo tak tahan pangai bini jangan la belasah bini
suami dia patut faham keadaan isterinya.ikutkan je la.dah tentu anak yang dikandung isterinya anak dia juga.tak patut betul.
Buah kelor ni makanan orang india.Dorang selalu buat kari.Masa kecik2 dulu pokok kelor ada di tanam depan rumah.Selalu jiran india datang amik buahnya.Bau daunnya busuk tapi bunganya wangi.Pernah gak makan sekali,arwah mak masak kari.Sedap juga rasanya.
kat kedah panggil buah munggai buat gulai sedap..
sedih dgr kjadian tuh..pada siapa lg nk bmnja & mnta tlong klu tak kat suami..
tah la...
nak salahkan isteri, tak leh gak... mengidam ni bukan leh tahan2...cume kalu bleh jgn dilayan sangat, nnt menjadi2...
nak salahkan suami, tak leh gak...kalu badan dah penat,tetiba disuruh itu ini,memang la temper...
kena banyak2 bersabar, tak kira mengandung ke tak, penat ke tak...huhu...
-> me pun ede mengidam, tapi slalu set in mind, kalu tak dapat hari ni, cari esok, kalu tak dpt trus tak pe la...
ermm..mmg x patut betul laki dia wat camtu kat bini yg mmg mengidam..
cuba kalau laki dia yg mengidam..baru dia rasa mcm mane perasaan org mengidam ni..bkn nye kita saje nak buat2..
eija pun br 1st time tgk buah kelor ni..huk3.
rs nk hentak je laki dia
oh kalau aku panggil ni buah berunggai..sgt byk di tmn kancing hihihi. org india suka msk kari. daun dia pun leh mkn msk lemak
zura pun anggil munggai, sedap buat gulai.. mmg betul pun tatau nak slhkan isteri ke suami, mungkin isteri terlalu mendesak mungkin suami mmg mls nak melayan, ntahla minta dijauhkan dr perkara yg cmni..