Wednesday, January 5, 2011

Petrol RON97, minyak tanah naik 10 sen

Aku rasa dah banyak kali harga minyak naik dan terlalu kerap.. huh lepas ni kita naik basikal la jawabnya.. tidak simpati kah kerajaan terhadap rakyat.. kata rakyat di dahulukan.. tapi mcm.... hmmm fikirla sendiri... yang berada tu takde masalah la.. golongan bawahan ni mau terasa akibat harga kenaikan tu...

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter


Sumber harian metro...

APA KOMEN KORANG????????






Tuesday, January 4, 2011

Alesya Kena gigit LIPAN

anak buahku ngan papa dia aka adik aku..


malam new year aku balik kampung..n dapat juga akhirnya setelah memujuk pelbagai cara kat hubby.. akhirnya berjaya... heheh

sebabnya rindu kat family rindu gak kat dak debab ni..


Kesian si bulat bam bam ni... hari ahad waktu tengahari aku, adik, hubby tengah lunch.. alesya tido kat hall dapur siap berkelambu...

tiba-tiba dengar alesya menangis.. ingatkan dia terjaga sebab mika terjerit-jerit.. pastu lela(my adik ipar) ternampak lipan lalu tepi tilam alesya.. apalagi teus angkat dak debab ni.. terus bawa keluar..

Abah terus cakap cuba check badan alesya kena gigit tak.. adik aku yg tengah makan leh cakap "tak kot bah.. dia terjaga tu je.." tp abah tak puas hati check juga badan cucu dia tu... sekali haaa... nampak bekas sengatan kat belakang badan alesya.. kesian sungguh... adik aku yang tengah makan melompat panik.. dia lak nak nagis muka pucat lesi.. alesya dah meraung2...

mak pulak .. nampak lipan tu.. mak boleh lak pijak ngan kaki konon2 geram sebab gigit alesya.. sekali mak pulak kena sengat kat kaki dia.. aduhai.. aku apalagi amik penyapu.. dengan belakang penyapu aku sesah cukup2 lipan tu sampai mati...

adik aku yang panik tu dah nak menangis tengok anak dia meraung.. adik ipar aku kira cool sket dr adik aku.. mak abah semua menjerit suh bawa alesya g klinik... aku dah dukung mika.. takut anak aku plak kena...

hampir sejam gak tunggu diorang balik dr klinik.. ingatkan doc bg injection tp tak.. doc bg ubat tahan sakit dan beberapa ubat lain... bengkak gak belakang badan dia.. kesian betul alesya..



mama dia geram.. nape la lipan gigit alesya.. heheh sebab alesya gebu.. aku pun tak tau la mana datang lipan tu... musim hujan kat kg tu yg dia kuar dari sarang gaknya...

dak cepet kesayangan mak long...

tapi aku pelik la alesya ni memang kuat masa adik nak bawa dia g klinik dia dah stop menangis dalam kereta.. sedangkan mak aku yg dah tua tu mengaduh sakit .. mak kata berdenyut2 bisa.. camana alesya leh tahan... rasanya gigitan tu baru sikit kena alesya yang selbihnya bisanya kena kat kaki mak..

malam tu kami ingat dia demam.. alhamdulillah dia tido lena walaupun bengkak juga badan dia.. lupa lak nak snap tempat yang kena gigit tu.. aduhaii.. tak sampai hati tengok .. sebab dia baby yang kena.. kita yang tua ni takpela.. dah kebal kulit.. sian anak maklong...


i'm going to school too la mama.....

Sehari selepas dapat beg upin dan ipin... tengok saje gayanya.. mcm budak besor kan.. Untie Eli ada tanya haritu berapa umur mika.. mika baru berusia 1 tahun 4 bulan.. ehhehe

keesokan paginya hubby tak bagi aku hantar macam biasa.. kalau aku yg hantar 7.20 dah turun bawah nursery.. selalunya dia tidur dalam dukungan...

tapi kalau pegi dengan papa mmg lewat.. kadang-kadang kul 10.. papa main-main ngan dia dulu.. siap mandikan baru hantar ...

Dan pagi tu hubby MMS.. "papa proud with mika" siap dengan gambo atas tu...

Pagi tu hubby siap mandikan.. buatkan susu dan pakaikan kasut.. dari rumah hubby saje tak mau dukung dia.. saje nak bg dia jalan sampai nursery.. tak jauh pun bawah rumah je...

Maka si anak tu pun jalan la terkedek-kedek.. sampai nursery kak ana buka pintu si kecik tu terus menonong masuk nursery dengan kasut-kasut dia sekali.. buat orang tergelak... maknanya haritu dia happy bila papa layan dia.. heheh papa selalu bz.. nasib baik papa pandai juga curi masa untuk hiburkan hati mika.. bila hati happy pegi nursery pun tak meragam.. kalau tak selalunya menangis nak ikut mama atau papa.. heheh mika.. mika



Monday, January 3, 2011

anakku

Jumpa pic ni kat fb my cousin..

oh tidakkkkkkkkkkkkkkkk itu anak aku... comels tido isap jari... nyot..nyottt..
umur masa tu 8 bulan.. kat kenduri my cousin JB

dulu mika bam -bam sekarang dah kudut.. huhu makan kalau rasa nak...

mama nak bg mika bam bam la.. tapi camana.. huhuhu


pagi td orang sibuk cuti hantar anak naik sekolah..

aku lak hantar anak nursery...

sekarang kalau hantar dah pandai melalak nak ikut mama.. aku lak tak sampai hati. masuk balik pujuk2 dan tinggalkan bila dah reda... . kalau dia sekolah nanti tak tau la camana.. ehheheh

anak manja.....

InnaLillah ...al fatihah

2 hari dapat bercuti di kampung.. syukur alhamdulillah. 2 hari gak tak jenguk blog.. sebelum tido BW terkejut dengar berita kematian Faizal yusof.. bekas suami siti nordiana.. rasanya tiap2 petang duk tengok lakonan beliau citer tiramisu.. alfatihah buat arwah.. dan takziah buat keluarga beliau...



Pic from google

Tatkala kita bergema melaung kegembiraan menyambut tahun baru yang tiba, ada yang meratapi kehilangan insan tersayang.

Pelakon Faizal Yusop meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Islam pada pukul 1.45 tengah hari ini kerana serangan jantung.

Faizal, 33, meninggalkan seorang balu, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang hamil lima bulan dan anak sulung Mohd. Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Nordiana.

Menurut abang arwah, Shaipul Yusop, Faizal jatuh di bilik air sekitar pukul 9.00 pagi ini dan mula tidak sedarkan diri.

Mereka kemudian membawanya ke Pusrawi dan terus ke Unit Rawatan Rapi.

"Arwah sempat menatap wajah anak sulungnya yang dibawa oleh bekas isteri, Siti Nurdiana pagi tadi," kata Shaipul.

Janazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves pada pukul 10.00 pagi esok.

Juadah akhir


Malam tadi arwah sempat menjamu keluarganya makan malam di Restoran Sekincan Ikan Bakar, Taman Setiawangsa. Jamuan itu sebagai meraikan kedatangan tahun baru.

Sementara itu Siti Nordiana atau Nana mula berasa kelainan pada bekas suaminya itu yang mula bercakap perkara yang pelik.

"Dua minggu lalu arwah menelefon saya untuk bercakap dengan anak kami. Saya membuat aplikasi pembesar suara.

"Dia pesan kepada anak kami supaya menjaga saya dengan baik.

"Saya rasa lain macam bila dia berpesan kepada anak saya macam itu. Rupa-rupanya dia nak menginggalkan kami," kata Nana ketika ditemui di Pusrawi petang ini.

Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dirahmati Allah SWT. Al Fatihah.


artikel dari sumber mangga online..


Kematian tidak mengenal usia.. bersiap sediakah kita menemui pencipta kita??




Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah