Thursday, June 30, 2011

PERTAMA KALI AKU .....Malaysia VS TAIWAN



Malam tadi perlawanan Malaysia VS Taiwan di Stadium Bukit Jalil

Buat pertama kalinya aku tengok bola LIVE...

hehe yerla aku bukanla kaki bola sangat..

selalunya hubby aku je yg rajin g stadium ngan kawan2 dia.. tapi semalam kul 4 lbh aku kat hq dia leh bg sms tanya nak ikut tak g stadium.. hati tu berbelah bagi gak nak g ke tak ek.. sebabnya tau dah mesti penat.. memikir gak banyak kali... tapi hubby aku ajak gak nak bg experience katanya.. so ikut jerla ....

parking amatla jauh.. lebih 1km rasanya.. mulanya nak naik motor je.. tapi memikirkan si kenit aku tu kang tido ke apa bahaya plak .. naik keta gak la.. so kul 6.30 dah kuar umah tu pun kira lewat dah... dah nak dekat sampai sana jam la pulak.. ramai betul orang rupanya...

kami sedondon anak beranak pakai kuning.. semangat betul kononnya.. mujur aku ngan  mika ada baju kuning walupun bukan jersi team malaysia.. pasni nak pakai biru plak la...


sian papa jauh betul dia dukung mika.. dekat 2km gak la agaknya.. haha aku agak je.. yerla nak bagi lepas jalan adalah bahaya..



terbentang luas stadium... kami duk penjuru.. byk gak seat lg.. tapi biasa la dah lambat grand stand pun penuh la..... duduk la janji nampak..



Sebelum masuk sempatla papa belikan mika trompet bising ni ngan bendera.. suka la si kecik tu.. tengok muka hubby masih mampu tersenyum awal2 game.. ehheheh tengokla nanti dah last.. kuikuikui



kelakar kan.. aku duduk atas.. tp kan aku rasa gayat.. ahhaha
ssebab seat t rasa mcm curam dr tangga ke tangga


ramai gak orang walaupun esoknya hari keje kan..  aku tyg tak biasa dengar la hiruk pikuk jeritan diorang ni.. seronok gak.. terasa semangat malaysia tu dalam hati masa diorang nyanyi lagu negaraku ramai2... bergema stadium..



ini orang baju hitam kan memang aku sakit hati.. dia taknak dudduk walaupun dah ada orang sound.. wat pekak jek.. menganggu pandangan mata aku dan org lain yang nak tgk game... bebai sungguh.. last2 aku sakit hati tukar seat... wat penat aku bayar tgk kepala dia lak kan...


Mika kan takleh nak puji ... not good sgt la malam td.. dia lagi behave tgk wayang dari tengok bola.. dia nak merayap sana sini panjat tangga.. yang paling aku hilang sabar bila dia lempar puting dia kebawah.. tah kena kepala siapa gaknya.. sayang lak tu puting baru.. eeeeeeeeee geram jek aku... bagi apa2 pun tak nak dia menjerit nak minta bebas.. sudahnya papa g belikan kacang nak umpan dia... baru LEGA sket.. kalau tau awal2 td aku dah sumbatkan makanan.. hihi

dah dapat kacang baru duduk diam... eeeeee cubit kang baru tau.. hehehhe.. muka papa dah hilang senyum layan kerenah dia.. hahahah






ok dah abis nak balik daaa.... mika posing tak nampak la sebab guna hp BB papa... tak clear

yang paling aku nak gelak kan.. aku ngan hubby sibuk layan mika.. tau2 tengok orang berdiri.. "eh papa kenapa orang semua bangun?" hahahah rupanya game dah abis dah... angkara melayan mika la mama n papa tak sedar game dah abis.. tp yang penting dapat tengok MALAYSIA score la.. kira berbaloi g stadium semalam sebab Malaysia menang kan... yang penting gak dapat gak tengok khairul fahmi che mat walupun dia tak main semalam ... hihihihi

keputusannya maysia 2 - taiwan 1...
huhu next game kena sedia umpan untuk mika kalau nak tengok bola lagi... huhu seronok tapi kami kena struggle bawak budak kecik tu... hihi

Wednesday, June 29, 2011

RESEPI Apam polkadot mamamika

  

 Jom kita main masak-masak..

kali ni buat kuih APAM POLKADOT

dah lama teringin nak belajar buat..

akhirnya nekad buat masa besday hubby  aritu ..

reason kedua sebab mika suka sgt kuih ni masa besday anak kawan aku aritu.. so harusla maknya belajar buat kan.. sama mcm maknya yg suka mkn kuih






Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk pun takpe
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus -
  • 150gm susu segar atau susu cair (i guna susu cair jek)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna (ikut suka)
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer ikut aturan. maukan TELUR DULU..pukul sampai kembang.. then GULA.. pastu baking powder, ovellete.. dan akhir sekali tepung dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je .. Kalau tak nanti pecah apam tu



ni adunan dah siap dibahagi2kan untuk buat picit2 dot dot.. pic dr SINI sebab aku tak sempat snap aku punya adunan

ni la rupa ovalette.. ahha aku pun baru berkenalan bila belajar buat apam ni... pic ni dari SINI


 Bahagikan adunan ikut warna kesukaan..





 masukan separuh je tepung.. lepastu letak filling.. aku letak jam blueberry jek.. sedap.. pastu letak tepung semula atas dia...


 susun dalam kukus...




 hahaha bersepah tul aku buat.. ni pun sepupu aku yg bantu... kejenya remeh juga kalau main banyak warna...




 lepas tu dot la apapun nak dot.... nak letak warna ikut suka.. seronok main2 warna ni... pastu letak la huruf2 yang disukai ke.. lagi2 kalau nak tarik minat anak kan.. letak huruf pun ok...





 ni aku buat sebab nak buat spelling HAPPY BIRTHDAY PAPA...




yang ni just dot2.. letak kecik2 je sebab nanti dia kembang lorrrr

 hasilnya cute miut lerr.. geram sayang nak makan.. ahhaha




 special tuk besday hubby




 susun dlm pinggan







 untuk comel aku




 anak buah ku...





 ni aku saje takde keje.. buat mcm2 .. hahahah







ni dah last2.. hantam saje yg baki2 tu...




senang saje kan.. memang seronok buat kuih ni.. specially MAIN WARNA -WARNA . ehhe mcm budak2 lak.. nanti nak buat lagi la.. yatiechomeyl dan noor sila la mencuba ya...



Baru terperasan.. hari ni HARI ISRAK & MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini jom kita share bersama apa sebenarnya yang dikatakan hari ISRAK MIKRAJ.. semuanya i ambil  dari SINI



Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj


  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`



§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah)

.
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv.
   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

 v.
   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
 
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
 
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
 
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad. 
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


  Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

semalam puasa.. ruginya harini tak puasa..kalau tak leh puasa sunat skali israk mikraj.. huhu harini baru terpandang kalendar

BERJIMBA on hubby Birthday

Orang lain punya birthday orang lain yang dapat reward

mana taknya.. petang isnin dia tersengih2 balik keje...

aku yg sememangnya cuti aritu duk umah aje.. bila dia suruh bersiap ajak kuar mmgla teruja..pelik juga nak pegi mana... dan..dan dia tunjuk tiket wayang..."hah tengok wayang lagi??" mementangla mika okay...sakan dia mengajak kitorg tgk movie jek... REZKI jangan diTOLAK kan...???


Tiket wayang  9.50pm.. magrib kami kat wangsa walk dah..siap2 makan sekali...
tengok jam masih awal..hubby ajak KAROK..ahhh takde moodla..sebab takde dalam plan..

nampak pusat bowlingni..wahh not bad..masuk gak n register.... mengisi masa sebelum tayangan...
Si kenit ni ingat bola ni ringan gaknya..dia punyala GEMBIRA nampak bola begitu banyak...ha

hahhaha

Cubaan nak  mengangkat bola tu berkali2 tapi tetap tak berjaya..khekhekheee sian mika..mama perati jek....

bila tak berjaya datangkat papa mengadu nasib..sebab tak kuat nak angkat bola tu..hihihihi..bijak kamu yea.....

bosan angkat bola tak berjaya..masuk dalam ni plak....

amik port tuk jd pom pom boy...tepuk tangan..hihi..kamu memang anak bertuah....

akhirnya cancel nak main bowling..tunggu turn tak sampai2...frame penuh sebab ada tounament time tu... ygbaki tu pun beratur dah orang... tengok jam movienak start dah..so gudbye bowling lenkalila kami jejak....

walaupun birthday hubby..tp ni hadiah tuk aku katanya... sebab dia sangat jarangla nak beli  movie citer melayu.. terkejut gak aku dia pilih 3,2,1  CINTA... ditanya kenapa pilih citer ni.?  jawapannya mudah je.."kan mama suka FArid kamil papa beli la citerni tuk mama" alamak ye kerr..terharu k..walaupun dia tak suka tp dia belikan tuk aku...huahuahuaaaaaaa.....laaa..kalau papa beli KL gangster pun ok... dah terbeli tengok je la kan...layan..(dalam hati memang suka sgt lerrr)  heheheh tq my syg..

Semua orang tak layan citer ni kot.. alkisahnya adala dlm 15 ke 20 org je dalam panggung.. maka mika dapat seat istimewa duduk sendiri....


budak yang suka tengok movie ok.... citer apa pun layan... senang je.. bagi pop corn dan air.. elok la dia tekun duduk.. kalau nak buat bising jek cepat2 aku sumbat puting... hahahah semua tu umpan... tu yang bapak dia pun rajin asik ajak mak dia tengok wayang... ahhahahahah


hubby ajak sepupu dia sekali.. maka malm tu mama couple ngan mika... ehheheh


Lastly.. TQ papa.. layan mama n mika walaupun hari birthday papa patutnya reward tuk papa.. tp papa lak tunaikan hajat mama..... sok mama belanjer papa plak okeh.. heheheh walaupun hakikatnta selalunya mmg hubby yg kena blanje.. hahha


last but not least.. WE LOVE U PAPA..

Tuesday, June 28, 2011

Happy Birthday my Luv..



Today 28 June 2011

Hari kelahiran teman hidup aku..

mama & mika nak wish


Happy birthday my love


simple kek.. blueberry cake


special hasil tanganku sendiri...

meraikan birtday hubby aku buat kat kampung weekend haritu.. sebab kat kampung ramai-ramai baru seronok.. kalau buat hari ni .. sure kek tu tak berabis kami ber2 je makan.. maka sambut awal la nampaknya...



Sebenarnya dia tak tau pun nak celebrate birtday dia.. awal pagi aku dah kuar dgn mak g cari kek.. dan prepare apa yg patut.. simple2 je... yang penting meraikan untuk dia..

walaupun nak suprise tp terkantoi.. sedang aku mengemas2 hubby masuk dapur lak.. masa tengah prepare tu dia datang siap tanya " birthday sape hari ni mama"... alamak kantoi sudah.. suprise yg di plan tak menjadi.. tp dia masih tak tau gak.. dia siap baring2.. bila dah siap kemas baru aku ajak dia potong kek.. hahah terus tersipu malu.. hahaha

Rupanya kek sape punya birthday tu dia la orangnya...

tersenyum malu nak potong kek.. almaklumla dah tua katanya.. ala baru 32.. HAHAHAH si kenit tu sibuk nak menyelit gak.. tak pakai baju sebab baru lepas mandi..kat kg panas.. 2-3 kali dia mandi 1 hari

dia suka nak potong ingat besday dia gaknya.. ehhehe


mika mengacau lagi..



Bila ramai-ramai cepat habis.. cuba kalau kat umah kami berdua je.. seminggu pun tak abis-abis...



untuk haritu gak aku kali pertama try buat apam polkadot.. seronok betul main warna... ni tulisan special tuk hubby.. HAPPY BIRTHDAY PAPA.. cute je tgk apam ni jd montok2 .. heheh


simple jek.. sebab potong kek pun dah kul 3 lepas makan tengahri.. perut pun masih kenyang lagi

 
tak jelas lak susun dalam pinggan ni..




yang ni plak special tuk mika & icha.. suka budak dua orang tu makan.. lagi la tambah semangat lepas ni aku nak buat.. ehhehe nak beli mixer la...hahaha

Apapun mama doakan papa murah rezki .. panjang umur.. diberi kesihatan yang baik.. dan menjadi suami dan papa yg terbaik untuk kami.. mama & mika luv u so much!!


di hari birthday dia gak dia ada appoiment naik court kena saman JPJ beberapa tahun lepas.. melayang la RM.. saje dia pilih tarikh birthday dia bg dia tak lupa katanya... aduhaii la papa..
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah